Akan dibuka dalam tab baharu

Bank Islam Installment Payment Plan

Bank Islam Installment Payment Plan adalah pelan bayaran ansuran mudah kad kredit (Easy Payment Plan) yang ditawarkan oleh Bank Islam. Anda boleh menggunakan pelan ini hanya dengan belian minimum RM150 – menjadikan pelan ini antara pelan easy payment yang menawarkan jumlah minimum terendah.

Pilih tempoh bayaran ansuran dari 3 bulan hingga 24 bulan tanpa faedah dan tanpa caj pengendalian (upfront handling fee). Walau bagaimanapun, anda perlu membayar bayaran ansuran penuh setiap bulan kerana Bank Islam tidak membenarkan bayaran bulanan minimum untuk pelan ini.

Jika anda gagal buat bayaran penuh bulanan, caj kadar faedah biasa akan dikenakan, iaitu sehingga 18% p.a. Jadi pastikan anda tidak terlepas bayar setiap bulan.

Bank Islam tidak mengenakan sebarang caj penamatan awal untuk Bank Islam Installment Payment Plan ini. Jadi sekiranya anda berhasrat untuk membayar segala pinjaman anda lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui, anda tidak membayar apa-apa caj tambahan.

Pelan bayaran ansuran daripada Bank Islam ini juga ditawarkan kepada pemegang kad kredit utama (principal card holder) dan juga pemegang kad kredit tambahan (supplementary card holder).

Bank Islam Installment Payment Plan
money-bill-1-wave
Pembelian Minimum
RM150
calendar-range
Tempoh Bayaran
3 bulan hingga 36 bulan
badge-percent
Kadar Faedah
Tiada kadar faedah (Zero Interest)
square-dollar
Caj Pengendalian
Tiada caj upfront
square-dollar
Bayaran Minimum (Bulanan)
Bayaran ansuran penuh
square-dollar
Caj Penamatan Awal
Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual Bank Islam Installment Payment Plan

Buat pembelian serendah RM150 menggunakan kad kredit Bank Islam anda dan pilih tempoh bayaran semula dari 3 bulan hingga 36 bulan. Tiada caj kadar faedah dan tiada caj pengendalian.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
3 Tiada Tiada RM150
6 Tiada Tiada RM300
12 Tiada Tiada RM600
18 Tiada Tiada RM900
24 Tiada Tiada RM1200
36 Tiada Tiada RM1800

Cara mohon Bank Islam Installment Payment Plan

  1. Hubungi pihak Bank Islam di talian 03-26900900 dalam tempoh 3 hari selepas transaksi pembelian.
  2. Maklumkan transaksi pembelian yang anda ingin tukar kepada pelan bayaran ansuran mudah.
  3. Pilih tempoh bayaran ansuran yang anda ingini.

Kad kredit Bank Islam Installment Payment Plan

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan Bank Islam Installment Payment Plan. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

Bank Islam Platinum Visa Credit Card-i

Kad Kredit Bank Islam Platinum Visa Credit Card-i
Kad kredit Bank Islam Platinum Visa Credit-Card-i memberikan anda mata ganjaran tanpa had dalam bentuk TruPoints melalui TruRewards Loyalty Programme Bank Islam. Dapatkan 1 mata TruPoint dengan setiap RM1 di dalam dan luar negara. Mata ganjaran ini adalah tanpa had, jadi kumpulkan seberapa banyak yang mungkin.
Info Lanjut

Bank Islam Platinum MasterCard Card-i

Kad kredit Bank Islam Platinum MasterCard Card-i
Kad kredit Bank Islam Platinum MasterCard Card-i menawarkan keisitimewaan MasterCard Platinum seperti perkhidmatan Concierge dan memberikan anda mata ganjaran TruPoints menerusi TruRewards Loyalty Programme. Dapatkan 1 mata TruPoint dengan setiap RM1 di dalam dan luar negara. Mata ganjaran ini adalah tanpa had, jadi kumpulkan seberapa banyak yang anda ingini.
Info Lanjut

Bank Islam Infinite Visa Credit Card-i

Kad Kredit Bank Islam Infinite Visa Credit Card-i
Kad Kredit Bank Islam Infinite Visa Credit Card-i menawarkan ganjaran tanpa had dalam bentuk mata TruPoints daripada program TruRewards Bank Islam. Kad ini juga didatangkan dengan ciri "Premium" daripada VIsa. Anda dapat menggunakan perkhidmatan Visa 24/7 di mana sahaja anda berada dengan kad kredit ini.
Info Lanjut

Bank Islam World MasterCard Card Credit-i

Kad Kredit Bank Islam World MasterCard Card Credit-i
Kad Kredit Bank Islam World MasterCard Card Credit-i adalah kad kredit Premium yang menawarkan keisitimewaan perkhidmatan MasterCard 24 jam sehari 7 hari seminggu. Kad ini juga menawarkan ganjaran dalam bentuk mata TruPoints untuk setiap perbelanjaan anda di dalam dan juga luar negara. Dapatkan juga perlindungan Insurans Perjalanan yang lengkap untuk memudahkan urusan travel anda.
Info Lanjut

Bank Islam Gold Visa/MasterCard Credit Card-i

Bank Islam Gold Visa/MasterCard Credit Card-i
Kad kredit Bank Islam Gold Visa/MasterCard Credit Card-i adalah kad kredit asas dengan pulangan mata ganjaran dan pelan kad kredit yang menarik.
Info Lanjut

Bank Islam Visa Infinite Business Credit Card-i

Kad kredit Bank Islam Visa Infinite Business Credit Card-i
Kad kredit Bank Islam Visa Infinite Business Credit Card-i ditawarkan kepada peniaga yang ingin keselesaan dalam perjalanan dan juga perjalanan dan penjimatan berganda dengan ciri-ciri menarik.
Info Lanjut

Bank Islam Mastercard World Premier Wealth Kad Kredit-i

Kad kredit-i Bank Islam MasterCard World Premier Wealth
Nikmati keistimewaan eksklusif dengan Kad Kredit-i Bank Islam Mastercard World Premier Wealth. Kumpul TruPoints, akses Plaza Premium Lounge, dan perlindungan takaful percuma. Khas untuk ahli Premier Wealth.
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi  atau menghubungi khidmat pelanggan untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.