Akan dibuka dalam tab baharu

Bank Islam GoCash

Bank Islam GoCash adalah pelan ansuran tunai kad kredit (cash instalment plan) daripada Bank Islam. Program ini ditawarkan kepada pemegang kad kredit Bank Islam yang ingin mendapatkan wang tunai segera dengan mudah.

Anda perlu mempunyai akaun aktif di Bank Islam untuk layak mohon. Sekiranya anda layak, anda boleh mohon tunai segera dengan had minimum RM1,000 dengan gandaan RM50 sehingga kepada pinjaman maksimum 90% daripada had kredit kad anda.

Tiada sebarang dokumen diperlukan untuk mohon. Permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang permohonan secara atas talian di laman sesawang Bank Islam.

Sekiranya permohonan Bank Islam GoCash anda lulus, jumlah pinjaman akan dikreditkan ke dalam akaun dan bayaran balik ansuran bulanan akan bermula pada bulan berikutnya.

Seperti kebanyakan pelan pinjaman kad kredit, anda perlu buat bayaran bulanan tanpa gagal. Kegagalan buat bayaran akan membebankan anda pada masa hadapan kerana pihak Bank Islam akan mengenakan penalti dalam bentuk ganti-rugi (Ta’widh), dan kadar keuntungan tahunan yang lebih tinggi.

Walaubagaimanapun, jika anda berhasrat untuk menyelesaikan pinjaman lebih awal daripada tempoh matang, tiada caj penamatan awal yang dikenakan.

Bank Islam GoCash
calendar-range
Tempoh Pinjaman
3 bulan hingga 36 bulan
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman
RM1000 hingga 90% had kredit
badge-percent
Kadar Faedah
6% p.a hingga 12% p.a
square-dollar
Caj Lewat Bayar
Akan dikenakan kadar keuntungan semasa dan Ta’widh ke atas baki prinsipal yang belum dijelaskan
square-dollar
Caj Penamatan Awal
Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual Bank Islam GoCash

Dapatkan pinjaman tunai sehingga 90% daripada had kredit (credit limit) kad Bank Islam anda dengan program Bank Islam GoCash.

TEMPOH PINJAMAN (BULAN) JUMLAH PINJAMAN MINIMUM (RM) KADAR FAEDAH (% P.A)
3 atau 6 1,000 6% p.a
9 atau 12 1,000 8% p.a
18 atau 24 1,000 10% p.a
30 atau 36 1,000 12% p.a

Cara mohon Bank Islam GoCash

Anda boleh mohon Bank Islam GoCash dengan mengisi borang permohonan di laman web rasmi Bank Islam.

Kad kredit Bank Islam GoCash

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan Bank Islam GoCash. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

Bank Islam Gold Visa/MasterCard Credit Card-i

Bank Islam Gold Visa/MasterCard Credit Card-i
Kad kredit Bank Islam Gold Visa/MasterCard Credit Card-i adalah kad kredit asas dengan pulangan mata ganjaran dan pelan kad kredit yang menarik.
Info Lanjut

Bank Islam Platinum MasterCard Card-i

Kad kredit Bank Islam Platinum MasterCard Card-i
Kad kredit Bank Islam Platinum MasterCard Card-i menawarkan keisitimewaan MasterCard Platinum seperti perkhidmatan Concierge dan memberikan anda mata ganjaran TruPoints menerusi TruRewards Loyalty Programme. Dapatkan 1 mata TruPoint dengan setiap RM1 di dalam dan luar negara. Mata ganjaran ini adalah tanpa had, jadi kumpulkan seberapa banyak yang anda ingini.
Info Lanjut

Bank Islam Platinum Visa Credit Card-i

Kad Kredit Bank Islam Platinum Visa Credit Card-i
Kad kredit Bank Islam Platinum Visa Credit-Card-i memberikan anda mata ganjaran tanpa had dalam bentuk TruPoints melalui TruRewards Loyalty Programme Bank Islam. Dapatkan 1 mata TruPoint dengan setiap RM1 di dalam dan luar negara. Mata ganjaran ini adalah tanpa had, jadi kumpulkan seberapa banyak yang mungkin.
Info Lanjut

Bank Islam Infinite Visa Credit Card-i

Kad Kredit Bank Islam Infinite Visa Credit Card-i
Kad Kredit Bank Islam Infinite Visa Credit Card-i menawarkan ganjaran tanpa had dalam bentuk mata TruPoints daripada program TruRewards Bank Islam. Kad ini juga didatangkan dengan ciri "Premium" daripada VIsa. Anda dapat menggunakan perkhidmatan Visa 24/7 di mana sahaja anda berada dengan kad kredit ini.
Info Lanjut

Bank Islam World MasterCard Card Credit-i

Kad Kredit Bank Islam World MasterCard Card Credit-i
Kad Kredit Bank Islam World MasterCard Card Credit-i adalah kad kredit Premium yang menawarkan keisitimewaan perkhidmatan MasterCard 24 jam sehari 7 hari seminggu. Kad ini juga menawarkan ganjaran dalam bentuk mata TruPoints untuk setiap perbelanjaan anda di dalam dan juga luar negara. Dapatkan juga perlindungan Insurans Perjalanan yang lengkap untuk memudahkan urusan travel anda.
Info Lanjut

Bank Islam Mastercard World Premier Wealth Kad Kredit-i

Kad kredit-i Bank Islam MasterCard World Premier Wealth
Nikmati keistimewaan eksklusif dengan Kad Kredit-i Bank Islam Mastercard World Premier Wealth. Kumpul TruPoints, akses Plaza Premium Lounge, dan perlindungan takaful percuma. Khas untuk ahli Premier Wealth.
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau menghubungi khidmat pelanggan untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.