Akan dibuka dalam tab baharu

Bank Islam Infinite Visa Credit Card-i

Kad Kredit Bank Islam Infinite Visa Credit Card-i
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
13.5% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM777
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM8333
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Petrol, Islamik, Mata Ganjaran, Premium

Bank Islam Infinite Visa Credit Card-i daripada Bank Islam Malaysia Berhad adalah kad kredit Islamik yang patuh Syarak dengan mengamalkan konsep Tawarruq. Kad ini menawarkan beberapa ciri menarik seperti mata ganjaran, akses premium dan beberapa kelebihan dan keistimewaan yang didatangkan dengan kad kredit Visa.

Kad kredit ini menawarkan mata ganjaran dalam bentuk TruPoints melalui program TruRewards Bank Islam. Anda akan memperolehi 1 mata ganjaran TruPoint dengan setiap perbelanjaan berjumlah RM1. Mata ganjaran yang akan anda peroleh tiada had, dan anda boleh mengumpul seberapa banyak mata ganjaran setiap kali anda berbelanja.

Sebagai kad kredit Visa, Bank Islam Infinite Visa Credit Card-i memberikan keistimewaan seperti akses kepada premium lounge plaza di lapangan terbang di Malaysia dan Singapura yang mengambil bahagian. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan Visa Concierge untuk tempahan tiket, hotel, aktiviti golf, limousin dan pelbagai lagi keistimewaan yang ditawarkan oleh Visa.

Selain itu, kad kredit ini juga memberikan perlindungan Insurans Takaful untuk perjalanan dan juga perlindungan tambahan. Anda akan dilindungi sehingga RM2,000,000 untuk kemalangan peribadi, dan juga perlindungan tambahan untuk melancarkan perjalanan anda.

Perlindungan Takaful tidak hanya dihadkan kepada perlindungan perjalanan anda. Anda juga akan mendapat kelebihan untuk perlindungan kematian, hilang upaya kekal dan urusan pengebumian melalui kad Bank Islam Infinite Visa Credit Card-i.

Pelan kad kredit yang ditawarkan pula adalah pelan bayaran ansuran mudah Bank Islam, iaitu Bank Islam Installment Payment Plan (IPP). Jika anda buat pembelian bernilai RM150 dengan kad kredit ini, anda boleh menukar pembelian tersebut kepada plan IPP. Pelan ini tidak mengenakan sebarang caj faedah mahupun caj pengendalian.

Baca lebih lanjut tentang kad kredit Bank Islam Infinite Visa Credit Card-i dan bagaimana anda boleh mohon kad ini secara atas-talian (online) sepenuhnya dengan mudah.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Bank Islam Infinite Visa Credit Card-i

Mata ganjaran (reward points)

Dengan Program TruRewards Loyalty Programme Bank Islam,  anda akan diberikan ganjaran dalam bentuk mata ganjaran TruPoint untuk setiap perbelanjaan RM1 menggunakan kad ini. Ganjaran ini sah untuk transaksi pembelian di dalam negara, dan juga di luar negara. Yang menariknya, tidak ada had maksimum yang ditetapkan oleh Bank Islam. Jadi, semakin banyak anda berbelanja, semakin banyak mata ganjaran yang terkumpul.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan Had Perbelanjaan
1 RM1 Semua perbelanjaan di dalam dan luar negara Tiada had

Mata ganjaran TruPoints ini anda boleh tebus dalam bentuk barangan, baucar dan juga air miles.

ganjaran perjalanan

Dapatkan perlindungan insurans Takaful yang lengkap untuk perjalanan anda, dengan perlindungan sehingga RM2,000,000!. Anda hanya perlu menempah tiket penerbangan anda menggunakan kad kredit Bank Islam Infinite Visa Credit Card-i.

Jenis Perlindungan Jumlah Perlindungan (RM)
Kemalangan Peribadi Sehingga RM2,000,000
Penundaan Penerbangan Sehingga RM1,000
Terlepas Penerbangan Sehingga RM1,000
Kehilangan Bagasi Sehingga RM1,000
Kelewatan Bagasi Sehinggga RM1,000

Ganjaran petrol

Setiap kali anda mengisi minyak di mana-mana stesen minyak anda akan menerima 1 mata ganjaran Bank Islam TruPoint dengan setiap perbelanjaan RM1. Mata ganjaran ini tiada had maksimum untuk anda kumpul seberapa banyak mata ganjaran yang anda ingini.

Ciri premium

Perlindungan Takaful juga memberikan kelebihan tambahan kepada pemilik kad ini.

Jenis Perlindungan Jumlah Perlindungan (RM)
Kematian Sehingga RM100,000
Hilang upaya kekal Sehingga RM100,000
Perbelanjaan pengebumian RM1,000

Sebagai kad kredit Visa, kad kredit Infinite Visa Credit Card-i memberikan keisitimewaan dan kelebihan peribadi oleh pihak Visa.

Anda boleh menggunakan khidmat Concierge Visa 24/7 untuk tempahan tiket hotel, teater, jamuan, atau acara sukan dan juga akses khas untuk perkhidmatan limousin, jet peribadi, kapal mewah, kelab Spa, dan pelbagai lagi.

Anda juga akan diberikan kemudahan perubatan dalam bentuk khidmat nasihat, rawatan, dan kemasukan ke wad.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM8333 sebulan atau RM100000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM777
Yuran tahunan dibatalkan sekiranya anda menggunakan kad ini lebih daripada 12 kali setahun
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM333
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM5 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM12 atau 2.5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Bank Islam Installment Payment Plan
Bank Islam Installment Payment Plan

Buat pembelian serendah RM150 menggunakan kad kredit Bank Islam anda dan pilih tempoh bayaran semula dari 3 bulan hingga 36 bulan. Tiada caj kadar faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Bank Islam GoFlexi
Bank Islam GoFlexi

Dapatkan barangan idaman anda tanpa perlu mengeluarkan modal besar dengan pelan Bank Islam GoFlexi.

Maklumat Lanjut
Bank Islam GoCash
Bank Islam GoCash

Dapatkan pinjaman tunai sehingga 90% daripada had kredit (credit limit) kad Bank Islam anda dengan program Bank Islam GoCash.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Bank Islam Infinite Visa Credit Card-i

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Bank Islam Infinite Visa Credit Card-i

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Bank Islam Malaysia Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Bank Islam Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Bank Islam Malaysia Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Bank Islam Infinite Visa Credit Card-i untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Bank Islam Malaysia Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Bank Islam Infinite Visa Credit Card-i

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Bank Islam Infinite Visa Credit Card-i?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

4 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Bank Islam Malaysia Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Bank Islam Malaysia Berhad

Bank Islam Malaysia Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad, bank Islamik penuh pertama di Malaysia sejak 1983, menawarkan penyelesaian kewangan patuh Syariah yang komprehensif untuk individu dan perniagaan. Melalui 147 cawangan dan kemudahan atas talian, Bank Islam menyediakan pelbagai produk termasuk akaun, kad kredit Islamik, pembiayaan peribadi, pengurusan kekayaan, serta Ar-Rahnu yang terkenal.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Standard Chartered Liverpool FC Cashback

Kad kredit Standard Chartered Liverpool FC Cashback khusus untuk peminat pasukan Liverpool ini menawarkan pulangan…

Kad kredit Affin MasterCard Basic-i

Kad Kredit AFFIN Mastercard Basic-i menawarkan kemudahan tanpa yuran tahunan seumur hidup, sesuai untuk mereka…

Public Bank Petron Visa Gold

Public Bank Petron Visa Gold menawarkan ciri pulangan rebat tunai setiap kali anda berbelanja di…

Affinbank World MasterCard

Dapatkan kelebihan servis Concierge daripada MasterCard dan 6 kali akses ke lounge lapangan terbang setiap…