AEON Ready Cash adalah sebuah pelan ansuran tunai yang ditawarkan oleh AEON Credit Malaysia kepada pemegang kad kredit AEON. Pelan ini menawarkan pinjaman tunai kepada individu yang ingin menggunakan tunai segera dan tidak mahu terlibat dengan permohonan pinjaman peribadi.
Dalam erti kata lain, program ini membenarkan anda untuk memindahkan had kad kredit anda kepada tunai segera.
Pelan pinjaman tunai kad kredit AEON ini boleh digunakan oleh pemegang kad berikut:
- AEON BiG Visa Classic/Gold.
- NEW AEON Classic Visa/MasterCard.
- NEW AEON Gold Visa/MasterCard.
- AEON Classic Visa/MasterCard.
- AEON Gold Visa/MasterCard.
- AEON Platinum Visa/MasterCard.
- Motorcycle Association Affinity Gold Visa and Japan Club of Kuala Lumpur Card.
Sekiranya anda adalah pemegang kad kredit di atas dan ingin wang segera, anda boleh mohon pinjaman tunai bermula dari serendah RM1,000 sehinggalah kepada pinjaman maksimum 80% daripada had kredit (credit limit) kad.
Selepas permohonan lulus, pihak AEON akan mengkreditkan wang kepada akaun bank yang digunakan ketika permohonan kad kredit anda.
Pihak AEON akan mengenakan caj pengendalian atau caj pendahuluan sebanyak 3.99% untuk pinjaman RM1,000, dan tiada caj dikenakan untuk pinjaman melebihi RM1,000 ke atas. Kadar faedah yang dikenakan pula adalah bergantung kepada amaun tunai dan tempoh bayaran balik. Rujuk jadual di bawah untuk maklumat lengkap.
Oleh kerana ini adalah pelan pinjaman tunai kad kredit, anda dinasihatkan untuk buat bayaran penuh setiap bulan. Sekiranya anda gagal untuk buat bayaran bulanan pada tempoh yang ditetapkan, pihak AEON akan mengenakan denda atau penalti lewat bayar yang tinggi.
Walaubagaimanapun, tiada caj penamatan awal akan dikenakan sekiranya anda berhasrat untuk menyelesaikan pinjaman anda lebih awal daripada tempoh matang.