AEON Cards 0% Instalment Payment Plan

AEON Cards 0% Instalment Payment Plan adalah pelan bayaran ansuran (easy payment plan) yang ditawarkan oleh AEON Credit Malaysia. Pelan ini membenarkan anda mendapatkan bayaran ansuran untuk pembelian di pasaraya AEON, AEON BiG, TESCO, Senheng, Star Electronic Sales & Services, dan pasaraya-pasaraya yang menawarkan pelan EPP AEON.

Anda hanya perlu buat pembelian serendah RM500 untuk membolehkan anda menggunakan pelan bayaran ansuran dari AEON ini. Bayar dari 6 bulan sehingga mencecah 36 bulan tanpa sebarang kadar faedah (zero interest rate). Pelan ini juga tidak mengenakan sebarang caj pengendalian (upfront handling fee).

Sekiranya anda tidak dapat buat bayaran penuh setiap bulan, AEON membenarkan anda buat bayaran minimum bulanan hanya sebanyak 5% daripada baki tunggakan anda. Walau bagaimanapun, jika anda masih gagal buat bayaran bulanan minimum, anda akan dikenakan caj sebanyak 18% sehingga anda selesaikan baki yang tertunggak.

AEON juga akan mengenakan caj penamatan awal sebanyak RM30 untuk pelan AEON 0% Instalment Payment Plan ini sekiranya anda berhasrat untuk menyelesai segala baki pinjaman lebih awal dari tempoh yang dipersetujui.

AEON Cards 0% Instalment Payment Plan
Pembelian Minimum RM500
Tempoh bayaran 6 bulan hingga 36 bulan
Kadar faedah Tiada kadar faedah (Zero Interest)
Caj pengendalian Tiada caj upfront
Bayaran minimum (bulanan) 5% dari baki tunggakan
Caj penamatan awal RM30
share-nodes
Kongsi

Jadual pelan AEON Cards 0% Instalment Payment Plan

Buat pembelian barang idaman anda dengan Kad Kredit AEON untuk pelan bayaran ansuran tanpa kadar faedah dan tiada caj pengendalian. Pembelian serendah RM500 dan tempoh bayaran sehingga 36 bulan.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
6 Tiada Tiada RM500
12 Tiada Tiada RM500
24 Tiada Tiada RM500
36 Tiada Tiada RM500

Cara mohon AEON Cards 0% Instalment Payment Plan

Cara untuk mohon skim pelan bayaran ansuran mudah AEON adalah dengan kaedah berikut.

  1. Buat pembelian minimum RM500 dengan kad kredit AEON anda.
  2. Hubungi AEON 24-hour Customer Care Line di talian 03-271999999 tidak lebih daripada 1 hari sebelum tarikh penyata kad kad kredit anda pada bulan tersebut.

Jika permohonan anda berjaya, bayaran ansuran pertama akan dipaparkan pada penyata seterusnya.

Kad kredit AEON Cards 0% Instalment Payment Plan

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan AEON Cards 0% Instalment Payment Plan. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

New AEON Classic

New AEON Classic

Kad kredit New AEON Classic Visa/MasterCard menawarkan bukan sahaja pulangan tunai, tetapi juga mata ganjaran AEON Points.

AEON BiG Visa Classic

AEON BiG Visa Classic

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar berbelanja menggunakan kad kredit. Dapatkan rebat tunai (cashbacks) dan mata ganjaran (rewards points) setiap kali anda membeli-belah atau mengisi minyak dengan kad kredit ini. Dapatkan juga perlindungan insurans kemalangan peribadi sehingga RM200,000.

AEON BiG Visa Gold

AEON BiG Visa Gold

Kad kredit yang sesuai bagi mereka yang gemar membeli-belah. Dapatkan ganjaran dalam bentuk rebat tunai (cashbacks) dan mata ganjaran (rewards points) setiap kali anda berbelanjan menggunakan kad ini. Tidak lupa juga cashback setiap kali anda mengisi minyak dan perlindungan insurans perjalanan yang lengkap.

AEON Platinum Visa/MasterCard

AEON Platinum Visa

Kad kredit AEON Platinum Visa/MasterCard menawarkan ciri-ciri menarik dan caj yang mampu milik. Nikmati 6x akses percuma ke Plaza Premium Lounge setiap tahun. Dapatkan juga pulangan tunai dan mata ganjaran untuk setiap perbelanjaan anda dengan kad kredit ini.