Akan dibuka dalam tab baharu

AEON Cards Flexi Payment Plan

AEON Cards Flexi Payment Plan adalah pelan bayaran ansuran (Easy Payment Plan) daripada AEON Credit. Pelan bayaran ansuran EPP ini menawarkan tempoh bayaran semula dari 6 bulan sehingga 18 bulan. Anda boleh menggunakan pelan ini apabila anda buat pembelian serendah RM500 untuk sebarang pembelian tanpa kadar faedah (zero interest).

Caj pengendalian (one time upfront handling fee) yang dikenakan untuk pelan ini adalah dari 2.5% untuk bayaran 6 bulan, 3.5% untuk bayaran 12 bulan, dan 5.5% untuk bayaran selama 18 bulan. Caj ini hanya dikenakan sekali sahaja dan tidak berulang – menjadikan pelan ini adalah antara pelan instalment bulanan yang fleksibel.

Anda juga boleh memilih untuk buat bayaran bulanan minimum sebanyak 5% dari baki tunggakan. Tetapi, jika anda masih gagal untuk buat bayaran bulanan minimum, caj tambahan akan dikenakan dan tempoh bayaran anda akan dipanjangkan.

AEON juga akan mengenakan caj penamatan awal (early settlement fee) untuk pelan AEON Cards Flexi Payment Plan ini sekiranya anda berhasrat untuk menyelesaikan baki tertunggak lebih awal dari tarikh yang dipersetujui. Caj penamatan awal yang dikenakan cuma RM50.

AEON Cards Flexi Payment Plan
money-bill-1-wave
Pembelian Minimum
RM500
calendar-range
Tempoh Bayaran
6 bulan hingga 18 bulan
badge-percent
Kadar Faedah
Tiada kadar faedah (Zero Interest)
square-dollar
Caj Pengendalian
2.5% hingga 5.5%
square-dollar
Bayaran Minimum (Bulanan)
5% dari baki tertunggak
square-dollar
Caj Penamatan Awal
RM50
share-nodes
Kongsi

Jadual AEON Cards Flexi Payment Plan

Buat pembelian serendah RM500 untuk menyertai pelan bayaran ansuran AEON Cards Flexi Payment. Tempoh bayaran sehingga 18 bulan tanpa caj faedah.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
6 2.5% Tiada RM500
12 3.5% Tiada RM1,000
18 5.5% Tiada RM2,000

Cara mohon AEON Cards Flexi Payment Plan

Anda boleh mohon skim pelan bayaran ansuran mudah AEON dengan kaedah berikut:

  1. Beli barang tidak kurang daripada RM500 dengan satu resit.
  2. Hubungi AEON 24-hour Customer Care Line di talian 03-27199999 tidak lebih daripada 1 minggu sebelum penyata kad kredit terbaru.

Jika lulus, bayaran ansuran pertama akan dipaparkan di dalam penyata bulan seterusnya.

Kad kredit AEON Cards Flexi Payment Plan

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan AEON Cards Flexi Payment Plan. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

AEON Platinum Visa/MasterCard

AEON Platinum Visa
Kad kredit AEON Platinum Visa/MasterCard menawarkan ciri-ciri menarik dan caj yang mampu milik. Nikmati 6x akses percuma ke Plaza Premium Lounge setiap tahun. Dapatkan juga pulangan tunai dan mata ganjaran untuk setiap perbelanjaan anda dengan kad kredit ini.
Info Lanjut

AEON Japan Club of Kuala Lumpur Credit Card

Kad kredit AEON Japan Club of Kuala Lumpur
Kad kredit AEON Japan Club of Kuala Lumpur menawarkan bukan sahaja pulangan tunai, tetapi juga mata ganjaran, perlindungan perjalanan, dan datang dengan yuran tahunan percuma seumur hidup.
Info Lanjut

AEON Gold Visa Card

Kad kredit AEON Gold Visa
Dapatkan pulangan tunai dan mata ganjaran dengan setiap perbelanjaan anda melalui kad AEON Gold Visa.
Info Lanjut

AEON Classic Visa Card

Kad kredit AEON Classic Visa Card 
Kad kredit AEON Classic Visa menawarkan pulangan tunai dan mata ganjaran serta pelbagai tawaran eksklusif termasuk diskaun dan promosi di pasaraya AEON dan AEON BiG.
Info Lanjut

AEON Classic MasterCard

Kad kredit AEON Classic MasterCard
Kumpulkan Mata Ganjaran AEON dengan setiap perbelanjaan dan tebus dengan hadiah menarik atau tukar kepada wang tunai. Nikmati pulangan tunai 5% pada Hari Terima Kasih AEON.
Info Lanjut

AEON Gold MasterCard

Kad kredit AEON Gold MasterCard
Kad Kredit AEON Gold MasterCard menawarkan 8% pulangan tunai di AEON & AEON BiG, akses Plaza Premium Lounge, dan pelbagai manfaat lain.
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi  atau menghubungi khidmat pelanggan untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.