Akan dibuka dalam tab baharu

AEON Cards Balance Transfer Plan

AEON Cards Balance Transfer adalah pelan pindahan baki yang ditawarkan oleh AEON Credit Malaysia. Pelan ini menawarkan balance transfer selama 6 bulan tanpa kadar faedah. Pelan ini juga tidak mengenakan sebarang caj upfront atau caj pengendalian. Tidak banyak pelan pindahan baki kad kredit yang tidak mengenakan sebarang caj seperti pelan AEON Balance Transfer ini.

Nilai pindahan yang diperlukan adalah serendah RM1,000 sehingga 80% daripada had kredit (credit limit) kad kredit AEON anda. AEON akan menjelaskan baki tertunggak anda dengan bank lain 15 hari selepas permohonan pindahan baki anda diluluskan.

AEON Credit mengenakan caj bayaran bulanan minimum sebanyak 5% daripada baki yang tertunggak. Walau bagaimanapun jika anda gagal membayar bayaran bulanan pada tempoh yang ditetapkan, kadar faedah 0% akan dibatalkan. AEON memberikan tempoh sehingga 6 bulan untuk anda menjelaskan bayaran bulanan tertunggak. Selepas 6 bulan, kadar faedah 18% p.a akan dikenakan sehingga semua baki tertunggak dilangsaikan.

Pelan AEON Cards Balance Transfer ini tidak mengenakan sebarang caj penamatan awal (early termination fee) sekiranya anda berhasrat untuk melangsaikan semua baki yang tertunggak lebih awal daripada tarikh yang dipersetujui.

Baca lebih lanjut untuk mengetahui jadual lengkap pembayaran pelan pindahan baki dari AEON Credit ini, dan apakah kad kredit yang ditawarkan oleh pihak AEON dan didatangkan dengan pelan AEON Cards Balance Transfer Plan.

AEON Cards Balance Transfer Plan
calendar-range
Tempoh Bayaran
6 bulan hingga 6 bulan
badge-percent
Kadar Faedah
Tiada kadar faedah (0% p.a)
square-dollar
Caj Pengendalian
Tiada caj upfront
money-bill-1-wave
Jumlah Pindahan
RM1000 hingga 80% daripada had kredit
square-dollar
Bayaran Minimum (Bulanan)
5% dari baki tunggakan
square-dollar
Caj Penamatan Awal
Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual AEON Cards Balance Transfer Plan

Pindahkan baki kad kredit anda kepada AEON dan bayar sehingga 6 bulan tanpa kadar faedah dan tiada caj pengendalian dengan pindahan serendah RM1,000.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Jumlah Pindahan Minimum (RM)
6 Tiada Tiada RM1,000

Cara mohon AEON Cards Balance Transfer Plan

Sekiranya anda ingin mohon pelan pindahan baki AEON Cards Balance Transfer, berikut ialah langkah-langkah yang perlu anda lakukan.

  1. Muatturun (download) borang permohonan AEON Cards Balance Transfer.
  2. Cetak dan lengkapkan borang tersebut.
  3. Faks borang yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang diperlukan ke nombor 03-76837800.

Kad kredit AEON Cards Balance Transfer Plan

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan AEON Cards Balance Transfer Plan. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

AEON Platinum Visa/MasterCard

AEON Platinum Visa
Kad kredit AEON Platinum Visa/MasterCard menawarkan ciri-ciri menarik dan caj yang mampu milik. Nikmati 6x akses percuma ke Plaza Premium Lounge setiap tahun. Dapatkan juga pulangan tunai dan mata ganjaran untuk setiap perbelanjaan anda dengan kad kredit ini.
Info Lanjut

AEON BiG Visa Gold

AEON BiG Visa Gold
Kad kredit yang sesuai bagi mereka yang gemar membeli-belah. Dapatkan ganjaran dalam bentuk rebat tunai (cashbacks) dan mata ganjaran (rewards points) setiap kali anda berbelanjan menggunakan kad ini. Tidak lupa juga cashback setiap kali anda mengisi minyak dan perlindungan insurans perjalanan yang lengkap.
Info Lanjut

AEON BiG Visa Classic

AEON BiG Visa Classic
Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar berbelanja menggunakan kad kredit. Dapatkan rebat tunai (cashbacks) dan mata ganjaran (rewards points) setiap kali anda membeli-belah atau mengisi minyak dengan kad kredit ini. Dapatkan juga perlindungan insurans kemalangan peribadi sehingga RM200,000.
Info Lanjut

New AEON Classic

New AEON Classic
Kad kredit New AEON Classic Visa/MasterCard menawarkan bukan sahaja pulangan tunai, tetapi juga mata ganjaran AEON Points.
Info Lanjut

AEON Japan Club of Kuala Lumpur Credit Card

Kad kredit AEON Japan Club of Kuala Lumpur
Kad kredit AEON Japan Club of Kuala Lumpur menawarkan bukan sahaja pulangan tunai, tetapi juga mata ganjaran, perlindungan perjalanan, dan datang dengan yuran tahunan percuma seumur hidup.
Info Lanjut

AEON Gold Visa Card

Kad kredit AEON Gold Visa
Dapatkan pulangan tunai dan mata ganjaran dengan setiap perbelanjaan anda melalui kad AEON Gold Visa.
Info Lanjut

AEON Classic Visa Card

Kad kredit AEON Classic Visa Card 
Kad kredit AEON Classic Visa menawarkan pulangan tunai dan mata ganjaran serta pelbagai tawaran eksklusif termasuk diskaun dan promosi di pasaraya AEON dan AEON BiG.
Info Lanjut

AEON Classic MasterCard

Kad kredit AEON Classic MasterCard
Kumpulkan Mata Ganjaran AEON dengan setiap perbelanjaan dan tebus dengan hadiah menarik atau tukar kepada wang tunai. Nikmati pulangan tunai 5% pada Hari Terima Kasih AEON.
Info Lanjut

AEON Gold MasterCard

Kad kredit AEON Gold MasterCard
Kad Kredit AEON Gold MasterCard menawarkan 8% pulangan tunai di AEON & AEON BiG, akses Plaza Premium Lounge, dan pelbagai manfaat lain.
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi  atau menghubungi khidmat pelanggan  untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.