Akan dibuka dalam tab baharu

OCBC 365 MasterCard

OCBC 365 MasterCard
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM100
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM3000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Pulangan Tunai

OCBC 365 MasterCard adalah kad kredit yang ditawarkan oleh OCBC Malaysia. Kad ini khusus untuk mereka yang gemar berbelanja dengan ciri-ciri seperti rebat tunai (cash back), pelan bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan), bayaran bil automatik, dan tiada caj tukaran mata wang apabila anda berbelanja di luar negara.

Ciri rebat tunai yang ditawarkan oleh kad kredit OCBC 365 MasterCard adalah tanpa had. Anda akan diberi ganjaran rebat tunai sebanyak 1% untuk transaksi terkumpul RM1,000 setiap bulan. Untuk transaksi selebihnya, anda akan dapat 0.5% rebat tunai. Oleh kerana ciri cash back ini ialah unlimited, anda boleh berbelanja seberapa banyak anda ingini untuk nikmati pulangan rebat tunai tanpa had.

Pelan bayaran ansuran mudah yang ditawarkan bersama kad OCBC 365 MasterCard juga memudahkan anda menukar belian serendah RM1,000 kepada pelan OCBC Easy Payment Plan. Anda boleh pilih untuk buat bayaran dari 5 hingga 20 bulan tanpa caj kadar faedah. Hanya caj pengendalian serendah 4% akan dikenakan oleh OCBC.

Selain itu, kad ini mengetepikan sebarang caj pengendalian tukaran mata wang sekiranya anda berbelanja di luar negara. Jika kad lain akan mengenakan caj sekurang-kurangnya 1.25% apabila menukar mata wang, tiada caj dengan kad ini.

Kad OCBC MasterCard 365 uga memudahkan anda buat bayaran bil setiap bulan dengan program OCBC PayMaster. Anda tidak perlu risau terlepas buat bayaran bil kerana bayaran akan ditolak secara automatik melalui program ini.

Jika anda ingin buat pemindahan baki daripada kad lama anda, anda boleh guna pelan pindahan baki OCBC Balance Transfer. Pelan ini membenarkan anda buat pindahan baki serendah RM1,000 dengan bayaran ansuran sehingga 12 bulan.

Begitu juga jika anda ingin guna wang tunai di saat kecemasan. Pelan ansuran tunai OCBC Call For Cash membenarkan anda buat pinjaman serendah RM1,000 dan bayar semula sehingga tempoh 36 bulan.

Sesiapa sahaja boleh mohon kad OCBC MasterCard 365. Anda perlu berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan tidak kurang dari RM36,000 untuk layak mohon.

Caj tahunan yang dikenakan adalah RM100 untuk pemegang kad utama (principal card holder), dan RM50 untuk kad tambahan (supplementary card). Walau bagaimanapun, caj ini dibatalkan untuk 3 tahun pertama bagi pelanggan yang tidak mempunyai kad kredit OCBC dalam tempoh 12 bulan sebelum mohon.

Berminat untuk mohon kad ini? Baca lebih lanjut tentang kelebihan kad ini, syarat kelayakan lengkap untuk mohon, caj dan yuran yang dikenakan, dan bagaimana anda boleh mohon kad ini secara atas talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit OCBC 365 MasterCard

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan ganjaran rebat tunai sehingga 1% untuk perbelanjaan RM1,000 pertama anda dengan kad OCBC 365 MasterCard. Ganjaran rebat tunai 0.5% pula akan diberikan untuk perbelanjaan seterusnya. Ganjaran cash back ini adalah tanpa had – lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak pulangan rebat tunai yang terkumpul.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Sebarang perbelanjaan 1% Tiada RM1 hingga RM1,000
Sebarang perbelanjaan 0.5% Tiada RM1,001 ke atas

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM3000 sebulan atau RM36000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM100
Percuma untuk 3 tahun pertama bagi pelanggan baru OCBC yang tidak memiliki kad kredit OCBC dalam tempoh 12 bulan sebelum mohon
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM50
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

OCBC Balance Transfer (BT)
OCBC Balance Transfer (BT)

Pelan pindahan baki kad kredit dengan caj faedah serendah 2% p.a dan pindahan minimum RM1,000. Pilih tempoh bayaran antara 6 bulan atau 12 bulan tanpa sebarang caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
OCBC Easy Payment Plan
OCBC Easy Payment Plan

Dapatkan barangan yang anda idamkan dengan pelan Easy Payment OCBC. Pembelian serendah RM1,000 untuk sebarang barangan dengan tempoh bayaran sehingga 20 bulan.

Maklumat Lanjut
OCBC Call For Cash (CFC)
OCBC Call For Cash (CFC)

Mohon dari RM1,000 hingga 80% had kredit kad anda dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan. Kadar faedah tetap dan tiada caj penamatan awal.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon OCBC 365 MasterCard

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit OCBC 365 MasterCard

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, OCBC Bank (Malaysia) Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh OCBC Bank (Malaysia) Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit OCBC 365 MasterCard untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. OCBC Bank (Malaysia) Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit OCBC 365 MasterCard

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung OCBC 365 MasterCard?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi OCBC Bank (Malaysia) Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang OCBC Bank (Malaysia) Berhad

OCBC Bank Malaysia Berhad
OCBC Bank, bank bertaraf dunia dengan sejarah sejak 1932, mempunyai kehadiran yang kukuh di Malaysia. Menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik (menerusi OCBC Al-Amin Bank Berhad) untuk individu dan perniagaan, OCBC menyediakan penyelesaian kewangan yang komprehensif, disokong oleh rangkaian globalnya dan pengiktirafan sebagai antara bank teraman di dunia.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

AmBank BonusLink Visa Signature

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

Kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite menawarkan mata ganjaran AirMiles, akses tanpa had…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…