Pinjaman peribadi Jangka Masa Panjang

Berikut ialah senarai pinjaman peribadi jangka masa panjang, atau pinjaman dengan tempoh pembiayaan yang lama. Kebanyakan pinjaman peribadi yang ditawarkan di negara kita menawarkan tempoh pembiayaan maksimum sehingga 60 bulan atau 5 tahun. Walau bagaimanapun, pelan pinjaman jangka panjang yang disenaraikan di bawah menawarkan tempoh pembiayaan lebih dari 5 tahun.

Pinjaman peribadi jangka masa panjang

Ada pelan pinjaman yang membenarkan tempoh pinjaman sehingga 120 bulan atau 10 tahun. Pinjaman yang menawarkan tempoh pinjaman yang panjang mempunyai beberapa kelebihan berbanding pinjaman dengan tempoh yang singkat. Antara kelebihan utama ialah jumlah ansuran yang perlu dibayar setiap bulan menjadi lebih rendah. Faktor ini akan memudahkan anda untuk mengurus kewangan dengan lebih berhemah.

Pelan pinjaman peribadi jangka masa panjang juga selalunya menawarkan caj kadar faedah atau caj kadar keuntungan tahunan yang lebih rendah berbanding pinjaman dengan tempoh singkat. Walau bagaimanapun tidak semua yang mempunyai ciri ini. Anda harus bandingkan dan pilih sebelum mohon sebarang pinjaman.

Pinjaman jangka masa panjang juga mempunyai kelemahan yang ketara. Lebih lama tempoh pinjaman, lebih tinggi jumlah faedah atau perkongsian kadar keuntungan yang terkumpul. Jadi, lebih panjang tempoh pinjaman, lebih tinggi faedah yang perlu anda bayar. Pinjaman jenis ini juga selalunya mengenakan syarat kelayakan mohon yang lebih ketat berbanding pinjaman dengan tempoh pembiayaan singkat. Ini kerana lebih lama tempoh pembiayaan, lebih tinggi risiko yang perlu ditanggung oleh pihak institusi kewangan.

Di bawah adalah senarai pinjaman atau pembiayaan peribadi dengan tempoh pinjaman yang panjang. Pelan-pelan ini adalah daripada institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan komuniti kredit yang dahulunya dikenali sebagai pinjaman wang berlesen.

Pilih pelan yang anda ingini dan klik pada pinjaman tersebut untuk maklumat lanjut seperti syarat kelayakan memohon, jumlah pinjaman yang boleh dimohon, tempoh pembiayaan, dokumen yang diperlukan, caj yang dikenakan dan bagaimana cara untuk mohon pinjaman tersebut secara atas talian (online).

share-nodes
Kongsi

BSN MyRinggit Eksekutif-1

square-dollar
Jumlah pinjaman

RM10000 - RM200000

calendar-range
Tempoh bayaran

24 - 120 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

6.0% p.a

BSN MyRinggit-i Eksekutif-1 adalah pelan pinjaman peribadi konvensional yang ditawarkan kepada kakitangan profesional, iaitu mereka yang bekerja sebagai kakitangan GLC dan kakitangan swasta. Jumlah pinjaman yang ditawarkan agak tinggi. Begitu juga tempoh bayaran balik yang panjang sehinggga 10 tahun dengan caj kadar keuntungan yang sangat berpatutan dan rendah.

BSN MyRinggit-i Eksekutif-1

BSN MyRinggit-i Eksekutif-1
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM10000 - RM200000

calendar-range
Tempoh bayaran

24 - 120 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

6.0% p.a

BSN MyRinggit-i Eksekutif-1 ditawarkan kepada kakitangan profesional, iaitu mereka yang bekerja sebagai kakitangan GLC dan kakitangan swasta. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan agak tinggi. Begitu juga tempoh pembiayaan yang panjang sehinggga 10 tahun dengan caj kadar keuntungan yang sangat berpatutan dan rendah.

KOBETA Cash-i

KOBETA Cash-i
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM2000 - RM250000

calendar-range
Tempoh bayaran

24 - 120 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

5.99% p.a

KOBETA Cash-i menawarkan jumlah pembiayaan yang tinggi sehingga RM250,000 dengan tempoh bayaran balik yang panjang. Kadar keuntungan yang dikenakan adalah antara yang terendah berbanding pembiayaan peribadi Islamik yang lain. Tidak lupa juga senaraihitam CTOS atau tunggakan CCRIS layak mohon jika syarat kelayakan lain cukup.

RHB Personal Financing-i for Civil Sector

RHB Personal Financing-i for Civil Sector
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM2000 - RM200000

calendar-range
Tempoh bayaran

24 - 120 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

4.5% p.a

RHB Personal Financing-i for Civil Sector ditawarkan khusus kepada kakitangan awam persekutuan dan negeri yang masih berkhidmat ataupun yang telah bersara. Ini adalah pembiayaan peribadi Islamik tidak bercagar, dan jumlah pembiayaan yang dibenarkan sangat tinggi, begitu juga dengan tempoh bayaran balik. Dengan kadar keuntungan yang berpatutan, ini adalah antara pembiayaan yang popular.

RHB Personal Loan

RHB Personal Financing
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM2000 - RM150000

calendar-range
Tempoh bayaran

12 - 84 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

8.59% p.a

RHB Personal Financing dahulunya dikenali sebagai RHB Easy-Pinjaman Ekspres menawarkan keputusan permohonan on-the-spot dengan syarat kelayakan gaji yang rendah dan jumlah pinjaman sehingga RM150,000.

UKHWAH Cash-i

Ukhwah Cash-i
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM2000 - RM200000

calendar-range
Tempoh bayaran

24 - 120 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

4.35% p.a

Ukhwah Cash-i yang ditawarkan oleh Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad membenarkan anda mohon sehingga RM200,000 dalam tempoh 10 tahun. Kadar keuntungan yang ditawarkan sangat berpatutan. Yang menarik ialah anda layak mohon walaupun disenaraihitamkan di laporan CTOS atau mempunyai tunggakan di rekod CCRIS anda.

Hong Leong Personal Loan

Hong Leong Personal Loan
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM5000 - RM150000

calendar-range
Tempoh bayaran

24 - 60 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

9% p.a

Hong Leong Personal Loan adalah antara pelan pinjaman peribadi konvensional yang popular. Antara ciri utama pinjaman ini ialah kelayakan gaji yang rendah dan jumlah pinjaman yang sangat tinggi dengan tempoh bayaran sehingga 7 tahun. Keputusan permohonan juga sangat pantas, iaitu hanya 48 jam hari bekerja untuk tahu permohonan anda diterima atau tidak.

HSBC Amanah Personal Financing-i

HSBC Amanah Personal Financing-i
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM6000 - RM250000

calendar-range
Tempoh bayaran

24 - 84 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

4.88% p.a

HSBC Amanah Personal Financing-i adalah pelan pembiayaan peribadi Islamik 100% patuh Syariah yang ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan. Mohon sehingga RM150,000 dalam tempoh 7 tahun. Keputusan permohonan juga pantas. Anda hanya perlu tunggu 3 hari bekerja untuk tahu anda lulus atau tidak.

Bank Rakyat Personal Financing-i Untuk Pesara

Bank Rakyat Personal Financing-i Untuk Pesara
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM5000 - RM100000

calendar-range
Tempoh bayaran

12 - 120 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

6.86% p.a

Jika anda adalah pesara, pelan pembiayaan Bank Rakyat ini sangat sesuai untuk anda. Buat pembiayaan dari serendah RM5,000 hingga mencapai RM100,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Pelan pembiayaan ini juga mengenakan caj kadar keuntungan tetap yang sangat berpatutan.

BSN SKAN (Skim Kakitangan Awam Negeri)

BSN SKAN (Skim Kakitangan Awam Negeri)
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM5000 - RM200000

calendar-range
Tempoh bayaran

24 - 120 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

4.6% p.a

BSN SKAN ditawarkan khusus kepada mereka yang berkhidmat sebagai kakitangan awam negeri. Dengan jumlah pembiayaan yang tinggi sehingga RM200,000 dan tempoh bayaran balik yang panjang sehingga 10 tahun, pelan pembiayaan ini adalah antara pilihan utama bagi mereka yang layak.