Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.
Pinjaman Peribadi Tidak Bercagar
Pinjaman Peribadi Tanpa Cagaran - Penyelesaian Bijak untuk Keperluan Kewangan Anda

Adakah anda sedang mencari dana tambahan untuk perbelanjaan peribadi? Pinjaman peribadi tidak bercagar mungkin menjadi pilihan yang sesuai. Laman ini akan membimbing anda memahami selok-belok pinjaman peribadi tidak bercagar di Malaysia, termasuk kebaikan, keburukan, syarat kelayakan, dan tips penting untuk membantu anda membuat keputusan kewangan yang bijak.
Apa itu Pinjaman Peribadi Tidak Bercagar?
Pinjaman peribadi tidak bercagar adalah jenis pinjaman yang tidak memerlukan sebarang cagaran aset, contohnya rumah atau kereta. Ini bermakna anda tidak perlu mencagarkan aset anda untuk mendapatkan pinjaman.
Oleh itu, kelulusan pinjaman adalah bergantung kepada sejarah kredit dan kemampuan pembayaran balik anda.
Kebaikan Pinjaman Peribadi Tidak Bercagar
- Proses Permohonan yang Cepat dan Mudah: Kebanyakan bank dan institusi kewangan menawarkan permohonan dalam talian (online) yang mudah dan pantas.
- Tiada Cagaran Diperlukan: Anda tidak perlu risau tentang kehilangan aset jika gagal membayar balik pinjaman.
- Tidak Perlu Penjamin: Anda juga tidak perlu memperkenalkan penjamin untuk layak mohon.
- Fleksibel: Sekiranya permohonan lulus, dana boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, seperti perkahwinan, pendidikan, pengubahsuaian rumah, dan sebagainya.
Keburukan Pinjaman Peribadi Tidak Bercagar
- Kadar Faedah Lebih Tinggi: Berbanding pinjaman bercagar, pinjaman jenis ini biasanya mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi kerana risikonya yang ditanggung oleh pemberi pinjaman.
- Had Pinjaman Lebih Rendah: Jumlah pinjaman yang diluluskan mungkin lebih rendah berbanding pinjaman bercagar.
- Penalti Lewat Bayar: Kegagalan membayar balik pinjaman mengikut jadual akan dikenakan penalti lewat bayar yang boleh meningkatkan jumlah keseluruhan hutang anda.
Kelayakan Memohon Pinjaman Peribadi Tidak Bercagar
- Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap: Anda perlu mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
- Berumur 18 Tahun ke Atas: Had umur mungkin berbeza antara institusi kewangan.
- Pendapatan Tetap: Anda perlu membuktikan kemampuan untuk membayar balik pinjaman dengan mengemukakan slip gaji atau penyata bank ketika mohon.
Tips Penting Sebelum Memohon
- Bandingkan Kadar Faedah: Bandingkan kadar faedah pelan pinjaman yang ditawarkan oleh pelbagai bank dan institusi kewangan sebelum membuat keputusan.
- Semak Terma dan Syarat: Pastikan anda memahami sepenuhnya terma dan syarat pinjaman, termasuk caj tersembunyi dan penalti yang dikenakan.
- Kira Kemampuan Bayar Balik: Gunakan kalkulator pinjaman peribadi untuk mengira jumlah ansuran bulanan dan pastikan ianya sesuai dengan bajet dan kemampuan anda.
- Jaga Skor Kredit Anda: Skor kredit yang baik akan meningkatkan peluang kelulusan pinjaman dan mendapatkan kadar faedah yang lebih rendah.
- Guna Sistem Tapisan di Bawah: Sistem tapisan di bawah membolehkan anda membandingkan pelbagai jenis pinjaman peribadi tidak bercagar yang ditawarkan di Malaysia dengan mudah.
| Bank | Kadar Faedah Setahun (anggaran) |
|---|---|
| RHB Personal Loan | 13% p.a hingga 20% p.a |
| Maybank Personal Financing-i | 6.5% p.a hingga 8.0% p.a |
| AEON iCash | 7.92% p.a hingga 18% p.a |
Nota: Kadar faedah adalah sebagai rujukan dan tertakluk kepada terma dan syarat dan mungkin berubah dari semasa ke semasa.
Kesimpulan: Pinjaman peribadi tidak bercagar boleh menjadi penyelesaian kewangan yang berguna jika diuruskan dengan bijak. Dengan memahami sepenuhnya kebaikan, keburukan, dan tips penting yang dikongsikan di atas, anda boleh membuat keputusan yang tepat dan mengelakkan masalah kewangan di masa hadapan.
Gunakan maklumat dan sistem penapisan di bawah untuk membandingkan pelan pinjaman peribadi tanpa cagaran yang ditawarkan di Malaysia.
Senarai Pinjaman Peribadi Tidak Bercagar di Malaysia
Saringan
Pinjaman Peribadi Maybank

RM5000 - RM100000
24 - 72 bulan
6.5% p.a
RM3500
Pinjaman peribadi Maybank yang popular ini menawarkan jumlah pinjaman sehingga RM100,000 dengan tempoh bayaran sehingga 6 tahun. Pelan ini juga membenarkan anda buat penyatuan hutang dan tidak mengenakan sebarang caj proses. Mohon sekarang dan dapatkan keputusan permohonan anda hanya dalam 2 hari bekerja.
Baca Lebih LanjutHong Leong Islamic Personal Financing-i

RM5000 - RM150000
24 - 60 bulan
9.0% p.a
RM2000
Hong Leong Islamic Personal Financing-i adalah antara pelan pembiayaan peribadi Islamik yang popular. Antara ciri utama pinjaman ini ialah kelayakan gaji yang rendah dan jumlah pinjaman yang sangat tinggi, iaitu RM250,000 dengan tempoh bayaran sehingga 5 tahun. Keputusan permohonan juga sangat pantas, iaitu hanya 48 jam hari bekerja untuk tahu permohonan anda diterima atau tidak.
Baca Lebih LanjutRHB Easy-Pinjaman Ekspres

RM2000 - RM150000
12 - 84 bulan
6.9% p.a
RM1500
RHB Easy-Pinjaman Ekspres adalah pinjaman yang sangat popular. Dikenali juga sebagai RHB Easy, pinjaman ini menawarkan tempoh keputusan yang sangat pantas - kurang daripada 24 jam hari bekerja. Malah dalam sesetengah kes, keputusan permohonan adalah on the spot. Syarat kelayakan mohon yang diperlukan sangat ringkas dan tidak membebankan.
Baca Lebih LanjutRHB Personal Loan

RM2000 - RM150000
12 - 84 bulan
8.59% p.a
RM1500
RHB Personal Financing dahulunya dikenali sebagai RHB Easy-Pinjaman Ekspres menawarkan keputusan permohonan on-the-spot dengan syarat kelayakan gaji yang rendah dan jumlah pinjaman sehingga RM150,000.
Baca Lebih LanjutUKHWAH Cash-i

RM2000 - RM200000
24 - 120 bulan
4.35% p.a
RM1500
Ukhwah Cash-i yang ditawarkan oleh Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad membenarkan anda mohon sehingga RM200,000 dalam tempoh 10 tahun. Kadar keuntungan yang ditawarkan sangat berpatutan. Yang menarik ialah anda layak mohon walaupun disenaraihitamkan di laporan CTOS atau mempunyai tunggakan di rekod CCRIS anda.
Baca Lebih LanjutHong Leong Personal Loan

RM5000 - RM150000
24 - 60 bulan
9% p.a
RM2000
Hong Leong Personal Loan adalah antara pelan pinjaman peribadi konvensional yang popular. Antara ciri utama pinjaman ini ialah kelayakan gaji yang rendah dan jumlah pinjaman yang sangat tinggi dengan tempoh bayaran sehingga 7 tahun. Keputusan permohonan juga sangat pantas, iaitu hanya 48 jam hari bekerja untuk tahu permohonan anda diterima atau tidak.
Baca Lebih LanjutHSBC Amanah Personal Financing-i

RM6000 - RM250000
24 - 84 bulan
4.88% p.a
RM3000
HSBC Amanah Personal Financing-i adalah pelan pembiayaan peribadi Islamik 100% patuh Syariah yang ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan. Mohon sehingga RM150,000 dalam tempoh 7 tahun. Keputusan permohonan juga pantas. Anda hanya perlu tunggu 3 hari bekerja untuk tahu anda lulus atau tidak.
Baca Lebih LanjutCitibank Personal Loan

RM5000 - RM150000
24 - 60 bulan
5.33% p.a
RM4000
Citibank Personal Loan menawarkan jumlah pinjaman sehingga RM150,000 dengan kadar faedah tahunan yang sangat berpatutan. Pelan pinjaman peribadi Citibank ini adalah pinjaman konvensional dengan syarat kelayakan yang longgar dan dokumen yang sangat ringkas. Dapatkan keputusan permohonan pinjaman anda hanya dalam tempoh 24 jam hari bekerja.
Baca Lebih LanjutBank Rakyat Personal Financing-i Untuk Pesara

RM5000 - RM100000
12 - 120 bulan
6.86% p.a
RM800
Jika anda adalah pesara, pelan pembiayaan Bank Rakyat ini sangat sesuai untuk anda. Buat pembiayaan dari serendah RM5,000 hingga mencapai RM100,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Pelan pembiayaan ini juga mengenakan caj kadar keuntungan tetap yang sangat berpatutan.
Baca Lebih LanjutBSN SKAN (Skim Kakitangan Awam Negeri)

RM5000 - RM200000
24 - 120 bulan
4.6% p.a
RM1500
BSN SKAN ditawarkan khusus kepada mereka yang berkhidmat sebagai kakitangan awam negeri. Dengan jumlah pembiayaan yang tinggi sehingga RM200,000 dan tempoh bayaran balik yang panjang sehingga 10 tahun, pelan pembiayaan ini adalah antara pilihan utama bagi mereka yang layak.
Baca Lebih Lanjut