Tip Menguruskan Kewangan – Pengurusan Gaji Dengan Lebih Bijak

calendar-pen
Dikemaskini pada: 03/05/2024
alarm-clock
Menguruskan gaji dengan lebih bijak

Keadaan ekonomi pada masa sekarang menjadikan pengurusan kewangan sebagai satu cabaran, terutama bagi individu yang baru memulakan kerjaya mereka, atau pasangan muda yang baru berkeluarga. Cabaran ini boleh berpunca daripada kekurangan ilmu pengetahuan berhubung pengurusan kewangan. Panduan kali ini akan membantu anda untuk menguruskan pendapatan anda dengan lebih berkesan dan efisien.

Kelebihan Merancang Pendapatan Dengan Bijak

Pernah atau tidak anda merasakan gaji anda, walaupun kelihatan banyak, sentiasa tidak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan? Anda tidak bersendirian dalam perkara ini. Situasi ini sering berlaku bukan kerana gaji anda rendah, atau tidak mencukupi, tetapi disebabkan oleh bagaimana anda mengurus pendapatan anda.

Penyelesaian untuk kewangan yang sihat adalah dengan menyusun dan membahagikan gaji anda secara lebih strategik. Dengan mengambil pendekatan untuk menstruktur pendapatan, anda boleh mencapai kewangan yang stabil setiap masa.

Strategi Pengurusan Gaji 70/30 – Penyelesaian Masalah Kewangan

Peraturan 70/30 bukanlah perkara baru dalam dunia kewangan. Walaupun asal-usul peraturan ini tidak diketahui, teknik ini telah lama diimplementasikan dalam pengurusan kewangan, terutamanya dalam menguruskan gaji.  

Mari kita lihat dengan lebih dekat bagaimana untuk menggunakan peraturan ini dalam menguruskan pendapatan bulanan anda.

70% Untuk Keperluan Asas (Wajib)

Kategori ini merangkumi perbelanjaan asas atau wajib. Contohnya seperti bayaran bulanan kenderaan, sewa, pinjaman perumahan, barangan runcit, utiliti (bil elektrik, air, Internet, telefon), kos pengangkutan, dan kos perubatan.

KategoriKeterangan
PerumahanSewa, pinjaman perumahan, cukai tanah/pintu, utiliti/penyelenggaraan
PengangkutanPinjaman kereta, minyak kereta, kos pengangkutan awam
MakananBarangan runcit, menjamu selera di luar (dalam bajet)
Bil utilitiTelefon, elektrik, air, Internet
HutangBayaran minimum pinjaman
KesihatanInsurans kesihatan, kos perubatan minimum
Jadual: Kategori 70% dalam strategi 70/30

30% Untuk Kesejahteraan Kewangan

Kategori adalah untuk gaya hidup dan perancangan kewangan pada masa hadapan. Secara ringkas, anda boleh bahagikan kategori 30% kepada kategori kecil seperti berikut:

KategoriKeterangan
Simpanan (20%)Ini adalah simpanan anda. Guna 10% daripada pendapatan anda dan simpan dalam akaun dengan kadar faedah/dividen tinggi untuk kecemasan atau perbelanjaan yang tidak dijangka.
Pelaburan dan amal jariah (10%)Melabur untuk bina kekayaan pada masa depan. Tetapi, dalam masa yang sama lakukan amal jariah seperti menderma kepada pihak yang memerlukan.
Jadual: Kategori 30% dalam strategi 70/30

Strategi 50/30/20 Sebagai Alternatif

Peraturan menguruskan gaji 70/30 adalah strategi yang fleksibel. Jika anda merasakan strategi tersebut tidak sesuai dengan gaya hidup atau matlamat kewangan, anda boleh menggunakan strategi 50/30/20. Melalui strategi ini, anda boleh membahagikan gaji anda seperti berikut:

  1. 50% untuk keperluan asas (perumahan, makanan, pengangkutan).
  2. 30% untuk kehendak (hiburan, makan di luar).
  3. 20% untuk pelaburan, pengurusan hutang, dan amal jariah.

Kedua-dua strategi pengurusan pendapatan 70/30 dan 50/30/20 mengutamakan keperluan kehidupan di samping memberi kebebasan untuk anda mencapai matlamat kewangan. Pilih strategi menguruskan gaji terbaik yang sesuai dengan keperluan dan gaya hidup anda.

Meningkatkan Pendapatan dan Strategi Simpanan

Meningkatkan pendapatan

Selain daripada menguruskan gaji dengan bijak melalui strategi 70/30 dan 50/30/20, anda juga boleh cuba untuk meningkatkan pendapatan dan mengurus simpanan dengan lebih berkesan.

  • Kerja part-time – Guna kemahiran atau minat anda untuk meningkatkan pendapatan. Pada masa sekarang, tidak sukar untuk menjana pendapatan tambahan, terutama dengan platform media sosial yang semakin meluas. Yang penting ialah pastikan anda mengurus masa dengan berhemah untuk mengelak kerja sambilan mengganggu kerjaya utama anda.
  • Minta naik gaji – Walaupun sukar untuk mohon kenaikan gaji, terutama untuk kakitangan kerajaan, anda boleh cuba untuk berbincang dengan majikan berhubung kenaikan gaji. Walaupun sedikit, kenaikan ini sedikit sebanyak boleh membantu anda merancang perbelanjaan dan mengurangkan beban.
  • Simpanan dan pelaburan automatik – Tetapkan pemindahan daripada akaun gaji anda kepada akaun simpanan atau pelaburan supaya berlaku secara automatik setiap bulan. Faktor ini boleh meningkatkan disiplin kewangan dan membantu anda mencapai matlamat simpanan dan pelaburan anda dengan pantas.

Mengubah Strategi Pengurusan Gaji Kepada Pelan Kewangan Peribadi

Strategi menguruskan gaji 70/30 dan langkah untuk meningkatkan pendapatan boleh bertindak sebagai langkah permulaan untuk mencipta pelan kewangan peribadi yang lebih lengkap.

Terdapat beberapa langkah tambahan yang anda boleh amalkan untuk menjadikan pelan kewangan anda lebih berkesan dan efektif.

  • Pantau perbelanjaan anda – Anda boleh memantau setiap perbelanjaan setiap bulan. Bahagikan perbelanjaan anda kepada beberapa kategori seperti makanan, pengangkutan, bil, dan sebagainya untuk memudahkan anda melihat di mana anda belanjakan wang anda. Untuk memudahkan, anda boleh guna aplikasi pengurusan kewangan peribadi melalui telefon pintar anda seperti Money Lover atau Monefy.
  • Bezakan keperluan dan keinginan – Jujur dengan diri sendiri. Adakah terdapat kategori yang anda tidak perlu atau boleh kurangkan bajet untuk kategori tersebut? Contohnya seperti hiburan atau makan di luar. Ingat, perubahan bajet, walaupun kecil boleh membawa kesan pada jangka masa panjang.
  • Tetapkan matlamat kewangan SMART – S.M.A.R.T merujuk kepada boleh diukur, boleh dicapai, relevan, dan terikat dengan masa (Specific, Measurable, Achievable, Relevant, Time-bound). Matlamat yang tidak spesifik seperti “Saya ingin simpan wang” bukanlah matlamat SMART. Sebaliknya, matlamat seperti “Saya ingin simpan RM500 setiap bulan untuk bayaran muka kereta baru” boleh membantu anda mencapai matlamat kewangan dengan lebih berkesan.
  • Semak dan sesuaikan – Merancang kewangan adalah proses yang berterusan. Sentiasa semak bajet, dan pantau perkembangan menuju matlamat kewangan. Situasi kewangan dan matlamat anda mungkin berubah, jadi anda boleh menyusun semula strategi jika dirasakan perlu.

Membina kestabilan kewangan memerlukan masa, disiplin, dan usaha yang konsisten. Jangan mudah tergugat dengan rintangan. Sambutlah kemenangan anda, besar atau kecil, dan kekal komited terhadap perjalanan kewangan anda.

Kesimpulan

Mengurus gaji mungkin kelihatan mungkin kelihatan sukar pada mulanya. Tetapi, jika anda mengamalkan peraturan seperti 70/30 atau 50/30/20, mencari peluang untuk meningkatkan pendapatan, dan menyusun strategi dengan bijak, anda boleh mencapai matlamat kewangan yang anda ingini.

Anda juga boleh baca strategi bayar hutang dengan Teknik Snowball untuk menimba lebih ilmu berkaitan pengurusan kewangan.

share-nodes
Kongsi
Team Pinjaman Peribadi Malaysia

Team Pinjaman Peribadi Malaysia

Team Pinjaman Peribadi Malaysia komited untuk memberikan maklumat tepat dan terkini berkaitan kewangan peribadi, seperti pinjaman, kad kredit, dan pengurusan kewangan di Malaysia. Kami ingin memperkasakan anda dengan ilmu untuk buat keputusan dengan bijak supaya memenuhi keperluan kewangan anda. Dapatkan panduan, artikel, dan alatan yang boleh membantu anda dalam dunia kewangan peribadi di Malaysia melalui laman web ini.
Tinggalkan Komencomments

Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Langgan
Maklumkan

0 Comments
Terbaru
Terakhir
Inline Feedbacks
View all comments