KOWAJA – Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad

Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad (KOWAJA) adalah antara koperasi berdaftar di Malaysia yang aktif melakukan promosi untuk produk dan perkhidmatan mereka. Didaftarkan pada 15 Julai 2003 di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), koperasi ini telah berkembang dan maju dengan menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan seperti pelan pembiayaan peribadi dan pajak gadai Ar-Rahnu. 

Sebagai koperasi yang prihatin kepada kebajikan ahli, antara tujuan utama Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Bhd ditubuhkan adalah untuk menyediakan perkhidmatan dan nasihat profesional kepada pihak anggotanya supaya mereka tidak terlibat dengan pelaburan atau pinjaman yang merugikan, dan membantu ahli mengurus kewangan dengan lebih berhemah. 

Fokus utama Kowaja ialah produk pinjaman peribadi koperasi terbuka dari institusi kewangan kepada semua, termasuk kakitangan kerajaan, kakitangan swasta, dan ahli perniagaan. Terdapat juga pelan pembiayaan eksklusif yang ditawarkan dari masa ke semasa seperti pinjaman untuk staf bank, golongan profesional, dan sebagainya. Selain itu, koperasi ini juga menawarkan pelan pembiayaan bercagar khusus individu yang inginkan jumlah pembiayaan yang lebih tinggi dengan tempoh ansuran yang lebih panjang. Pelan-pelan yang ditawarkan ini terbuka kepada semua, tidak hanya kepada anggota.

Produk Ar Rahnu pula membantu ahli yang ingin kemudahan tunai segera melalui pajak gadai denga pinjaman sehingga RM650,000 dan perlindungan Takaful sepenuhnya. Ahli yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan pajak gadai ini boleh mengunjungi cawangan Ar-Rahnu X’Change di Rawang, Bandar Baru Selayang, Pekan Kapar, Seksyen 18 dan Sri Manja.

Pihak Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja juga aktif dalam kempen menderma darah, dan telah mengorak langkah ke dalam perniagaan makanan segera dengan menubuhkan cawangan francais Marrybrown. 

Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad (KOWAJA)
building-columns

Koperasi

map-location-dot

Tingkat 18, Menara Teo Chew, No 1, Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur.

phone-rotary

03 40482111

fax

03 40482044

Produk dan Perkhidmatan KOWAJA – Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad

Berikuat adalah senarai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KOWAJA – Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad pada tahun 2024.

Pinjaman Peribadi KOWAJA – Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad

Berikut ialah skim pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh KOWAJA – Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad Klik pada pinjaman tersebut untuk maklumat lanjut dan maklumat bagaimana anda boleh mohon secara online.

Pembiayaan Peribadi-i KOWAJA

Pembiayaan Peribadi-i KOWAJA
square-dollar
Jumlah Pembiayaan
RM3000 – RM200000
calendar-range
Tempoh Pembiayaan
36 – 120 Bulan
badge-percent
Kadar Keuntungan
4.99% p.a – 4.99% p.a

Pembiayaan Peribadi-i KOWAJA menawarkan pinjaman sehingga RM200,000 dengan tempoh maksimum 10 tahun. Caj kadar keuntungan adalah tetap dan sangat berpatutan. Pelan ini ditawarkan kepada kakitangan kerajaan dengan tetap dan kontrak, dan juga kakitangan swasta yang layak.

Mohon Pembiayaan Peribadi-i KOWAJA
chevron-right