Akan dibuka dalam tab baharu

KOWAJA – Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad

Pinjaman Peribadi Mudah dan Berpatutan untuk Menyokong Kewangan Anda

Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad (KOWAJA)
Jenis Institusi:
Koperasi
Alamat:
Tingkat 18, Menara Teo Chew, No 1, Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur.
Telefon:
03 40482111
Faks:
03 40482044

Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad (KOWAJA) adalah antara koperasi berdaftar di Malaysia yang aktif melakukan promosi untuk produk dan perkhidmatan mereka. Didaftarkan pada 15 Julai 2003 di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), koperasi ini telah berkembang dan maju dengan menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan seperti pelan pembiayaan peribadi dan pajak gadai Ar-Rahnu. 

Sebagai koperasi yang prihatin kepada kebajikan ahli, antara tujuan utama Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Bhd ditubuhkan adalah untuk menyediakan perkhidmatan dan nasihat profesional kepada pihak anggotanya supaya mereka tidak terlibat dengan pelaburan atau pinjaman yang merugikan, dan membantu ahli mengurus kewangan dengan lebih berhemah. 

Fokus utama Kowaja ialah produk pinjaman peribadi koperasi terbuka dari institusi kewangan kepada semua, termasuk kakitangan kerajaan, kakitangan swasta, dan ahli perniagaan. Terdapat juga pelan pembiayaan eksklusif yang ditawarkan dari masa ke semasa seperti pinjaman untuk staf bank, golongan profesional, dan sebagainya. Selain itu, koperasi ini juga menawarkan pelan pembiayaan bercagar khusus individu yang inginkan jumlah pembiayaan yang lebih tinggi dengan tempoh ansuran yang lebih panjang. Pelan-pelan yang ditawarkan ini terbuka kepada semua, tidak hanya kepada anggota.

Produk Ar Rahnu pula membantu ahli yang ingin kemudahan tunai segera melalui pajak gadai denga pinjaman sehingga RM650,000 dan perlindungan Takaful sepenuhnya. Ahli yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan pajak gadai ini boleh mengunjungi cawangan Ar-Rahnu X’Change di Rawang, Bandar Baru Selayang, Pekan Kapar, Seksyen 18 dan Sri Manja.

Pihak Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja juga aktif dalam kempen menderma darah, dan telah mengorak langkah ke dalam perniagaan makanan segera dengan menubuhkan cawangan francais Marrybrown. 

Pinjaman Peribadi KOWAJA – Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad

Pinjaman peribadi KOWAJA direka khas untuk memberikan kemudahan kewangan kepada individu yang memerlukan dana tambahan bagi memenuhi pelbagai keperluan. Sama ada untuk tujuan pendidikan, perubatan, atau pengurusan kewangan harian, KOWAJA menawarkan kadar faedah yang kompetitif serta tempoh pembayaran balik yang fleksibel. Proses permohonan yang mudah dan cepat menjadikan pinjaman ini pilihan yang bijak bagi mereka yang mencari penyelesaian kewangan tanpa bebanan.

Pembiayaan Peribadi-i KOWAJA

Pembiayaan Peribadi-i KOWAJA
Kategori
Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pinjaman
RM3000 - RM200000
Kadar Faedah
4.99% p.a - 4.99% p.a
Tempoh Pinjaman
36 - 120 bulan
Kelayakan Gaji
RM1500
Tempoh Lulus
3 hari bekerja
Pinjaman peribadi KOWAJA ditawarkan kepada kakitangan kerajaan dengan jawatan tetap dan kontrak, dan juga kakitangan swasta yang layak. Mohon Pembiayaan Peribadi-i KOWAJA sehingga RM200,000 dalam tempoh 10 tahun dengan caj kadar keuntungan berpatutan.
Baca selanjutnya