Akan dibuka dalam tab baharu

Standard Chartered Balance Transfer PLUS

Standard Chartered Balance Transfer PLUS adalah pelan pindahan baki kad kredit yang ditawarkan oleh Standard Chartered Berhad. Pelan pemindahan baki kad kredit ini menawarkan kadar faedah tetap (fixed interest rate) sebanyak 5.99% dengan tempoh bayaran dari 12 bulan hingga 36 bulan.

Pihak Standard Chartered tidak mengenakan sebarang caj pengendalian (one time upfront handling fee) untuk pelan balance transfer ini. Walau bagaimanapun, anda perlu membayar bayaran penuh setiap bulan kerana pelan ini tidak mempunyai jumlah bayaran minimum bulanan seperti kebanyakan pelan pindahan baki kad kredit dari institusi kewangan yang lain.

Jika anda gagal untuk buat bayaran bulanan, caj kadar faedah bulanan biasa iaitu antara 15% p.a hingga 18% p.a dari baki tunggakan akan dikenakan oleh pihak Standard Chartered.

Jika anda berhasrat untuk buat penamatan awal, iaitu membayar semua tunggakan lebih awal dari tarikh yang dipersetujui – pihak Standard Chartered tidak akan mengenakan sebarang caj untuk pelan Standard Chartered Balance Transfer PLUS – tiada caj penamatan awal (early settlement fee).

Standard Chartered Balance Transfer PLUS
calendar-range
Tempoh Bayaran
12 bulan hingga 18 bulan
badge-percent
Kadar Faedah
square-dollar
Caj Pengendalian
Tiada caj upfront
money-bill-1-wave
Jumlah Pindahan
RM1000 hingga ditentukan oleh pihak Standard Chartered
square-dollar
Bayaran Minimum (Bulanan)
Bayaran ansuran penuh
square-dollar
Caj Penamatan Awal
Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual Standard Chartered Balance Transfer PLUS

Pelan pindahan baki serendah RM1,000 dengan kadar faedah tetap dan tempoh bayaran sehingga 36 bulan. Tiada caj pengendalian dan tiada caj penamatan awal.

empoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Jumlah Pindahan Minimum (RM)
12 Tiada 5.99% p.a RM1,000
18 Tiada 5.99% p.a RM1,000
24 Tiada 5.99% p.a RM1,000
36 Tiada 5.99% p.a RM1,000

Cara mohon Standard Chartered Balance Transfer PLUS

Pihak Standard Chartered menyediakan kaedah permohonan pelan pindahan baki mereka yang sungguh mudah. Anda cuma perlu layari laman web Standard Chartered dan lengkapkan borang permohonan secara online. Anda tidak perlu sediakan sebarang dokumen untuk mohon pelan ini.

Kad kredit Standard Chartered Balance Transfer PLUS

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan Standard Chartered Balance Transfer PLUS. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

Standard Chartered Visa Platinum

Kad Kredit Standard Chartered Visa Platinum
Kad Kredit Standard Chartered Visa Platinum menawarkan 5 kali ganda mata ganjaran untuk program 360 Rewards Points. Kad ini juga menawarkan pelan kad kredit kredit yang lengkap seperti pindahan baki, bayaran ansuran mudah dan pelan ansuran tunai.
Info Lanjut

Standard Chartered Smart Credit Card

Standard Chartered Smart Credit Card
Kad kredit Standard Chartered Smart Credit Card menawarkan pulangan rebat tunai menarik untuk transaksi E-Dompet (E-Wallet), pembelian atas talian (online purchases) dan juga untuk setiap transaksi tanpa sentuhan (contactless payment). Dapatkan juga perlindungan untuk setiap pembelian online anda dengan program Visa E-Commerce Purchase Protection.
Info Lanjut

Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard

Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard
Kad kredit Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard menawarkan pulangan rebat tunai bertingkat (tiered cashback rate) sehingga 15% untuk perbelanjaan runcit, transaksi e-dagang dalam talian, dan transaksi atau tambah nilai e-dompet. Kad ini didatangkan dengan perlindungan Visa eCommerce Purchase Protection sehingga USD200.
Info Lanjut

Standard Chartered Liverpool FC Cashback

Standard Chartered Liverpool FC Cashback
Kad kredit Standard Chartered Liverpool FC Cashback khusus untuk peminat pasukan Liverpool ini menawarkan pulangan rebat tunai (cashback) tanpa had belanja minimum setiap bulan. Dapatkan juga perlindungan untuk pembelian dalam talian (online purchases) sehingga USD200 dengan program khas Mastercard.
Info Lanjut

Standard Chartered Simply Cash Credit Card

Standard Chartered Simply Cash Credit Card 
Kad kredit Standard Chartered Simply Cash Credit Card menawarkan ganjaran pulangan tunai sehingga 15% setiap bulan. Kad ini juga didatangkan dengan ciri-ciri menarik bagi mereka yang sering melakukan transaksi dalam talian menerusi e-Dagang atau e-Dompet.
Info Lanjut

Standard Chartered WorldMiles World MasterCard

Standard Chartered WorldMiles World MasterCard
Kad kredit Standard Chartered WorldMiles World MasterCard menawarkan pulangan mata ganjaran yang boleh ditebus kepada AirMiles daripada syarikat penerbangan seluruh dunia. Kad ini sesuai kepada mereka yang sering melancong sama ada untuk urusan perniagaan dan lain-lain.
Info Lanjut

Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite
Kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite menawarkan mata ganjaran AirMiles, akses tanpa had ke lebih 1,000 lounge seluruh dunia, dan perkhidmatan Visa Infinite concierge untuk melancarkan perjalanan anda.
Info Lanjut

Standard Chartered Journey Credit Card

Kad kredit Standard Chartered Journey
Kad kredit Standard Chartered Journey adalah kad terbaik jika anda selalu melancong. Nikmati keistimewaan perjalanan tanpa batas dan mata ganjaran tanpa had.
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi  atau menghubungi khidmat pelanggan  untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.