Standard Chartered Cash On Call Plus

Standard Chartered Cheque On Call Plus (COC Plus) adalah pelan ansuran tunai kad kredit (Cash Instalment Plan – CIP) daripada Standard Chartered Bank. Walaupun nama pelan ini ialah “Cheque”, pinjaman yang ditawarkan adalah dalam bentuk wang tunai, bukan cek tunai.

Pinjaman dalam bentuk pendahuluan tunai (cash advance) ini ditawarkan kepada semua pemegang kad kredit Standard Chartered. Jika anda adalah pemegang kad kredit SC, anda boleh mohon pinjaman serendah RM1,000 dan jumlah pinjaman maksimum sehingga 100% had kredit (credit limit) kad anda. Tempoh pinjaman yang dibenarkan pula ialah dari 12 bulan hingga 60 bulan.

Standard Chartered mengenakan caj faedah untuk pelan pinjaman ini. Caj faedah yang dikenakan adalah dengan kadar faedah tetap, iaitu 9.88% p.a.

Terdapat juga caj pendahuluan (advance fee) yang dikenakan jika permohonan anda lulus, iaitu 2% daripada jumlah pinjaman. Caj pendahuluan ini hanya sah untuk pinjaman RM10,000 ke bawah – dikenakan sekali sahaja dan tidak berulang. Tiada caj pendahuluan untuk pinjaman RM10,000 ke atas.

Anda juga tidak akan dikenakan caj penamatan awal (early settlement fee) sekiranya anda ingin menyelesaikan semua baki pinjaman lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui.

Pihak Standard Chartered tidak membenarkan bayaran bulanan minimum untuk plan COC Plus, tidak seperti pelan Standard Chartered Cheque On Call (COC). Oleh itu anda perlu buat bayaran bulanan penuh setiap bulan.

Standard Chartered Cash-On-Call Plus (COC)
Tempoh pinjaman 12 bulan hingga 60 bulan
Jumlah pinjaman RM1000 hingga 100% had kredit (credit limit)
Kadar faedah 9.88% p.a (kadar tetap)
Caj lewat bayar Bergantung kepada pihak Standard Chartered
Caj penamatan awal Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual pelan Standard Chartered Cash On Call Plus

Pinjaman dari serendah RM1,000 hingga 100% had kredit (credit limit) kad kredit Standard Chartered anda. Kadar faedah tetap dengan tempoh pinjaman sehingga 60 bulan.

Tempoh Pinjaman (Bulan) Kadar Faedah (% p.a)
12 9.88% p.a
18 9.88% p.a
24 9.88% p.a
36 9.88% p.a
48 9.88% p.a
60 9.88% p.a

Cara mohon Standard Chartered Cash On Call Plus

Cara untuk mohon pelan ansuran tunai Standard Chartered Cash-On-Call Plus adalah sangat ringkas. Anda cuba perlu mengunjungi laman web Standard Chartered dan mohon secara atas talian melalui perkhidmatan yang mereka sediakan.

Kad kredit Standard Chartered Cash On Call Plus

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan Standard Chartered Cash On Call Plus. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

Standard Chartered Journey Credit Card

Kad kredit Standard Chartered Journey

Kad kredit Standard Chartered Journey adalah kad terbaik jika anda selalu melancong. Nikmati keistimewaan perjalanan tanpa batas dan mata ganjaran tanpa had.

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad kredit. Kad asas ini ditawarkan dengan ciri lengkap seperti mata ganjaran, diskaun dan tawaran eksklusif, dan yang yuran tahunan percuma seumur hidup, untuk kad utama dan kad tambahan.

Standard Chartered WorldMiles World MasterCard

Standard Chartered WorldMiles World MasterCard

Kad kredit Standard Chartered WorldMiles World MasterCard menawarkan pulangan mata ganjaran yang boleh ditebus kepada AirMiles daripada syarikat penerbangan seluruh dunia. Kad ini sesuai kepada mereka yang sering melancong sama ada untuk urusan perniagaan dan lain-lain.

Standard Chartered Simply Cash Credit Card

Standard Chartered Simply Cash Credit Card 

Kad kredit Standard Chartered Simply Cash Credit Card menawarkan ganjaran pulangan tunai sehingga 15% setiap bulan. Kad ini juga didatangkan dengan ciri-ciri menarik bagi mereka yang sering melakukan transaksi dalam talian menerusi e-Dagang atau e-Dompet.

Standard Chartered Liverpool FC Cashback

Standard Chartered Liverpool FC Cashback

Kad kredit Standard Chartered Liverpool FC Cashback khusus untuk peminat pasukan Liverpool ini menawarkan pulangan rebat tunai (cashback) tanpa had belanja minimum setiap bulan. Dapatkan juga perlindungan untuk pembelian dalam talian (online purchases) sehingga USD200 dengan program khas Mastercard.

Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard

Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard

Kad kredit Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard menawarkan pulangan rebat tunai bertingkat (tiered cashback rate) sehingga 15% untuk perbelanjaan runcit, transaksi e-dagang dalam talian, dan transaksi atau tambah nilai e-dompet. Kad ini didatangkan dengan perlindungan Visa eCommerce Purchase Protection sehingga USD200.

Standard Chartered Smart Credit Card

Standard Chartered Smart Credit Card

Kad kredit Standard Chartered Smart Credit Card menawarkan pulangan rebat tunai menarik untuk transaksi E-Dompet (E-Wallet), pembelian atas talian (online purchases) dan juga untuk setiap transaksi tanpa sentuhan (contactless payment). Dapatkan juga perlindungan untuk setiap pembelian online anda dengan program Visa E-Commerce Purchase Protection.

Standard Chartered Visa Platinum

Kad Kredit Standard Chartered Visa Platinum

Kad Kredit Standard Chartered Visa Platinum menawarkan 5 kali ganda mata ganjaran untuk program 360 Rewards Points. Kad ini juga menawarkan pelan kad kredit kredit yang lengkap seperti pindahan baki, bayaran ansuran mudah dan pelan ansuran tunai.