CIMB CashLite

CIMB CashLite adalah pelan pinjaman ansuran tunai (Cash Instalment Plan – CIP) yang ditawarkan oleh CIMB Bank. Pelan ini sangat sesuai bagi pemegang kad kredit CIMB yang inginkan wang tunai segera. Apa yang buat pelan ini sangat menarik ialah proses memohon yang sangat ringkas – maklumat lanjut di bahagian Cara Memohon di bawah.

Pelan ini menawarkan pinjaman minimum serendah RM1,000 selama 12 hingga 48 bulan. Jumlah pinjaman maksimum untuk CIMB CashLite pula adalah bergantung kepada had kredit (credit limit) anda. Dalam erti kata lain, pihak CIMB berhak untuk menentukan jumlah pinjaman maksimum yang boleh anda mohon melalui pelan ini.

CIMB mengenakan caj kadar faedah tetap sebanyak 9.88% p.a untuk pinjaman ini. Tiada caj upfront atau deposit yang perlu anda bayar sekiranya permohonan pinjaman anda lulus. Wang pula akan dimasukkan terus ke akaun bank pilihan anda dalam tempoh 5 hari bekerja.

Seperti kebanyakan pinjaman tunai yang lain, anda perlu buat bayaran ansuran penuh setiap bulan kerana pelan CIMB CashLite tidak membenarkan bayaran bulanan minimum.

Jika anda gagal buat bayaran, anda akan dikenakan caj lewat bayar (late payment penalty) sebanyak 1% daripada baki, atau RM10 – yang lebih tinggi. Penalti ini dihadkan kepada RM100. Kadar faedah juga akan dinaikkan ke kadar biasa, iaitu 18% p.a.

Walau bagaimanapun, pihak CIMB tidak mengenakan sebarang caj sekiranya anda ingin menyelesaikan pinjaman anda lebih awal daripada tarikh yang dipersetujui. Tiada caj penamatan awal (early settlement fee) yang dikenakan untuk pinjaman ini.

CIMB CashLite
Tempoh pinjaman 12 bulan hingga 48 bulan
Jumlah pinjaman RM1000 hingga Ditentukan oleh CIMB berdasarkan had kredit (credit limit)
Kadar faedah 9.88% p.a (kadar tetap)
Caj lewat bayar 1% dari baki atau RM10 (yang lebih tinggi, dihadkan kepada RM100)
Caj penamatan awal Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual pelan CIMB CashLite

Pinjaman serendah RM1,000 dari 12 bulan hingga 48 bulan dengan kadar faedah tetap 9.88% p.a. Tiada upfront dan tiada caj penamatan awal.

Tempoh Pinjaman (Bulan) Kadar Faedah (% p.a)
12 9.88% p.a
24 9.88% p.a
36 9.88% p.a
48 9.88% p.a

Cara mohon CIMB CashLite

CIMB CashLite menawarkan proses permohonan yang ringkas. Anda cuma perlu menghubungi pihak CIMB di talian 03-62047788 antara pukul 9:30 pagi hingga 6:30 petang (hari bekerja) dan maklumkan kepada pihak CIMB jumlah pinjaman yang anda ingin mohon dan tempoh bayaran yang diingini.

Kad kredit CIMB CashLite

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan CIMB CashLite. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

CIMB Visa Infinite

Kad kredit CIMB Visa Infinite

Kad kredit CIMB Visa Infinite menawarkan gaya hidup eksklusif dan istimewa di samping penjimatan kos dengan yuran tahunan percuma seumur hidup.

CIMB Visa Signature

CIMB Visa Signature

CIMB Visa Signature menawarkan ciri premium untuk gaya hidup “versatile”. Nikmati pulangan mata ganjaran Bonus Points dan perlindungan insurans perjalanan sehingga RM1 Juta. Tidak lupa juga yuran tahunan percuma seumur hidup.

CIMB World MasterCard

CIMB World MasterCard

Kad kredit CIMB World MasterCard bukan sahaja menawarkan pulangan tunai tanpa had dan mata ganjaran, tetapi juga perlindungan Insurans Perjalanan sehingga RM1 juta.

CIMB e Credit Card

CIMB e Credit Card

CIMB e Credit Card sangat sesuai jika anda gemar berbelanja atas talian melalui online merchant seperti Shopee, Lazada, Zalora dan sebagainya. Kad kredit CIMB ini menawarkan mata ganjaran Bonus Points sehingga 12x setiap RM1.

CIMB Petronas Platinum-i

Kad Kredit CIMB Petronas Platinum-i

Kad Kredit CIMB Petronas Platinum-i adalah kad kredit Islamik daripada CIMB Islamic khusus kepada mereka yang mengisi minyak di Stesen Minyak Petronas seluruh negara. Dapatkan rebat tunai sehingga 7% dengan setiap isian minyak anda, atau ketika anda berbelanja di Kedai Mesra Petronas. Rebat tunai juga diberi sebagai ganjaran untuk setiap transaksi lain setiap kali anda swipe kad kredit ini.

CIMB Platinum-i

Kad Kredit CIMB Platinum-i

Kad kredit CIMB Platinum-i jgua dikenali sebagai CIMB Islamic MasterCard Platinum adalah kad kredit Islamik patuh Syariah. Kad ini tidak mengenakan caj yuran tahunan untuk pemegang kad utama, dan kad tambahan. Dapatkan mata ganjaran CIMB Bonus Points dengan setiap perbelanjaan RM1 menggunakan kad ini. Anda juga akan mendapatkan perlindungan insurans perjalanan yang lengkap daripada Takaful.

CIMB Petronas Platinum MasterCard

Kad kredit CIMB Petronas Platinum MasterCard

Kad kredit CIMB Petronas Platinum MasterCard sesuai untuk mereka yang selalu mengisi minyak di Stesen Minyak Petronas. Dapatkan rebat tunai sehingga 7% untuk setiap isian minyak dan juga perbelanjaan di Kedai Mesra Petronas. Pemilik kereta Perodua pula akan nikmati rebat tunai sehingga 10% setiap kali anda servis kereta anda di Pusat Servis Perodua.

CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard

Kad Kredit CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard

Kad kredit CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard menawarkan ganjaran rebat tunai yang sangat menarik untuk setiap perbelanjaan anda tanpa had. Dengan pelan kad kredit yang lengkap, termasuk pelan bayaran ansuran mudah dan pelan ansuran tunai – kad kredit ini sesuai buat mereka yang gemar membeli-belah.