Akan dibuka dalam tab baharu

UOB Basic Card

Kad kredit UOB Basic Card
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM72
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik

Dengan pelbagai jenis kad kredit yang ditawarkan pada masa sekarang, memilih kad kredit pertama mungkin agak memeningkan. Oleh itu United Overseas Bank (UOB) menawarkan kad kredit UOB Basic Card khas untuk mereka yang sedang mencari kad kredit pertama, atau kad kredit asas yang ringkas dan berpatutan.

Sebagai sebuah kad kredit basic, Kad UOB Basic Card tidak menawarkan ciri tambahan seperti mata ganjaran (reward points), pulangan tunai (cashback), atau ganjaran perjalanan. Walau bagaimanapun, kad ini didatangkan pelan bayaran ansuran mudah untuk membantu pengurusan kewangan anda.

Bukan satu, tetapi terdapat dua pelan Easy Payment Plan (EPP) yang boleh anda guna bersama kad UOB Basic Card. Pelan UOB Instalment Payment Plan datang tanpa kadar faedah (zero interest) dan tiada caj pengendalian, dengan tempoh bayaran bulanan sehingga 36 bulan. Pelan UOB Easi-Payment Plan pula mengenakan kadar faedah berpatutan, tetapi anda boleh melanjutkan tempoh bayaran balik sehingga 60 bulan. Anda hanya perlu buat pembelian serendah RM500 untuk layak menggunakan kedua-dua pelan EPP ini.

Yuran tahunan yang dikenakan pula hanya RM72 untuk kad utama, dan RM30 untuk kad tambahan. Tetapi, yang menariknya, yuran tahunan akan dibatalkan hanya dengan menggunakan kad kredit UOB anda satu kali setiap tahun untuk transaksi barangan runcit. Dalam erti kata lain, yuran tahunan adalah percuma hanya dengan 1x transaksi.

Walau bagaimanapun, anda masih perlu bayar caj SST setiap tahun yang berjumlah RM25. Anda juga boleh pilih untuk buat bayaran minimum RM50 atau 5% dari baki sekiranya anda sukar untuk buat bayaran penuh setiap bulan.

Anda juga boleh mengeluarkan tunai melalui mesin ATM dengan kad kredit UOB Basic Card anda. Tetapi tidak digalakkan kerana terdapat caj RM20 atau 5% daripada jumlah pengeluaran, yang mana lebih tinggi. Walaupun tiada had maksimum untuk pengeluaran tunai, hanya guna kemudahan ini apabila benar-benar perlu atau di saat kecemasan.

Oleh kerana antara sasaran pengguna oleh UOB adalah mereka yang ingin mencari kad kredit pertama, syarat kelayakan yang dikenakan tidak begitu ketat. Kad UOB Basic ditawarkan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira status kerakyatan, dengan syarat anda berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tahunan tidak kurang daripada RM24,000.

Berminat untuk mohon? Baca lebih lanjut maklumat lengkap berhubung kad kredit ini pada informasi di bawah, termasuk kaedah untuk mohon secara dalam talian.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit UOB Basic Card

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM72
Yuran percuma untuk 1x transaksi runcit setahun
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM30
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

UOB Easi-Payment Plan
UOB Easi-Payment Plan

Tukar pembelian serendah RM500 dari sebarang peniaga kepada pelan Easy Payment UOB ini dan nikmati bayaran ansuran sehingga 36 bulan tanpa caj faedah.

Maklumat Lanjut
UOB Instalment Payment Plan
UOB Instalment Payment Plan

Beli-belah melalui UOB InStore dengan penjimatan jimat dan bayaran ansuran yang fleksibel dari 12 hingga 36 bulan. Tiada caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon UOB Basic Card

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit UOB Basic Card

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit UOB Basic Card untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit UOB Basic Card

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung UOB Basic Card?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd

UOB United Overseas Bank Malaysia Bhd.
UOB (United Overseas Bank), ditubuhkan pada 1935 dan kini merupakan bank ketiga terbesar di Asia Tenggara dengan kehadiran di 19 negara. Dengan sejarah di Malaysia sejak 1951 dan 45 cawangan di seluruh negara, UOB Malaysia menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik yang komprehensif untuk memenuhi keperluan kewangan individu, korporat, dan pelanggan komersial, termasuk kemudahan…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Maybank Shopee Visa Platinum

Kad kredit Maybank ini menawarkan keistimewaan mata ganjaran (reward points) dalam bentuk Shopee Coin dan…

Citi Simplicity

Rebat tunai sehingga 10%? Tidak ada masalah dengan kad kredit ini. Dapatkan rebat tunai sehingga…

Kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i 

Nikmati pulangan mata ganjaran dan tebus untuk penerbangan percuma, di samping perlindungan Takaful dan Khairat…

Kad kredit UOB PRVI Miles

Kad kredit UOB PRVI Miles menawarkan mata ganjaran UNIRinggit yang boleh anda tebus untuk barangan…