Akan dibuka dalam tab baharu

OCBC Premier Voyage MasterCard

Kad kredit OCBC Premier Voyage MasterCard 
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM750
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Mata Ganjaran, Premium

Bagi anda yang gemar melancong dan mengembara, kad kredit OCBC Premier Voyage MasterCard mungkin boleh menjadi teman terbaik sepanjang perjalanan. Di samping menawarkan pelbagai keistimewaan dan ganjaran,  kad kredit OCBC ini juga adalah kad kredit logam pertama di Malaysia yang dibuat daripada Duralumin, sejenis logam yang ringan dan tahan lasak.

Sebagai sebuah kad kredit travel, kad ini didatangkan dengan ganjaran perjalanan yang lengkap. Anda akan dilindungi dengan insurans perjalanan sehingga USD1 Juta – satu jumlah yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan tawaran daripada kad kredit lain. Tidak lupa juga pengecualian mark-up tukaran mata wang asing setiap kali anda swipe kad ini di luar negara.

Anda juga boleh berehat dengan selesa di Plaza Premium Lounge KLIA tanpa sebarang kos. Keistimewaan ini boleh anda guna empat kali setahun, termasuk diskaun sehingga 25% sekiranya anda membawa tetamu bersama.

Kad kredit OCBC Premier Voyage MasterCard juga menawarkan pulangan mata ganjaran dalam bentuk Voyage Miles. Dapatkan 1 mata Voyage OCBC dengan setiap RM5 yang dibelanjakan di dalam negara, dan RM3 di luar negara. Mata OCBC Voyage Miles tidak akan tamat, jadi kumpul sebanyak mana mata yang anda ingini dan tebus dengan Cashback, atau baucar dan diskaun hebat.

Sebagai kad premium OCBC, setiap pemilik kad kredit OCBC Premier Voyage MasterCard akan menikmati perkhidmatan kelas pertama dengan OCBC Concierge service. Guna perkhidmatan ini untuk merancang perjalanan anda atau untuk sebarang pertolongan semasa anda melancong.

Bagi yang ingin memindahkan baki daripada kad kredit lain ke kad kredit OCBC, anda boleh menggunakan pelan OCBC Balance Transfer. Pelan pindahan baki OCBC ini membenarkan anda buat pindahan serendah RM1,000 dengan kadar faedah yang sangat berpatutan.

Tidak lupa juga pelan bayaran ansuran mudah OCBC Easy Payment Plans yang datang tanpa kadar faedah (zero interest) untuk memudahkan anda mendapatkan barangan idaman. Hanya bayar caj pengendalian sekali sahaja setiap kali anda menggunakan pelan ini.

Sebagai pelanggan OCBC, anda tidak perlu membayar yuran tahunan kad ini untuk tahun pertama. Tahun berikutnya pula, kad ini mengenakan caj yuran tahunan sebanyak RM750 untuk kad utama, dan RM500 untuk setiap kad tambahan.

Dengan setiap ganjaran dan keistimewaan yang ditawarkan oleh kad kredit OCBC Premier Voyage MasterCard, sudah pasti anda tidak sabar-sabar untuk mohon kad ini. Walau bagaimanapun, pihak OCBC hanya menawarkan kad ini atas jemputan sahaja. Kad ini hanya akan ditawarkan kepada pelanggan OCBC Bank, iaitu pemilik akaun OCBC Premier Banking dan pelanggan OCBC Premier Private.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit OCBC Premier Voyage MasterCard

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan pulangan mata ganjaran OCBC Voyage Miles dengan setiap transaksi kad anda.

JUMLAH MATA GANJARAN (SHOPEE COINS) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
1 RM5 Perbelanjaan dalam negara
1 RM3 Perbelanjaan luar negara.

Mata Voyage Miles adalah tanpa had dan boleh ditebus untuk cashback dan diskaun.

  • Setiap 5,000 Voyage Miles boleh ditukar kepada RM50 cashback dan akan dikreditkan ke akaun Premier Voyage.
  • Tebus untuk baucar tunai di hotel Banyan Tree Hotel KL, EQ KL, Pavillion Hotel KL, atau Club 21.
  • 5,950 Voyage Miles boleh anda tukar kepada akses Plaza Premium Lounge yang bernilai RM238.

ganjaran perjalanan

Nikmati perlindungan perjalanan lengkap dengan kad kredit OCBC Premier Voyage MasterCard.

  • Insurans perjalanan kemalangan peribadi sehingga USD1,000,000.
  • Perkhidmatan bantuan kesihatan.
  • Pembatalan penerbangan
  • Kesulitan perjalanan
JENIS PERLINDUNGAN JUMLAH PERLINDUNGAN (RM)
Insurans Perjalanan Sehingga USD1,000,000
Penerbangan tertunda Sehingga USD100
Terlepas penerbangan Sehingga USD500
Kelewatan Bagasi Sehingga USD100
Kehilangan Bagasi Sehingga USD500

Dapatkan juga keselesaan sepanjang perjalanan anda dengan akses percuma ke Plaza Premium Lounge KLIA.

  • 4x kali akses percuma setiap tahun.
  • Diskaun 25% untuk tetamu dan menu ala carte.
  • Wi-Fi percuma.
  • Makanan dan minuman (buffet) percuma.

Tidak lupa juga 0% mark-up untuk setiap tukaran mata wang asing setiap kali anda berbelanja di luar negara.

Ciri premium

Nikmati pengalaman kelas pertama dengan perkhidmatan concierge OCBC.

  • Rancang perjalanan anda dengan bantuan concierge.
  • Dapatkan tiket, tempat duduk kelas pertama di restoran terkemuka atau konsert dunia.
  • Perkhidmatan tambahan seperti personal shopper dan pemandu.

Dan pelbagai lagi keistimewaan yang ditawarkan oleh OCBC Concierge Service.

Tidak lupa juga pelbagai lagi ganjaran yang ditawarkan oleh pihak OCBC. Lihat senarai ganjaran terkini di laman OCBC.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM750
Percuma tahun pertama
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM500
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

OCBC Balance Transfer (BT)
OCBC Balance Transfer (BT)

Pelan pindahan baki kad kredit dengan caj faedah serendah 2% p.a dan pindahan minimum RM1,000. Pilih tempoh bayaran antara 6 bulan atau 12 bulan tanpa sebarang caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
OCBC Easy Payment Plan
OCBC Easy Payment Plan

Dapatkan barangan yang anda idamkan dengan pelan Easy Payment OCBC. Pembelian serendah RM1,000 untuk sebarang barangan dengan tempoh bayaran sehingga 20 bulan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon OCBC Premier Voyage MasterCard

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit OCBC Premier Voyage MasterCard

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, OCBC Bank (Malaysia) Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh OCBC Bank (Malaysia) Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit OCBC Premier Voyage MasterCard untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. OCBC Bank (Malaysia) Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit OCBC Premier Voyage MasterCard

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung OCBC Premier Voyage MasterCard?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi OCBC Bank (Malaysia) Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang OCBC Bank (Malaysia) Berhad

OCBC Bank Malaysia Berhad
OCBC Bank, bank bertaraf dunia dengan sejarah sejak 1932, mempunyai kehadiran yang kukuh di Malaysia. Menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik (menerusi OCBC Al-Amin Bank Berhad) untuk individu dan perniagaan, OCBC menyediakan penyelesaian kewangan yang komprehensif, disokong oleh rangkaian globalnya dan pengiktirafan sebagai antara bank teraman di dunia.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad kredit Public Bank Gold MasterCard

Kad kredit unlimited CashBack daripada Public Bank dan MasterCard ini menawarkan rebat tunai tanpa had…

Public Islamic Bank MasterCard Gold Credit Card-i

Public Islamic Bank MasterCard Gold Credit Card-i menawarkan pulangan rebat tunai tanpa had setiap bulan.…

Kad kredit CIMB Visa Infinite

Kad kredit CIMB Visa Infinite menawarkan gaya hidup eksklusif dan istimewa di samping penjimatan kos…

Kad Kredit Bank Islam Infinite Visa Credit Card-i

Kad Kredit Bank Islam Infinite Visa Credit Card-i menawarkan ganjaran tanpa had dalam bentuk mata…