Akan dibuka dalam tab baharu

OCBC MasterCard Blue/Pink

OCBC MasterCard Blue/Pink
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM3000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Pulangan Tunai

OCBC MasterCard Blue/Pink adalah kad kredit daripada OCBC Bank Malaysia. Kad ini ditawarkan dengan dua warna, iaitu warna merah jambu (Pink), dan warna biru (Biru). Kedua-dua warna kad ini menawarkan ciri dan syarat yang sama – yang membezakan ialah warna kad kredit.

Kad OCBC MasterCard Pink/Blue boleh dikatakan ditawarkan khusus kepada kaum wanita yang rata-ratanya menggemari warna merah jambu. Tetapi, jika ada lelaki yang minat warna pink, boleh sahaja mohon kad ini. Manakala, OCBC MasterCard Blue pula sesuai untuk mereka yang kurang gemar akan warna merah jambu.

Kad kredit ini sesuai bagi mereka yang gemar berbelanja dengan keistimewaan ciri rebat tunai (cash back) dan kemudahan pelan bayaran ansuran mudah (easy payment plan). Ciri rebat tunai yang ditawarkan tiada jumlah belanja minimum dan tanpa had. Anda akan dapat cashback sehingga 1% daripada setiap perbelanjaan runcit menggunakan kad OCBC MasterCard Blue/Pink, di dalam dan luar negara. Untuk perbelanjaan lain pula, rebat tunai tambahan sebanyak 0.1%  akan diberikan.

Rebat tunai ini adalah tanpa had – jadi lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak ganjaran rebat tunai yang anda dapat.

Ciri pelan bayaran ansuran mudah juga adalah antara keistimewaan kad ini. Pelan OCBC Easy Instalment Plan yang ditawarkan bersama kad OCBC MasterCard Pink/Blue membenarkan anda buat bayaran ansuran sehingga 20 bulan. Anda hanya perlu berbelanja minimum RM1,000 untuk menukar belian anda kepada pelan ansuran mudah OCBC ini.

Kad kredit MasterCard Pink ini juga didatangkan dengan pelan pindahan baki dan pelan ansuran tunai.

Pelan pindahan baki yang ditawarkan ialah pelan OCBC Balance Transfer (BT). Pelan pindahan baki OCBC ini membenarkan anda buat pemindahan baki serendah RM1,000 dengan bayaran semula sehingga 12 bulan. Caj kadar faedah yang dikenakan adalah sangat berpatutan iaitu bermula dari 1.88% p.a.

Pelan ansuran tunai OCBC Call For Cash (CFC) pula sangat berguna jika anda ingin menggunakan wang tunai di saat kecemasan. Anda boleh buat pinjaman tunai serendah RM1,000 hingga had kredit (credit limit) kad anda. Tempoh bayaran balik adalah sehingga 36 bulan dengan caj kadar faedah tetap 7.99% p.a.

Kad OCBC MasterCard Blue/Pink  juga menawarkan sistem OCBC PayMaster. Dengan sistem ini anda tidak perlu lagi risau tentang bayaran bil bulanan kerana anda boleh bayar bil bulanan secara automatik melalui kad kredit ini. Kad ini juga tidak mengenakan sebarang caj yuran tahunan untuk pemegang kad utama (principal card holder), mahupun untuk pemegang kad tambahan (supplementary card holder).

Sesiapa sahaja boleh mohon kad kredit ini. Anda cuma perlu berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM36,000 setahun.

Berminat untuk mohon kad OCBC MasterCard Pink/Blue? Baca lebih lanjut tentang kelebihan kad ini, syarat kelayakan lengkap untuk mohon, caj dan yuran yang dikenakan, dan bagaimana anda boleh mohon kad ini secara atas talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit OCBC MasterCard Blue/Pink

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan rebat tunai 1% untuk setiap perbelanjaan runcit anda di dalam dan luar negara. Rebat tunai tambahan sebanyak 0.1% akan diberikan untuk perbelanjaan selain runcit seperti auto debit, transaksi belian atas talian (online), bayaran ansuran bulanan, dan lain-lain. Rebat tunai ini adalah tanpa had, jadi lebih banyak anda berbelanja – lebih tinggi pulangan rebat tunai anda.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Perbelanjaan runcit dalam dan luar negara 1% Tiada Sebarang amaun
Perbelanjaan selain runcit 0.1% Tiada Sebarang amaun

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM3000 sebulan atau RM36000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

OCBC Balance Transfer (BT)
OCBC Balance Transfer (BT)

Pelan pindahan baki kad kredit dengan caj faedah serendah 2% p.a dan pindahan minimum RM1,000. Pilih tempoh bayaran antara 6 bulan atau 12 bulan tanpa sebarang caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
OCBC Easy Payment Plan
OCBC Easy Payment Plan

Dapatkan barangan yang anda idamkan dengan pelan Easy Payment OCBC. Pembelian serendah RM1,000 untuk sebarang barangan dengan tempoh bayaran sehingga 20 bulan.

Maklumat Lanjut
OCBC Call For Cash (CFC)
OCBC Call For Cash (CFC)

Mohon dari RM1,000 hingga 80% had kredit kad anda dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan. Kadar faedah tetap dan tiada caj penamatan awal.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon OCBC MasterCard Blue/Pink

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit OCBC MasterCard Blue/Pink

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, OCBC Bank (Malaysia) Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh OCBC Bank (Malaysia) Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit OCBC MasterCard Blue/Pink untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. OCBC Bank (Malaysia) Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit OCBC MasterCard Blue/Pink

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung OCBC MasterCard Blue/Pink?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi OCBC Bank (Malaysia) Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang OCBC Bank (Malaysia) Berhad

OCBC Bank Malaysia Berhad
OCBC Bank, bank bertaraf dunia dengan sejarah sejak 1932, mempunyai kehadiran yang kukuh di Malaysia. Menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik (menerusi OCBC Al-Amin Bank Berhad) untuk individu dan perniagaan, OCBC menyediakan penyelesaian kewangan yang komprehensif, disokong oleh rangkaian globalnya dan pengiktirafan sebagai antara bank teraman di dunia.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

AmBank BonusLink Visa Signature

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

Kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite menawarkan mata ganjaran AirMiles, akses tanpa had…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…