Akan dibuka dalam tab baharu

OCBC Balance Transfer (BT)

OCBC Balance Transfer (BT) adalah pelan pindahan baki kad kredit yang ditawarkan oleh OCBC Bank. Pelan ini menawarkan tempoh bayaran dari 6 bulan hingga 12 bulan apabila anda melakukan pemindahan baki apabila anda memindahkan baki tertunggak kad kredit dari bank lain ke OCBC.

Anda boleh memindahkan sehingga 90% daripada jumlah kredit anda dengan jumlah pindahan minimum sebanyak RM1,000. Anda akan dikenakan kadar faedah (interest rate) antara 2% p.a sehingga 4% p.a untuk pelan ini. Pihak OCBC tidak mengenakan sebarang caj pengendalian (upfront handling fee) untuk proses pindahan baki anda. Bayaran bulanan minimum yang diperlukan ialah RM50, atau 5% dari baki tertunggak – yang mana yang lebih tinggi.

Sekiranya anda gagal menjelaskan bayaran bulanan anda, pihak OCBC akan mengenakan penalti caj lewat bayar sebanyak 1% dari baki tertunggak atau RM10 (yang mana yang lebih tinggi). Walau bagaimanapun, caj minimum telah ditetapkan sebanyak RM100, jadi anda tidak perlu risau perlu membayar penalti yang melampau tinggi.

Anda juga tidak perlu membayar sebarang caj sekiranya anda berhasrat untuk buat penamatan awal (early termination) – tiada caj penamatan awal yang dikenakan untuk pelan OCBC Balance Transfer ini.

OCBC Balance Transfer
calendar-range
Tempoh Bayaran
6 bulan hingga 12 bulan
badge-percent
Kadar Faedah
2 % p.a higga 4% p.a
square-dollar
Caj Pengendalian
Tiada caj upfront
money-bill-1-wave
Jumlah Pindahan
RM1000 hingga 90% daripada had kredit
square-dollar
Bayaran Minimum (Bulanan)
RM50 atau 5% dari baki tunggakan
square-dollar
Caj Penamatan Awal
Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual OCBC Balance Transfer (BT)

Pelan pindahan baki kad kredit dengan caj faedah serendah 2% p.a dan pindahan minimum RM1,000. Pilih tempoh bayaran antara 6 bulan atau 12 bulan tanpa sebarang caj pengendalian.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Jumlah Pindahan Minimum (RM)
6 Tiada 2% p.a RM1,000
12 Tiada 4% p.a RM1,000

Cara mohon OCBC Balance Transfer (BT)

OCBC menyediakan dua kaedah untuk anda mohon pelan pindahan baki kad kredit ini. Pilih salah-satu daripada kaedah berikut.

  • Hantar permohonan anda secara atas-talian (online) melalui laman web OCBC.
  • Atau, muatturun borang permohonan OCBC Balance Transfer, lengkapkan dan faks ke nombor 03-2711 9711.

Kad kredit OCBC Balance Transfer (BT)

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan OCBC Balance Transfer (BT). Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

OCBC MasterCard Blue/Pink

OCBC MasterCard Blue/Pink
OCBC MasterCard Blue/Pink adalah kad kredit unik daripada OCBC. Pilih warna merah jambu atau biru dengan keistimewaan rebat tunai tanpa had dan pelan bayaran ansuran mudah - sangat sesuai untuk mereka yang gemar berbelanja. Sistem OCBC PayMaster juga memudahkan anda buat bayaran bil bulanan dengan ciri autodebit melalui kad ini.
Info Lanjut

OCBC 365 MasterCard

OCBC 365 MasterCard
Kad kredit OCBC 365 MasterCard menawarkan rebat tunai tanpa had sehingga 1% untuk setiap perbelanjaan anda di dalam dan luar negara. Ciri seperti pelan bayaran ansuran (Easy Payment Plan), OCBC PayMaster dan caj tukaran mata wang yang diketepikan sangat sesuai untuk mereka yang gemar berbelanja. Caj yuran tahunan juga adalah percuma untuk 3 tahun pertama…
Info Lanjut

OCBC Cashflo MasterCard

OCBC CashFlo MasterCard
Ingin dapatkan pulangan rebat tunai tanpa had setiap bulan? Kad kredit OCBC CashFlow MasterCard sesuai untuk anda. Dapatkan cash back tanpa belanja minimum dan tanpa had, juga pelan bayaran ansuran mudah dengan belian minimum RM500 dan bayaran bil bulanan automatik dengan OCBC PayMaster. Yuran tahunan percuma untuk 3 tahun percuma sekiranya anda adalah pelanggan baru…
Info Lanjut

OCBC World MasterCard

Kad Kredit OCBC World MasterCard
Kad kredit OCBC World MasterCard menawarkan keistimewaan premium dengan pulangan tunai tanpa had dan perlindungan perjalanan sehingga RM2 juta.
Info Lanjut

OCBC Premier Voyage MasterCard

Kad kredit OCBC Premier Voyage MasterCard 
Kad kredit premium OCBC Premier Voyage MasterCard ditawarkan kepada pelanggan OCBC Premier Banking dan datang dengan ganjaran dan keistimewaan perjalanan lengkap. Sesuai untuk kaki travel.
Info Lanjut

OCBC Great Eastern Platinum MasterCard

Kad kredit OCBC Great Eastern Platinum MasterCard
Nikmati pulangan tunai 2.5% untuk premium insurans Great Eastern dan 0.1% untuk setiap perbelanjaan runcit, tanpa yuran tahunan
Info Lanjut

OCBC 90°N Visa Card

Kad kredit ocbc 90°n visa card
OCBC 90°N Visa Card menawarkan ganjaran pelancongan, akses Plaza Premium Lounge,, dan perlindungan perjalanan percuma. Sesuai untuk pengembara yang ingin memaksimumkan ganjaran dan menikmati kelebihan eksklusif.
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi  atau menghubungi khidmat pelanggan  untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.