OCBC Call For Cash (CFC)

OCBC Call For Cash (CFC) adalah pelan ansuran tunai kad kredit (Cash Instalment Plan – CIP) yang ditawarkan oleh OCBC Bank. Pelan ini ditawarkan kepada semua pemegang kad kredit utama OCBC (principal cardholder).

Secara ringkas, pelan ini membenarkan anda selaku pemilik kad kredit OCBC memohon wang tunai dalam bentuk pendahuluan tunai (advance cash) dan buat bayaran semula mengikut tempoh pinjaman yang diingini.

Anda boleh mohon dari serendah RM1,000 dengan gandaan 100. Jumlah pinjaman maksimum yang anda boleh mohon pula akan ditentukan oleh had kredit (credit limit) kad kredit anda. OCBC membenarkan pinjaman maksimum sehingga 80% daripada had kredit.

Tempoh pinjaman atau jangka masa bayaran ansuran yang boleh anda pilih untuk pelan OCBC Call-For-Cash ini adalah 12, 24 dan 36 bulan. Oleh kerana ini adalah pinjaman tunai, OCBC mengenakan caj kadar faedah tetap yang berpatutan sebanyak 7.99% p.a.

Sekiranya pinjaman OCBC Call For Cash anda lulus, anda dinasihatkan buat bayaran ansuran penuh setiap bulan. Kerana, sekiranya anda gagal pihak OCBC akan mengenakan penalti lewat bayar sebanyak RM10 atau 1% daripada baki tertunggak – yang lebih tinggi dan dihadkan kepada RM100.

Malangnya caj kadar faedah juga akan dinaikkan kepada caj normal iaitu 18% p.a sehingga anda menjelaskan semua baki yang tertunggak.

Walau bagaimanapun, anda tidak akan dikenakan sebarang caj atau penalti sekiranya anda berhasrat untuk membayar semua baki pinjaman anda lebih awal daripada tempoh pinjaman anda. OCBC tidak mengenakan sebarang caj penamatan awal (early settlement fee) untuk pelan ini.

OCBC Call For Cash
Tempoh pinjaman 12 bulan hingga 36 bulan
Jumlah pinjaman RM1000 hingga 80% daripada had kredit (credit limit)
Kadar faedah 7.99% p.a (kadar tetap)
Caj lewat bayar RM10 atau 1% daripada baki tertunggak (yang lebih tinggi dihadkan kepada RM100)
Caj penamatan awal Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual pelan OCBC Call For Cash (CFC)

Mohon dari RM1,000 hingga 80% had kredit kad anda dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan. Kadar faedah tetap dan tiada caj penamatan awal.

Tempoh Pinjaman (Bulan) Kadar Faedah (% p.a)
12 7.99% p.a
24 7.99% p.a
36 7.99% p.a

Cara mohon OCBC Call For Cash (CFC)

Anda boleh mohon pelan ansuran tunai dari OCBC melalui kaedah-kaedah berikut.

  1. Mohon melalui sistem perbankan atas talian (online banking) OCBC anda.
  2. Mohon dengan mengisi borang permohonan secara atas talian (online) di laman web OCBC.
  3. Mohon dengan menghubungi pihak OCBC di talian 03-83175000.

Kad kredit OCBC Call For Cash (CFC)

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan OCBC Call For Cash (CFC). Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

OCBC Great Eastern Platinum MasterCard

Kad kredit OCBC Great Eastern Platinum MasterCard

Nikmati pulangan tunai 2.5% untuk premium insurans Great Eastern dan 0.1% untuk setiap perbelanjaan runcit, tanpa yuran tahunan

OCBC World MasterCard

Kad Kredit OCBC World MasterCard

Kad kredit OCBC World MasterCard menawarkan keistimewaan premium dengan pulangan tunai tanpa had dan perlindungan perjalanan sehingga RM2 juta.

OCBC Cashflo MasterCard

OCBC CashFlo MasterCard

Ingin dapatkan pulangan rebat tunai tanpa had setiap bulan? Kad kredit OCBC CashFlow MasterCard sesuai untuk anda. Dapatkan cash back tanpa belanja minimum dan tanpa had, juga pelan bayaran ansuran mudah dengan belian minimum RM500 dan bayaran bil bulanan automatik dengan OCBC PayMaster. Yuran tahunan percuma untuk 3 tahun percuma sekiranya anda adalah pelanggan baru OCBC.

OCBC 365 MasterCard

OCBC 365 MasterCard

Kad kredit OCBC 365 MasterCard menawarkan rebat tunai tanpa had sehingga 1% untuk setiap perbelanjaan anda di dalam dan luar negara. Ciri seperti pelan bayaran ansuran (Easy Payment Plan), OCBC PayMaster dan caj tukaran mata wang yang diketepikan sangat sesuai untuk mereka yang gemar berbelanja. Caj yuran tahunan juga adalah percuma untuk 3 tahun pertama bagi pelanggan baru OCBC.

OCBC MasterCard Blue/Pink

OCBC MasterCard Blue/Pink

OCBC MasterCard Blue/Pink adalah kad kredit unik daripada OCBC. Pilih warna merah jambu atau biru dengan keistimewaan rebat tunai tanpa had dan pelan bayaran ansuran mudah – sangat sesuai untuk mereka yang gemar berbelanja. Sistem OCBC PayMaster juga memudahkan anda buat bayaran bil bulanan dengan ciri autodebit melalui kad ini.