Akan dibuka dalam tab baharu

OCBC Easy Payment Plan

OCBC Easy Payment Plan adalah pelan bayaran ansuran mudah kad kredit (Easy Payment Plan) yang ditawarkan oleh OCBC Bank. Pelan ini menawarkan tempoh bayaran dari 5 bulan hingga 20 bulan. Anda hanya perlu buat pembelian RM1,000 ke atas untuk melayakkan anda menggunakan pelan easy payment dari OCBC ini.

Pelan ini dibuka kepada semua pembelian anda. Tidak ada pilihan peniaga atau pasar raya. Asalkan anda buat pembelian RM1,000 ke atas, anda layak untuk menggunakan pelan ini.

OCBC tidak mengenakan sebarang caj faedah, cuma sedikit caj pengendalian (upfront handling fee) dikenakan. Caj ini hanya dikenakan sekali sahaja, dan tidak berulang. Caj pengendalian untuk OCBC Easy Payment Plan bermula dari 4% hingga 7% – bergantung kepada tempoh bayaran semula yang anda pilih.

Anda perlu buat bayaran penuh setiap bulan kerana OCBC tidak menawarkan bayaran bulanan minimum. Sekiranya anda gagal buat bayaran setiap bulan, anda akan dikenakan caj penalti (late payment penalty). Caj penalti yang dikenakan ialah 1% daripada baki yang tertunggak. Anda juga akan dikenakan caj faedah antara 15% p.a hingga 18% p.a sekiranya ada bayaran yang tertunggak. Jadi pastikan anda tidak lewat atau miss dengan bayaran bulanan anda.

Walau bagaimanapun, OCBC tidak mengenakan sebarang caj penamatan awal (early settlement fee) sekiranya anda ingin menyelesaikan segala baki yang tinggal lebih awal dari tempoh yang dipersetujui.

OCBC Easy Payment Plan
money-bill-1-wave
Pembelian Minimum
RM1000
calendar-range
Tempoh Bayaran
5 bulan hingga 20 bulan
badge-percent
Kadar Faedah
Tiada kadar faedah (Zero Interest)
square-dollar
Caj Pengendalian
4% hingga 7%
square-dollar
Bayaran Minimum (Bulanan)
Bayaran bulanan penuh
square-dollar
Caj Penamatan Awal
Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual OCBC Easy Payment Plan

Dapatkan barangan yang anda idamkan dengan pelan Easy Payment OCBC. Pembelian serendah RM1,000 untuk sebarang barangan dengan tempoh bayaran sehingga 20 bulan.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
5 4% Tiada RM1,000
10 6% Tiada RM1,000
20 7% Tiada RM1,000

Cara mohon OCBC Easy Payment Plan

Anda boleh mohon pelan Bayaran Ansuran Mudah OCBC melalui salah satu daripada kaedah berikut:

  • Hubungi pihak OCBC di talian 03 8317 5000 dalam tempoh 15 hari dari tarikh pembelian.
  • Log masuk ke portal perbankan atas talian (online banking) OCBC dan mohon dalam tempoh 15 dari tarikh pembelian.

Kad kredit OCBC Easy Payment Plan

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan OCBC Easy Payment Plan. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

OCBC MasterCard Blue/Pink

OCBC MasterCard Blue/Pink
OCBC MasterCard Blue/Pink adalah kad kredit unik daripada OCBC. Pilih warna merah jambu atau biru dengan keistimewaan rebat tunai tanpa had dan pelan bayaran ansuran mudah - sangat sesuai untuk mereka yang gemar berbelanja. Sistem OCBC PayMaster juga memudahkan anda buat bayaran bil bulanan dengan ciri autodebit melalui kad ini.
Info Lanjut

OCBC 365 MasterCard

OCBC 365 MasterCard
Kad kredit OCBC 365 MasterCard menawarkan rebat tunai tanpa had sehingga 1% untuk setiap perbelanjaan anda di dalam dan luar negara. Ciri seperti pelan bayaran ansuran (Easy Payment Plan), OCBC PayMaster dan caj tukaran mata wang yang diketepikan sangat sesuai untuk mereka yang gemar berbelanja. Caj yuran tahunan juga adalah percuma untuk 3 tahun pertama…
Info Lanjut

OCBC World MasterCard

Kad Kredit OCBC World MasterCard
Kad kredit OCBC World MasterCard menawarkan keistimewaan premium dengan pulangan tunai tanpa had dan perlindungan perjalanan sehingga RM2 juta.
Info Lanjut

OCBC Premier Voyage MasterCard

Kad kredit OCBC Premier Voyage MasterCard 
Kad kredit premium OCBC Premier Voyage MasterCard ditawarkan kepada pelanggan OCBC Premier Banking dan datang dengan ganjaran dan keistimewaan perjalanan lengkap. Sesuai untuk kaki travel.
Info Lanjut

OCBC Great Eastern Platinum MasterCard

Kad kredit OCBC Great Eastern Platinum MasterCard
Nikmati pulangan tunai 2.5% untuk premium insurans Great Eastern dan 0.1% untuk setiap perbelanjaan runcit, tanpa yuran tahunan
Info Lanjut

OCBC 90°N Visa Card

Kad kredit ocbc 90°n visa card
OCBC 90°N Visa Card menawarkan ganjaran pelancongan, akses Plaza Premium Lounge,, dan perlindungan perjalanan percuma. Sesuai untuk pengembara yang ingin memaksimumkan ganjaran dan menikmati kelebihan eksklusif.
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi  atau menghubungi khidmat pelanggan untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.