Akan dibuka dalam tab baharu

OCBC Cashflo MasterCard

OCBC CashFlo MasterCard
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
188
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM3000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Pulangan Tunai

OCBC Cashflo MasterCard yang ditawarkan oleh OCBC Bank adalah kad kredit dengan ciri khusus untuk mereka yang gemar berbelanja. Kad ini menawarkan ciri seperti rebat tunai (cash back), pelan bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan) dan bayaran bil automatik setiap bulan.

Pelan rebat tunai yang ditawarkan oleh kad ini adalah sangat menguntungkan kerana pulangan rebat tunai ini adalah tanpa had. Ini bermaksud lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak pulangan cash back yang anda dapat. Anda akan diberikan pulangan rebat sebanyak 0.5% untuk setiap perbelanjaan runcit (retail purchase) di dalam dan luar negara. Perbelanjaan ini tiada had minimum.

Pihak OCBC juga menawarkan pelan bayaran ansuran mudah dalam bentuk pelan OCBC Auto-Instalment Payment Plan (AUTO-IPP). Pelan ini membenarkan anda menukar belian kad kredit anda kepada bayaran ansuran bulanan hanya dengan pembelian serendah RM500. Anda boleh pilih untuk buat bayaran bulanan dari 3, 6 atau 12 bulan.

Kad OCBC CashFlo MasterCard juga didatangkan dengan pelan OCBC PayMaster. Dengan pelan ini anda tidak perlu risau tentang bayaran bil bulanan anda kerana semuanya akan diuruskan oleh sistem OCBC PayMaster ini.

Anda juga boleh buat pemindahan baki daripada kad kredit lama anda melalui pelan pindahan baki OCBC Balance Transfer. Buat pindahan baki serendah RM1,000 dan bayar semula sehingga 12 bulan. Pelan ini tidak mengenakan caj pengendalian, tetapi anda akan dikenakan caj kadar faedah yang rendah dan tidak membebankan.

Sekiranya anda ingin guna tunai di saat kecemasan, anda boleh buat pinjaman tunai melalui program OCBC Call For Cash. Buat pinjaman serendah RM1,000 dan bayaran semula sehingga 12 bulan.

Kad OCBC CashFlo MasterCard ditawarkan kepada semua individu berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM36,000. Jika permohonan kad anda lulus, anda akan dikenakan caj yuran tahunan sebanyak RM188. Walau bagaimanapun, sekiranya ini adalah kali pertama anda memiliki kad kredit OCBC, atau anda tidak memegang kad kredit OCBC dalam tempoh 12 bulan sebelum anda mohon – yuran tahunan akan dibatalkan sehingga 3 tahun pertama.

Berminat untuk mohon kad ini? Baca lebih lanjut tentang kelebihan kad ini, syarat kelayakan lengkap untuk mohon, caj dan yuran yang dikenakan, dan bagaimana anda boleh mohon kad ini secara atas talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit OCBC Cashflo MasterCard

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan pulangan rebat tunai sehingga 0.5% untuk sebarang perbelanjaan tanpa jumlah minimum dengan kad OCBC CashFlo MasterCard. Pulangan cash back ini adalah tanpa had – lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak pulangan rebat tunai yang terkumpul.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Sebarang perbelanjaan runcit (retail) 0.5% Tiada Sebarang perbelanjaan

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM3000 sebulan atau RM36000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
188
Percuma untuk 3 tahun pertama bagi pelanggan baru OCBC yang tidak memiliki kad kredit OCBC dalam tempoh 12 bulan sebelum mohon
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM68
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

OCBC Balance Transfer (BT)
OCBC Balance Transfer (BT)

Pelan pindahan baki kad kredit dengan caj faedah serendah 2% p.a dan pindahan minimum RM1,000. Pilih tempoh bayaran antara 6 bulan atau 12 bulan tanpa sebarang caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
OCBC Auto-Instalment Payment Plan (Auto-IPP)
OCBC Auto-Instalment Payment Plan (Auto-IPP)

Buat pembelian serendah RM500 untuk sebarang pembelian runcit (retail purchase) dan tukar kepada pelan bayaran ansuran OCBC AUTO-IPP – tanpa caj kadar faedah (zero interest) dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
OCBC Call For Cash (CFC)
OCBC Call For Cash (CFC)

Mohon dari RM1,000 hingga 80% had kredit kad anda dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan. Kadar faedah tetap dan tiada caj penamatan awal.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon OCBC Cashflo MasterCard

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit OCBC Cashflo MasterCard

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, OCBC Bank (Malaysia) Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh OCBC Bank (Malaysia) Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit OCBC Cashflo MasterCard untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. OCBC Bank (Malaysia) Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit OCBC Cashflo MasterCard

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung OCBC Cashflo MasterCard?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi OCBC Bank (Malaysia) Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang OCBC Bank (Malaysia) Berhad

OCBC Bank Malaysia Berhad
OCBC Bank, bank bertaraf dunia dengan sejarah sejak 1932, mempunyai kehadiran yang kukuh di Malaysia. Menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik (menerusi OCBC Al-Amin Bank Berhad) untuk individu dan perniagaan, OCBC menyediakan penyelesaian kewangan yang komprehensif, disokong oleh rangkaian globalnya dan pengiktirafan sebagai antara bank teraman di dunia.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Maybank Shopee Visa Platinum

Kad kredit Maybank ini menawarkan keistimewaan mata ganjaran (reward points) dalam bentuk Shopee Coin dan…

Citi Simplicity

Rebat tunai sehingga 10%? Tidak ada masalah dengan kad kredit ini. Dapatkan rebat tunai sehingga…

Kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i 

Nikmati pulangan mata ganjaran dan tebus untuk penerbangan percuma, di samping perlindungan Takaful dan Khairat…

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards menawarkan sehingga 3x mata ganjaran, pelan kredit lengkap, dan…