Akan dibuka dalam tab baharu

OCBC Auto-Instalment Payment Plan (Auto-IPP)

OCBC Auto-Instalment Payment Plan (Auto-IPP) adalah sebuah pelan bayaran ansuran mudah, atau lebih dikenali sebagai Easy Payment Plan (EPP) daripada OCBC Bank. Pelan ini membolehkan anda menukar belian kad kredit anda kepada bayaran bulanan tanpa caj kadar faedah. Anda hanya perlu buat pembelian dari serendah RM500 untuk melayakkan anda menggunakan pelan OCBC Auto-IPP ini.

Anda boleh pilih untuk buat bayaran selama 3, 6 atau 12 bulan dengan pelan ini. Seperti namanya, pelan ini tidak mengenakan sebarang caj kadar faedah, dan tiada caj pengendalian. Walau bagaimanapun, ciri 0% interest ini hanya sah sekiranya anda buat bayaran penuh setiap bulan. Jika anda gagal buat bayaran bulanan penuh, anda akan dikenakan caj kadar faedah, caj pembiayaan dan penalti lewat bayar, seperti yang telah dipersetujui pada syarat dan terma kad kredit OCBC anda.

Anda perlu buat bayaran penuh setiap bulan kerana pihak OCBC tidak membenarkan anda buat bayaran bulanan minimum. Tetapi, sekiranya anda berhasrat untuk membayar semua baki lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui, anda tidak akan dikenakan sebarang caj penamatan awal (early settlement fee) dengan pelan OCBC Auto-Instalment Payment Plan (Auto-IPP).

OCBC Auto Instalment Payment Plan (AUTO-IPP)
money-bill-1-wave
Pembelian Minimum
RM500
calendar-range
Tempoh Bayaran
3 bulan hingga 12 bulan
badge-percent
Kadar Faedah
Tiada kadar faedah (Zero Interest)
square-dollar
Caj Pengendalian
Tiada caj upfront
square-dollar
Bayaran Minimum (Bulanan)
Bayaran bulanan penuh
square-dollar
Caj Penamatan Awal
Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual OCBC Auto-Instalment Payment Plan (Auto-IPP)

Buat pembelian serendah RM500 untuk sebarang pembelian runcit (retail purchase) dan tukar kepada pelan bayaran ansuran OCBC AUTO-IPP – tanpa caj kadar faedah (zero interest) dan tiada caj pengendalian.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
3 Tiada Tiada RM500 hingga RM1,000
6 Tiada Tiada RM1,000 ke atas
12 Tiada Tiada RM2,200 ke atas*

*Bayaran 12 bulan AUTO-IPP hanya untuk Pelan Insurans Great Eastern Life/Great Eastern General dengan premium RM2,200 ke atas.

Cara mohon OCBC Auto-Instalment Payment Plan (Auto-IPP)

Hubungi pihak OCBC di talian 03 8317 5000 untuk maklumat lanjut berhubung pelan bayaran ansuran mudah OCBC.

Kad kredit OCBC Auto-Instalment Payment Plan (Auto-IPP)

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan OCBC Auto-Instalment Payment Plan (Auto-IPP). Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

OCBC Cashflo MasterCard

OCBC CashFlo MasterCard
Ingin dapatkan pulangan rebat tunai tanpa had setiap bulan? Kad kredit OCBC CashFlow MasterCard sesuai untuk anda. Dapatkan cash back tanpa belanja minimum dan tanpa had, juga pelan bayaran ansuran mudah dengan belian minimum RM500 dan bayaran bil bulanan automatik dengan OCBC PayMaster. Yuran tahunan percuma untuk 3 tahun percuma sekiranya anda adalah pelanggan baru…
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi  atau menghubungi khidmat pelanggan untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.