Akan dibuka dalam tab baharu

Bank Rakyat Kad Muslimah

Bank Rakyat Kad Muslimah
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
13.5% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Islamik, Mata Ganjaran, Tanpa Yuran Tahunan

Bank Rakyat Kad Muslimah adalah kad kredit terbaru khusus untuk wanita yang meminati fesyen. Kad kredit ini adalah kad Islamik 100% patuh Syariah dengan konsep Shariah Murabahah (Tawarruq). Oleh itu anda boleh berbelanja menggunakan kad ini tanpa waswas.

Kad ini menawarkan pulangan mata ganjaran di pedagang yang mengambil bahagian seperti Zalora, Bokitta, Siti Khadijah dan lain-lain. Anda akan menerima 1 mata ganjaran untuk setiap perbelanjaan RM10 di dalam dan luar negara. Pihak Bank Rakyat tidak mengenakan caj tambahan ke atas tukaran mata wang untuk perbelanjaan anda di luar negara.

Mata ganjaran ini adalah tanpa had, oleh itu lebih banyak anda berbelanja, lebih tinggi mata yang anda kumpul. Anda juga akan menerima diskaun sehingga 30% untuk tawaran eksklusif di pedang-pedagang ini.

Selain itu, kad kredit Bank Rakyat Kad Muslimah didatangkan dengan perlindungan Takaful Keluarga (Family Takaful) percuma. Anda akan dilindungi daripada baki tertunggak dan juga menerima khairat kematian berjumlah RM1,000.

Sekiranya anda ingin memindahkan baki kad kredit kepada kad ini, anda boleh menggunakan pelan pindahan baki Bank Rakyat Credit Card-i Balance Transfer. Skim ini membenarkan anda buat pindahan serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga 12 bulan. Anda akan dikenakan sedikit caj kadar faedah tahunan bermula dari 3% setahun (p.a). Walau bagaimanapun, tiada caj pengendalian yang dikenakan.

Yuran tahunan Kad Muadalah percuma seumur hidup untuk pemegang kad utama dan kad tambahan.

Kad kredit Bank Rakyat Kad Muslimah kepada wanita berstatus warganegara Malaysia, berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan tidak kurang daripada RM2,000 atau tahunan RM24,000.

Berminat untuk mohon? Baca lebih lanjut ciri lengkap kad ini, caj yang dikenakan, dan bagaimana untuk mohon secara atas talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Bank Rakyat Kad Muslimah

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan mata ganjaran setiap kali anda berbelanja dengan kad ini di pedagang atau peruncit yang mengambil bahagian. Mata ganjaran ini adalah tanpa had jadi anda boleh kumpul seberapa banyak mata ganjaran yang anda ingini. Anda boleh tebus mata ganjaran ini, atau tukar kepada tunai dengan kadar RM0.10 setiap 10 mata ganjaran. Mata ganjaran terkumpul boleh ditebus melalui sistem perbankan online iRakyat. Daftar atau login ke sistem iRakyat dan tebus di laman Rakyat Rewards.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan
1 RM10 Perbelanjaan dalam dan luar negara

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Wanita warganegara Malaysia
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM12.20 atau 3% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Bank Rakyat Kad Kredit-i Pindahan Baki
Bank Rakyat Kad Kredit-i Pindahan Baki

Pindahkan baki kad kredit anda ke Bank Rakyat dengan pindahan minimum serendah RM1,000 dan tempoh bayaran sehingga 12 bulan tanpa sebarang caj pengendalian.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Bank Rakyat Kad Muslimah

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Bank Rakyat Kad Muslimah

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad) mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad) berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad).

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Bank Rakyat Kad Muslimah untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad) kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Bank Rakyat Kad Muslimah

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Bank Rakyat Kad Muslimah?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

30 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad)

Bank rakyat bank kerjasama rakyat malaysia berhad
Bank Rakyat, yang bermula sebagai gabungan bank kesatuan pada 1954, kini adalah bank koperasi Islamik sepenuhnya di Malaysia sejak 2003. Dengan aset lebih RM99 bilion dan rangkaian cawangan, ATM, dan Ar-Rahnu X'Change yang luas di seluruh negara, Bank Rakyat menawarkan pelbagai produk perbankan patuh Syariah yang komprehensif untuk individu (termasuk pembiayaan peribadi Islamik, Ar-Rahnu) dan…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

AmBank BonusLink Visa Signature

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

Kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite menawarkan mata ganjaran AirMiles, akses tanpa had…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…