Hong Leong Visa Infinite Doctor’s Edition

Kad kredit pilihan untuk doktor dan doktor gigi di Malaysia.

Kad kredit Hong Leong Visa Infinite Doctor's Edition 
badge-percent
Kadar faedah
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Pendapatan
RM4000
stars
Ciri utama
Tiada yuran tahunan, perlindungan insurans perjalanan, tukaran mata Enrich Miles
square-list
Pelan kad kredit
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave

Kad Kredit Hong Leong Visa Infinite Doctor’s Edition adalah kad kredit yang ditawarkan khusus untuk pengamal perubatan di Malaysia yang gemar melancong. Kad ini menawarkan pelbagai manfaat dan ciri, menjadikannya pilihan menarik bagi doktor dan doktor gigi yang sedang mencari penyelesaian kewangan yang mudah dan menguntungkan.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Hong Leong Visa Infinite Doctor’s Edition

  • Tiada Yuran Tahunan: Nikmati keistimewaan kad kredit premium tanpa yuran tahunan, menjadikannya pilihan yang berbaloi.
  • Penukaran Mata Enrich: Dapatkan 1 Enrich Miles untuk setiap RM3.50 yang dibelanjakan di dalam negara atau RM2.20 yang dibelanjakan di luar negara. Kumpul mata tersebut untuk menebus penerbangan percuma dan ganjaran perjalanan yang lain, tanpa tarikh luput.
  • Akses ke Plaza Premium Lounge: Nikmati 4 kali akses percuma ke Plaza Premium Lounge yang mengambil bahagian di Malaysia dan Singapura setiap tahun. Tetamu yang mengiringi pemegang kad boleh mendapat diskaun sehingga 20% daripada kadar asal.
  • Perlindungan Insurans Perjalanan: Dapatkan perlindungan insurans perjalanan automatik yang bernilai sehingga RM3 juta untuk kemalangan diri dan kesulitan perjalanan.
  • Perkhidmatan Visa Infinite Concierge: Nikmati layanan VIP di mana sahaja dengan perkhidmatan Visa Infinite Concierge untuk kemudahan ketika melancong, atau untuk meningkatkan gaya hidup anda, pada bila-bila masa dan di mana sahaja di seluruh dunia.
  • Perkhidmatan Hong Leong Premium Travel Desk: Tidak cukup dengan perkhidmatan Visa Infinite, nikmati juga bantuan tanpa had melalui Hong Leong Premium Travel Desk, dari tempahan tiket sehinggalah kepada carian penginapan dan menjamu selera.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon Doktor Perubatan (berdaftar di bawah MMC) dan Doktor Gigi (berdaftar di bawah MDC)
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM4000 Sebulan atau RM48000 Setahun
Kelayakan Umur 21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal).
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary).

Dokumen Yang Diperlukan

  • Dokumen pengenalan diri (MyKad).
  • Slip gaji terkini.
  • Penyata akaun bank gaji dikreditkan.

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Cardholder) Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card) Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan).
Bayaran Bulanan Minimum RM50 atau 5% dari amaun tertunggak. Yang mana lebih tinggi.
Caj Lewat Bayar RM10 atau 1% dari amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM100.
Had Pendahuluan Tunai Harian Tiada
Caj Pendahuluan Tunai RM20 atau 5% dari amaun pengeluaran (yang lebih tinggi).
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai 18%

Maklumat Tambahan

Cara Mohon Hong Leong Visa Infinite Doctor’s Edition

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berminat untuk mohon kad kredit Hong Leong Bank Visa Infinite Doctor’s Edition? Ikuti langkah berikut:

Mohon Dalam Talian

  1. Kunjungi laman web Hong Leong Bank Berhad.
  2. Klik butang “Saya Berminat”.
  3. Masukkan butiran yang diperlukan, dan klik butang “Hantar”
  4. Pihak Hong Leong Bank akan menghubungi anda kembali untuk langkah seterusnya.

Klik untuk melayari laman web Hong Leong Bank

Mohon Melalui Cawangan

  1. Kunjungi cawangan terdekat Hong Leong Bank.
  2. Isi borang permohonan kad kredit Honng Leong Visa Infinite Doctor’s Edition.
  3. Hantar borang bersama dokumen yang diperlukan.

Klik untuk melihat senarai cawangan Hong Leong Bank Berhad

Khidmat Pelanggan

Anda boleh menghubungi pihak Hong Leong Bank melalui saluran berikut sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung kad kredit Hong Leong Visa Infinite Doctor’s Edition.

Kesimpulan & Perspektif

Kad Kredit Hong Leong Visa Infinite Doctor’s Edition menawarkan manfaat dan ciri yang menarik yang direka khas untuk pengamal perubatan Malaysia. Dengan yuran tahunan percuma, tukaran Mata Enrich yang lumayan, dan pelbagai keistimewaan berkaitan perjalanan, kad ini menyediakan penyelesaian kewangan yang menguntungkan dan mudah. Jika anda seorang doktor atau doktor gigi dan sedang mencari kad kredit yang sesuai dengan keperluan anda, anda boleh pertimbangkan kad kredit premium daripada Hong Leong ini. Baca cara mohon di atas untuk mengetahui bagaimana untuk memohon.

Soalan Lazim

Pertanyaan

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Hong Leong Visa Infinite Doctor’s Edition

Bolehkah saya menggunakan kad kredit ini untuk pembelian dalam talian (online shopping)?

chevron-down

Ya. Anda boleh menggunakan kad kredit Hong Leong Visa Infinite Doctor’s Edition di mana-mana pedagang dalam talian yang menerima pembayaran Visa.

Adakah terdapat had untuk mata Enrich Miles?

chevron-down

Tidak. Tiada had ditetapkan untuk Enrich Miles. Anda boleh kumpul seberapa banyak yang anda ingini.

Bagaimana untuk menebus mata Enrich Miles yang terkumpul?

chevron-down

Anda boleh memantau dan menebus mata Enrich Miles yang terkumpul melalui laman web atau aplikasi mudah alih Malaysian Airlines (MAS).

Apakah yang dilindungi oleh perlindungan insurans yang ditawarkan oleh kad ini?

chevron-down

Anda akan dilindungi oleh kemalangan peribadi sehingga RM3 juta, insurans perjalanan sehingga RM3 juta, kelewatan penerbangan dan terlepas penerbangan sehingga RM2,000, kehilangan bagasi sehingga RM8,000, dan kelewatan bagasi sehingga RM4,000.

Bolehkah saya menggunakan kad kredit ini untuk mengeluarkan wang tunai?

chevron-down

Ya. Anda boleh melakukan pendahuluan tunai melalui mesin ATM. Walau bagaimanapun, anda akan dikenakan caj tambahan.

Saya tidak pernah memiliki sebarang kad kredit sebelum ini, bolehkah saya mohon kad kredit Hong Leong Visa Infinite Doctor’s Edition?

chevron-down

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Hong Leong Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Berapakah had kredit (credit limit) untuk kad Hong Leong Visa Infinite Doctor’s Edition?

chevron-down

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Hong Leong Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Hong Leong Bank Berhad.

Bolehkah saya keluarkan wang tunai dari mesin ATM dengan kad ini?

chevron-down

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Bolehkah saya menggunakan kad kredit ini untuk pembelian dalam talian (online purchases)?

chevron-down

Ya, anda boleh guna kad kredit Hong Leong Visa Infinite Doctor’s Edition untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Bolehkah saya mohon kad kredit Hong Leong Visa Infinite Doctor’s Edition semata-mata untuk pindahan baki (balance transfer)?

chevron-down

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Bolehkah saya mohon kad kredit Hong Leong Visa Infinite Doctor’s Edition jika skor kredit saya rendah atau saya mempunyai sejarah kredit yang buruk?

chevron-down

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Hong Leong Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Hong Leong Visa Infinite Doctor’s Edition.

Ada soalan tambahan berhubung Hong Leong Visa Infinite Doctor’s Edition?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk menanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Langgan
Maklumkan

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Penafian:

Maklumat berhubung Hong Leong Visa Infinite Doctor’s Edition adalah terkini pada tarikh 24/06/2024. Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi Hong Leong Bank Berhad atau menghubungi khidmat pelanggan Hong Leong Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Hong Leong Bank Berhad

Hong Leong Bank Berhad

Hong Leong Bank Berhad

Hong Leong Bank Berhad mula beroperasi pada tahun 1905 di atas nama Kwong Lee Mortgage & Remittance Company di Kuching, Sarawak. Bank ini kemudian menukar namanya kepada Kwong Lee Bank …

Baca selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

ICBC Visa Gold

Kad kredit ICBC Visa Gold menawarkan ganjaran dalam bentuk reward points tanpa had dan tanpa…

Citi Business Platinum Mastercard

Kad Kredit Citi Business Platinum Mastercard adalah kad khusus untuk pemilik perniagaan yang inginkan keistimewaan…

BSN Gold Visa MasterCard

Dapatkan kad kredit BSN Gold Visa atau BSN Gold MasterCard dan nikmati pulangan mata ganjaran…

Kad kredit Hong Leong Visa Infinite

Nikmati keistimewaan eksklusif dengan pengalaman perjalanan yang lancar, dan ganjaran luar biasa dengan kad kredit…