Alliance Bank Balance Transfer Plan

Alliance Bank Balance Transfer Plan adalah pelan pindahan baki kad kredit yang ditawarkan oleh Alliance Bank Malaysia Berhad. Pelan balance transfer ini menawarkan tempoh bayaran dari 6 bulan hingga 36 bulan. Tiada kadar faedah yang dikenakan jika anda melakukan pemindahan dengan jumlah RM3,000 ke atas. Untuk pindahan baki RM3,000 ke bawah, Alliance Bank akan mengenakan caj kadar faedah sebanyak 9.88% p.a.

Anda tidak akan dikenakan sebarang caj pengendalian (upfront handling fee) dengan pelan ini. Alliance bank juga tidak mengenakan sebarang caj penamatan (early termination fee) sekiranya anda berhasrat untuk melangsaikan hutang anda lebih awal dari tempoh yang dibenarkan.

Tetapi, sekiranya anda lewat buat bayaran bulanan, anda akan dikenakan caj sebanyak 1% daripada baki tertunggak atau RM10 (yang mana lebih tinggi) dengan had maksimum caj sebanyak RM100. Kadar faedah juga akan dinaikkan kepada 18% p.a sehingga anda menyelesaikan semua baki tunggakan anda.

Salah satu ciri menarik pelan pemindahan baki Alliance Bank Balance Transfer Plan ialah anda akan diberikan mata ganjaran dalam bentuk 500 Timeless Bonus Point (TBP) dari pihak Alliance Bank untuk setiap pindahan RM10,000. Mata ganjaran ini boleh ditebus untuk produk di dalam senarai katalog Alliance Bank Gift.

Alliance Bank Balance Transfer Plan
Tempoh bayaran 6 bulan hingga 24 bulan
Kadar faedah 0% p.a hingga 9.88% p.a
Caj pengendalian Tiada caj upfront
Jumlah pindahan RM1000
Bayaran minimum (bulanan) 5% dari baki tertunggak (hanya untuk kadar faedah 0% p.a)
Caj penamatan awal Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual pelan Alliance Bank Balance Transfer Plan

Pelan pindahan baki kad kredit dengan pindahan serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran semula sehingga 24 bulan tanpa sebarang caj pengendalian.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Jumlah Pindahan Minimum (RM)
6 Tiada Tiada* RM3,000
12  Tiada 9.88% p.a RM1,000
18  Tiada 9.88% p.a RM1,000
24  Tiada 9.88% p.a RM1,000

* Promosi terhad sah sehingga 31 Disember 2019

Cara mohon Alliance Bank Balance Transfer Plan

Anda boleh mohon pelan pindahan baki Alliance Bank melalui salah-satu daripada kaedah berikut.

  • Layari laman Alliance Bank Balance Transfer Plan dan lengkapkan borang permohonan secara online. Anda akan dihubungi oleh pihak Alliance untuk langkah seterusnya.
  • Hubungi Khidmat Pelanggan Alliance Bank di talian 03-55169988.
  • Kunjungi cawangan Alliance Bank terdekat untuk mohon.

Kad kredit Alliance Bank Balance Transfer Plan

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan Alliance Bank Balance Transfer Plan. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

Alliance Bank Visa Signature

Alliance Bank Visa Signature

Kad kredit Alliance Bank ini menawarkan ciri ganjaran pulangan tunai tanpa had setiap bulan. Nikmati rebat tunai sehingga 5% untuk setiap perbelanjaan online atau offline.

Alliance Bank Visa Infinite

Alliance Bank Visa Infinite

Kad kredit Alliance Bank Visa Infinite menawarkan pulangan mata ganjaran Timeless Bonus Points (TBP) dan ciri premium dengan kelebihan Visa Infinite

Alliance Bank Visa Platinum

Alliance Bank Visa Platinum

Alliance Bank Visa Platinum menawarkan mata ganjaran dalam bentuk Timeless Bonus Points (TBP) tanpa had dan tiada tempoh tamat. Kumpul mata ganjaran anda dan tebus untuk produk, perkhidmatan, atau hadiah.

Alliance Bank Classic

Alliance Bank Visa Classic

Kad kredit Alliance Bank Classic menawarkan mata ganjaran yang boleh anda tebus dengan AirAsia dan MAS. Nikmati tiket kapal terbang percuma atau diskaun hebat dengan kad ini.

Alliance Bank Visa Basic

Alliance Bank Visa Basic

Kad kredit Alliance Bank Visa Basic menawarkan ciri asas dengan penjimatan tahunan. Syarat kelayakan mohon yang longgar dan tidak membebankan. Kad ini sesuai sebagai kad kredit pertama anda.

Alliance Bank You:nique Rates

Alliance Bank You:nique Rates

Dapatkan caj kadar faedah terendah dengan kad kredit Alliance Bank You:nique Rates – hanya 9% p.a. Ditambah pula dengan yuran tahunan percuma untuk tahun pertama, ini adalah kad kredit dengan penjimatan hebat.

Alliance Bank You:nique Rebates

Alliance Bank You:nique Rebates

Dapatkan rebat tunai (cashbacks) sehingga 3% tanpa had dengan kad kredit ini. Didatangkan dengan pelan pindahan baki, pelan bayaran ansuran mudah, dan juga pelan ansuran tunai dari Alliance.

Alliance Bank You:nique Rewards

Alliance Bank You:nique Rewards

Dapatkan mata ganjaran tanpa had hanya dengan setiap perbelanjaan RM1 menggunakan kad kredit ini. Timeless Bonus Point yang ditawarkan ini boleh anda tebus untuk setiap produk dan perkhidmatan Alliance Bank.