Akan dibuka dalam tab baharu

Alliance Bank FastCash

Alliance Bank FastCash adalah pelan kemudahan kredit daripada Alliance Bank Berhad. Pelan ansuran tunai (Cash Instalment Plan – CIP) ini membenarkan anda mengeluarkan wang tunai melalui kad kredit Alliance anda daripada mesin ATM atau kaunter bank seluruh negara.

Wang tunai yang anda keluarkan ini secara automatik akan menjadi pinjaman tunai di mana anda harus buat bayaran semula setiap bulan. Anda boleh mengeluarkan tunai sehingga 80% daripada had kredit (credit limit) kad kredit anda dan pilih untuk buat bayaran semula dalam tempoh 12 hingga 36 bulan.

Pelan ini menawarkan ganjaran dalam bentuk mata bonus. Dengan setiap pinjaman bernilai RM10,000 – anda akan mendapat mata bonus (Timeless Bonus Points – TBP) berjumlah 500. Caj kadar faedah yang dikenakan untuk pelan Alliance Bank FastCash ini pula adalah kadar faedah tetap, iaitu 9.88% p.a untuk semua tempoh pinjaman.

Anda perlu buat bayaran penuh setiap bulan kerana pelan ini tidak membenarkan anda buat bayaran bulanan minimum. Sekiranya anda gagal untuk bayaran bulanan, kadar faedah akan dinaikkan kepada 18% p.a. Anda juga akan dikenakan penalti lewat bayar (late payment penalty) berjumlah 1% daripada bayaran ansuran, atau RM10 –  yang lebih tinggi. Penalti ini akan dicaj ke akan kredit kad anda.

Walau bagaimanapun, tiada caj dikenakan sekiranya anda ingin membuat penamatan awal (early settlement).

Alliance Bank FastCash
calendar-range
Tempoh Pinjaman
12 bulan hingga 36 bulan
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman
80% daripada had kredit (credit limit)
badge-percent
Kadar Faedah
9.88% p.a (kadar tetap)
square-dollar
Caj Lewat Bayar
Kadar faedah dinaikkan kepada 18% p.a, dan 1% dari bayaran bulanan atau RM10 (yang lebih tinggi)
square-dollar
Caj Penamatan Awal
Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual Alliance Bank FastCash

Pinjaman tunai sehingga 80% daripada had kredit (credit limit) kad kredit anda dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan dan kadar faedah tetap.

Tempoh Pinjaman (Bulan) Kadar Faedah (% p.a)
12 9.88% p.a
24 9.88% p.a
36 9.88% p.a

Cara mohon Alliance Bank FastCash

Anda boleh pilih salah satu daripada cara-cara di bawah untuk memohon Alliance Bank FastCash

  • Mohon secara online dengan mengisi borang permohonan melalui laman web Alliance Bank.
  • Walk-in ke mana-mana cawangan Alliance Bank Berhad, isi borang dan hantar.
  • Hubungi khidmat bantuan Alliance Bank di talian 03-55169988 atau 1300 80 3388.

Kad kredit Alliance Bank FastCash

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan Alliance Bank FastCash. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

Alliance Bank You:nique Rewards

Alliance Bank You:nique Rewards
Dapatkan mata ganjaran tanpa had hanya dengan setiap perbelanjaan RM1 menggunakan kad kredit ini. Timeless Bonus Point yang ditawarkan ini boleh anda tebus untuk setiap produk dan perkhidmatan Alliance Bank.
Info Lanjut

Alliance Bank You:nique Rebates

Alliance Bank You:nique Rebates
Dapatkan rebat tunai (cashbacks) sehingga 3% tanpa had dengan kad kredit ini. Didatangkan dengan pelan pindahan baki, pelan bayaran ansuran mudah, dan juga pelan ansuran tunai dari Alliance.
Info Lanjut

Alliance Bank You:nique Rates

Alliance Bank You:nique Rates
Dapatkan caj kadar faedah terendah dengan kad kredit Alliance Bank You:nique Rates - hanya 9% p.a. Ditambah pula dengan yuran tahunan percuma untuk tahun pertama, ini adalah kad kredit dengan penjimatan hebat.
Info Lanjut

Alliance Bank Classic

Alliance Bank Visa Classic
Kad kredit Alliance Bank Classic menawarkan mata ganjaran yang boleh anda tebus dengan AirAsia dan MAS. Nikmati tiket kapal terbang percuma atau diskaun hebat dengan kad ini.
Info Lanjut

Alliance Bank Visa Platinum

Alliance Bank Visa Platinum
Alliance Bank Visa Platinum menawarkan mata ganjaran dalam bentuk Timeless Bonus Points (TBP) tanpa had dan tiada tempoh tamat. Kumpul mata ganjaran anda dan tebus untuk produk, perkhidmatan, atau hadiah.
Info Lanjut

Alliance Bank Visa Infinite

Alliance Bank Visa Infinite
Kad kredit Alliance Bank Visa Infinite menawarkan pulangan mata ganjaran Timeless Bonus Points (TBP) dan ciri premium dengan kelebihan Visa Infinite
Info Lanjut

Alliance Bank Visa Signature

Alliance Bank Visa Signature
Kad kredit Alliance Bank ini menawarkan ciri ganjaran pulangan tunai tanpa had setiap bulan. Nikmati rebat tunai sehingga 5% untuk setiap perbelanjaan online atau offline.
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau menghubungi khidmat pelanggan untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.