Akan dibuka dalam tab baharu

Alliance Bank Visa Signature

Alliance Bank Visa Signature
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM148
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM4000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Ganjaran Petrol, Pulangan Tunai

Alliance Bank Visa Signature adalah kad kredit daripada Alliance Bank yang menawarkan ganjaran pulangan tunai (cashback) tanpa had setiap bulan. Ciri rebat tunai ini adalah khusus untuk kad ini, di mana anda pihak Alliance Bank tidak menetapkan had pulangan tunai yang boleh dapatkan setiap bulan, tidak seperti kad kredit daripada bank yang lain.

Setiap kali anda berbelanja dengan kad kredit Alliance Bank ini, anda akan menerima sehingga 5% rebat tunai. Ganjaran pulangan tunai ini sah untuk perbelanjaan dalam talian, runcit, isian petrol, bil utiliti, menjamu selera, dan perbelanjaan lain. Jumlah rebat tunai adalah antara 0.25% hingga 5% bergantung kepada jenis perbelanjaan. Rujuk bahagian rebat tunai di bawah untuk maklumat lengkap berhubung ganjaran pulangan tunai.

Selain daripada ganjaran pulangan rebat tunai, pemilik kad Alliance Bank Visa Signature juga boleh menikmati perkhidmatan e-hailing percuma ke lapangan terbang. Perkhidmatan percuma ini berjumlah RM80 setiap perjalanan dan boleh digunakan setiap tahun, di dalam dan luar negara. Anda cuma perlu berbelanja tidak kurang daripada RM120,000 setiap tahun untuk menikmati perkhidmatan percuma ini.

Sekiranya anda masih memiliki baki kad kredit yang membebankan, anda boleh guna pelan pemindahan baki Alliance Bank Balance Transfer Plan untuk pindahkan baki sedia ada ke kad kredit Alliance Bank Visa Signature. Pelan ini tidak mengenakan caj pengendalian mahupun caj faedah sekiranya anda buat pilih untuk buat bayaran balik dalam tempoh 6 bulan.

Kad kredit Alliance Bank ini juga menawarkan pelan Alliance Bank FastCash untuk memudahkan anda mendapatkan wang tunai segera di saat memerlukan. Pelan pendahuluan tunai ini menawarkan caj kadar faedah serendah 2.99% dengan tempoh bayaran ansuran sehingga 36 bulan. Anda cuma perlu buat pinjaman tunai sekurang-kurangnya RM1,000 untuk layak.

Anda juga tidak perlu risau tentang caj yuran tahunan kad ini. Yuran tahunan untuk tahun pertama adalah percuma. Untuk tahun berikutnya pula, yuran tahunan ditetapkan pada RM148 setahun. Tetapi, caj ini akan diketepikan sekiranya anda berbelanja lebih daripada RM12,000 dengan kad Alliance Bank Visa Signature pada tahun tersebut. Yuran tahunan untuk kad tambahan pula adalah percuma seumur hidup.

Kad kredit Alliance Bank ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM48,000 setahun, atau RM4,000 sebulan.

Dengan ciri ganjaran rebat tunai tanpa had dan pelan kad kredit tanpa kadar faedah, kad Alliance Bank Visa Signature adalah pilihan tepat sekiranya anda sedang mencari kad kredit yang menawarkan pulangan tunai tanpa dengan kos pemilikan yang rendah. Baca lebih lanjut untuk maklumat lengkap berkaitan kad ini.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Alliance Bank Visa Signature

Pulangan tunai (cashbacks)

Nikmati ganjaran pulangan tunai tanpa had dengan kad ini. Dapatkan rebat tunai dari 0.25% hingga 5% bergantung kepada jenis perbelanjaan. Rujuk jadual di bawah untuk maklumat lengkap.

JENIS REBAT TUNAI KADAR REBAT TUNAI HAD BULANAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan dalam talian, runcit, makan, utiliti, petrol, dan lain-lain 0.05% Tiada had RM1 – RM1,000 sebulan
Perbelanjaan dalam talian, runcit, makan, utiliti, petrol, dan lain-lain 0.5% Tiada had RM1,001 – RM2,000 sebulan
Perbelanjaan dalam talian, runcit, makan, utiliti, petrol, dan lain-lain 5% Tiada had RM2,001 – RM3,000 sebulan
Perbelanjaan dalam talian, runcit, makan, utiliti, petrol, dan lain-lain 0.25% Tiada had RM3,001 ke atas

 

ganjaran perjalanan

Belanja tidak kurang daripada RM12,000 setahun dan anda akan menikmat 2x perkhidmatan e-hailing bernilai RM80 percuma untuk perjalanan ke lapangan terbang di dalam dan luar negara.

Ganjaran petrol

Dapatkan rebat tunai dari 0.25% hingga 5% setiap kali anda mengisi petrol di stesen minyak kegemaran anda. Rujuk bahagian rebat tunai di atas untuk maklumat berhubung pulangan tunai untuk isian petrol.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM4000 sebulan atau RM48000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM148
Percuma tahun pertama. Tahun berikutnya yuran tahunan dibatalkan untuk perbelanjaan lebih daripada RM12,000
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
80% daripada jumlah keseluruhan
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Alliance Bank Balance Transfer Plan
Alliance Bank Balance Transfer Plan

Pelan pindahan baki kad kredit dengan pindahan serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran semula sehingga 24 bulan tanpa sebarang caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Alliance Bank FastCash
Alliance Bank FastCash

Pinjaman tunai sehingga 80% daripada had kredit (credit limit) kad kredit anda dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan dan kadar faedah tetap.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Alliance Bank Visa Signature

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Alliance Bank Visa Signature

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Alliance Bank Malaysia Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Alliance Bank Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Alliance Bank Malaysia Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Alliance Bank Visa Signature untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Alliance Bank Malaysia Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Alliance Bank Visa Signature

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Alliance Bank Visa Signature?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Alliance Bank Malaysia Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Alliance Bank Malaysia Berhad

Alliance bank malaysia berhad
Alliance Bank Malaysia Berhad, sebahagian daripada Alliance Financial Group, adalah institusi perbankan komprehensif yang beroperasi di seluruh Malaysia. Sejak 2001, Alliance Bank (bersama Alliance Islamic Bank) menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan untuk individu dan perniagaan, termasuk akaun simpanan, kad, pembiayaan (peribadi, perumahan, perniagaan), insurans, dan banyak lagi, dalam bentuk konvensional dan Islamik.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

AmBank BonusLink Visa Signature

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…