Kad kredit Islamik

Kad kredit islamik yang ditawarkan oleh institusi kewangan adalah kad kredit yang patuh Syariah dan bebas riba.

Walaupun ciri-ciri kad kredit ini tidak banyak perbezaan dengan kad kredit konvensional dari segi syarat kelayakan, caj, yuran dan ciri-ciri lain – faktor utama yang membezakan kad kredit ini ialah anda hanya boleh menggunakan kad kredit ini untuk transaksi yang halal. Oleh itu, transaksi seperti arak dan makanan tidak halal tidak dibenarkan.

Berikut ialah senarai kad kredit Islamik yang boleh anda dapatkan di Malaysia. Klik pada kad yang anda ingini untuk tahu lebih lanjut tentang ciri-ciri dan kelebihan kad tersebut. Juga, ketahui bagaimana anda boleh mohon kad kredit tersebut secara online.

share-nodes
Kongsi

Senarai Kad Kredit Islamik 2024

CIMB Petronas Platinum-i

Kad Kredit CIMB Petronas Platinum-i
badge-percent
Kadar faedah

15% p.a

money-bill-1-wave
Yuran tahunan

Percuma

wallet
Kelayakan gaji

RM2000

Kad Kredit CIMB Petronas Platinum-i adalah kad kredit Islamik daripada CIMB Islamic khusus kepada mereka yang mengisi minyak di Stesen Minyak Petronas seluruh negara. Dapatkan rebat tunai sehingga 7% dengan setiap isian minyak anda, atau ketika anda berbelanja di Kedai Mesra Petronas. Rebat tunai juga diberi sebagai ganjaran untuk setiap transaksi lain setiap kali anda…

CIMB Platinum-i

Kad Kredit CIMB Platinum-i
badge-percent
Kadar faedah

15% p.a

money-bill-1-wave
Yuran tahunan

Percuma

wallet
Kelayakan gaji

RM2000

Kad kredit CIMB Platinum-i jgua dikenali sebagai CIMB Islamic MasterCard Platinum adalah kad kredit Islamik patuh Syariah. Kad ini tidak mengenakan caj yuran tahunan untuk pemegang kad utama, dan kad tambahan. Dapatkan mata ganjaran CIMB Bonus Points dengan setiap perbelanjaan RM1 menggunakan kad ini. Anda juga akan mendapatkan perlindungan insurans perjalanan yang lengkap daripada Takaful.

BSN Classic Visa/MasterCard Credit Card/i

Kad Kredit BSN Classic
badge-percent
Kadar faedah

11% p.a

money-bill-1-wave
Yuran tahunan

Percuma seumur hidup

wallet
Kelayakan gaji

RM2000

Kad Kredit BSN Visa Classic menawarkan mata ganjaran (rewards points) dengan setiap perbelanjaan RM1. 1 point untuk perbelanjaan dalam negara, dan 2 points untuk luar negara. Dengan kadar faedah tahunan yang rendah antara 11% p.a hingga 13.5% p.a dan yuran tahunan percuma - ini adalah kad kredit yang sesuai untuk penjimatan hebat.

AFFIN Islamic World MasterCard

Kad Kredit AFFIN Islamic World MasterCard
badge-percent
Kadar faedah

12% p.a

money-bill-1-wave
Yuran tahunan

RM500

wallet
Kelayakan gaji

RM6666

Kad kredit perjalanan elit yang memberikan anda mata ganjaran (rewards points) untuk aktiviti anda padang golf, akses di lounge lapangan terbang, dan juga perkhidmatan istimewa MasterCard Concierge. Kad ini juga menawarkan perkhidmatan AFFIN Islamic World MasterCard Customer Service untuk kemudahan anda.