Evo Capital Solutions (Evo Credit)

Pelan pinjaman Evo Credit adalah salah satu daripada pelan pinjaman peribadi yang popular di Malaysia. Tetapi, mungkin ramai tidak tahu tentang syarikat di belakang Evo Credit, iaitu Evo Capital Solutions Sdn. Bhd.

Syarikat Evo Capital Solutions?

Evo Capital Solutions Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat kredit komuniti atau dahulunya dikenali sebagai pemberi pinjaman wang berlesen. Syarikat pinjaman Malaysia ini berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan beroperasi di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan Malaysia (KPKT), dengan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan mengamalkan konsep pinjaman dengan penuh tanggungjawab.

Misi dan Visi Evo Capital Solutions

Syarikat ini ditubuhkan dengan misi untuk menawarkan penyelesaian kewangan yang lebih mudah diakses dan lebih telus kepada rakyat Malaysia dengan merentasi jurang antara institusi kewangan, terutama kepada mereka yang mencari pilihan pinjaman alternatif.

Syarikat Evo Capital Solutions juga ingin membantu individu menangani cabaran dan mencapai matlamat kewangan mereka dengan penyelesaian yang tidak membebankan.

Sejak melancarkan laman sesawang rasmi mereka pada penghujung tahun 2021, syarikat ini telah membantu ramai individu dan syarikat dengan produk dan perkhidmatan mereka.

Bukan Sahaja Evo Credit

Walaupun Evo Credit adalah produk utama syarikat ini, Evo Capital Solutions juga menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan selain daripada pelan pinjaman peribadi. Antaranya ialah:

  • Pinjaman Mikro Kredit: Pinjaman dengan kelulusan pantas sesuai bagi mereka yang ingin wang tunai segera untuk tujuan kecemasan atau lain-lain. Kadar faedah untuk pinjaman ini dikira sebagai kadar faedah harian dan berkonsepkan pinjaman jangka pendek atau “payday loan”.
  • Pembiayaan Perniagaan: Pelan pembiayaan khas untuk usahawan yang ingin membangunkan perniagaan kecil, Evo Capital Solutions menawarkan penyelesaian untuk menyokong dan memajukan perusahaan industri kecil dan sederhana (PKS).
  • Pinjaman Bercagar: Pelan ini sesuai sekiranya anda ingin buat pinjaman dengan jumlah yang besar, atau inginkan pinjaman dengan kadar faedah yang lebih rendah. Untuk mohon pinjaman ini, anda perlu sediakan cagaran dalam bentuk aset.
  • Konsultasi Kewangan: Pihak Evo Capital Solutions juga menawarkan menawarkan khidmat nasihat kewangan percuma berkenaan strategi pengurusan pinjaman seperti penstrukturan semula hutang dan penyatuan hutang (debt consolidation). Sangat berguna sekiranya anda ingin membersihkan nama daripada senarai hitam (blacklist), atau sedang mengikuti program pengurusan kredit AKPK.

Kelebihan Evo Capital Solutions

Dengan menawarkan penyelesaian kewangan yang mudah dicapai dan pendidikan kewangan percuma, Evo Capital Solutions berjaya membentuk satu pasaran kewangan yang unik di Malaysia.

Syarikat ini berjaya membantu individu yang mengalami kesulitan untuk mendapatkan produk perbankan tradisional seperti pinjaman peribadi bank atau koperasi kredit.

Syarikat ini juga membantu individu menguruskan kewangan mereka dengan lebih bertanggungjawab untuk membina kestabilan kewangan, di samping menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan kecil dan usahawan, mendorong aktiviti ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan.

Evo Capital Solutions berusaha untuk menjadi penyelesaian kepada masalah kewangan utama di Malaysia dengan membantu individu dan usahawan dengan produk kewangan mereka. Syarikat ini bukan sahaja menawarkan pinjaman, tetapi juga mendidik pelanggan dengan khidmat nasihat dan konsultasi percuma. Dengan fokus utama kepada perkhidmatan yang jujur dan mudah diakses, Evo Capital Solutions berusaha untuk membantu rakyat Malaysia mencapai matlamat kewangan mereka.

Baca seterusnya jika anda berminat untuk memohon pinjaman Evo Credit yang ditawarkan oleh syarikat ini.

Evo Capital Solutions Sdn. Bhd.
rectangle-barcode

WL7342/14/01-2/030624

map-location-dot

A1-11-11, Arcoris Business Suite,10 Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur

phone-rotary

03-2779 2016

Produk dan Perkhidmatan Evo Capital Solutions (Evo Credit)

Berikuat adalah senarai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Evo Capital Solutions (Evo Credit) pada tahun 2024.

Pinjaman Peribadi Evo Capital Solutions (Evo Credit)

Berikut ialah skim pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Evo Capital Solutions (Evo Credit) Klik pada pinjaman tersebut untuk maklumat lanjut dan maklumat bagaimana anda boleh mohon secara online.

Pinjaman Peribadi Evo Credit

Pinjaman Peribadi Evo Credit
square-dollar
Jumlah Pinjaman
RM5000 – RM400000
calendar-range
Tempoh Pinjaman
2 – 60 Bulan
badge-percent
Kadar Faedah
12% p.a – 18% p.a

Pinjaman peribadi Evo Credit menawarkan jumlah pinjaman sehingga RM400,000 dengan proses permohonan ringkas dan tempoh lulus segera.

Mohon Pinjaman Peribadi Evo Credit
chevron-right