Akan dibuka dalam tab baharu

Koperasi Tentera

Pinjaman Peribadi Khusus untuk Anggota Tentera yang Mudah dan Berpatutan

Koperasi Tentera
Jenis Institusi:
Koperasi
Alamat:
No 1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon:
1-300-8000-58

Koperasi Tentera adalah sebuah koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Koperasi ini ditubuhkan dengan tujuan untuk mengambil kira kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan misi utama untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi ahli.

Koperasi Angkatan Tentera Malaysia (KT) ditubuhkan pada tahun 1960 sebagai koperasi jimat cermat dan pinjam meminjam (thrift & loan). Sesuai dengan konsep penubuhan, koperasi ini menyediakan kemudahan menabung yang terjamin kepada anggota dengan pulangan dan ganjaran menarik. Kaedah ini menggalakkan ahli koperasi menguruskan kewangan dengan lebih berhemah menerusi sikap menabung. Selaras dengan objektif ini, Koperasi Tentera memperkenalkan Polisi Pinjaman pada tahun 1966. Polisi ini bertujuan untuk mendidik anggota dan mengurangkan tabiat kerap meminjam yang sering berlaku.

Pada tahun 1976 pula KT memperkenalkan produk insurans berkelompok untuk perlindungan ahli disusuli dengan pelancaran Skim Pendidikan Tinggi pada tahun 1983. Dekad 90-an menyaksikan perkembangan KT dengan penerimaan anugerah seperti Anugerah Kecemerlangan daripada Pertubuhan Koperasi Kebangsaan Malaysia. Pada dekad berikutnya (2000-an) koperasi ini terus menerima anugerah kecemerlangan. Pada dekad ini juga Koperasi Tentera dianugerahkan Sijil Piawaian MS ISO.

Dengan objektif utama untuk menjaga kebajikan anggota ATM, KT tidak hanya menawarkan keahlian kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia, tetapi juga kepada kakitangan awam yang berkhidmat di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia dan pesara ATM.

Sesuai dengan visi, misi dan objektif untuk meningkatkan taraf hidup ahli, KT menawarkan produk dan perkhidmatan berkaitan kewangan. Antara produk yang ditawarkan oleh KT ialah pembiayaan peribadi, perlindungan Takaful, pajak gadai Islam Ar-Rahnu, pembiayaan SME dan kemudahan pelaburan kepada anggota.

Pinjaman koperasi tentera yang ditawarkan adalah dalam bentuk pembiayaan peribadi berpenjamin dan tanpa penjamin, pembiayaan ekspres, pembiayaan yuran KT, dan pembiayaan takaful dan cukai jalan. Semua pelan pinjaman ini adalah pembiayaan Islamik yang patuh Syariah. Skim takaful koperasi tentera pula menawarkan Skim Takaful Berkelompok ATM, Skim Medic KT, perlindungan takaful kenderaan dan takaful am. Pelan perlindungan takaful yang ditawarkan ini adalah hasil daripada kerjasama antara KT dengan syarikat-syarikat takaful di Malaysia. Selain daripada pembiayaan peribadi, KT juga menawarkan pembiayaan berjangka kepada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) atau SME. Pelan ini menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM1 juta dengan tempoh 10 tahun.

Antara perkhidmatan KT yang popular adalah Pajak Gadai Ar-Rahnu (AR-RahnuKT). Perkhidmatan ini dibahagikan kepada dua produk utama iaitu Ar-Rahnu Prihatin dan Ar-Rahnu Prima. Ar-Rahnu Prihatin membenarkan pinjaman sehingga RM5,000 manakala Prima pula membenarkan pinjaman sehingga RM100,000. Produk ini ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

Sistem koperasi tentera online iaitu KT Online dibangunkan untuk memudahkan ahli membuat transaksi kewangan di atas talian. Sistem ini bukan sahaja boleh diakses melalui pelayar web, tetapi juga boleh digunakan melalui aplikasi KT Online untuk telefon pintar, Android dan juga iOS. Melalui aplikasi ini ahli boleh menyemak baki akaun, melalukan transaksi pindahan wang, dan juga pembayaran atas talian untuk akaun pembiayaan dan takaful.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli KT, anda boleh daftar koperasi tentera secara online dengan muatturun borang permohonan menjadi anggota di laman web rasmi KT. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjutan, anda boleh menghubungi koperasi tentera hotline di talian 1-300-8000-58.

Pinjaman Peribadi Koperasi Tentera

Pinjaman peribadi Koperasi Tentera menawarkan peluang kepada anggota tentera untuk mendapatkan bantuan kewangan dengan syarat yang kompetitif dan mudah. Direka khusus untuk memenuhi keperluan unik anggotanya, pinjaman ini membantu dalam pelbagai aspek kewangan seperti perbelanjaan pendidikan, perubatan, dan keperluan harian lain. Proses permohonan yang efisien dan kadar faedah yang rendah menjadikan pinjaman ini sebagai pilihan utama bagi anggota tentera yang memerlukan sokongan kewangan tanpa bebanan tambahan.

Pembiayaan Peribadi Koperasi Tentera

Pinjaman Koperasi Tentera - Pembiayaan Peribadi Berpenjamin/Tidak Berpenjamin
Kategori
Islamik (Bercagar, Tidak Bercagar)
Jumlah Pinjaman
RM1000 - RM200000
Kadar Faedah
3.56% p.a - 5.56% p.a
Tempoh Pinjaman
6 - 120 bulan
Kelayakan Gaji
RM2000
Tempoh Lulus
5 hari bekerja
Pelan ini menawarkan pinjaman peribadi untuk tentera, tanpa penjamin dan berpenjamin. Mohon sehingga RM200,000 dengan pembiayaan peribadi Koperasi Tentera dan buat penyatuan hutang atau pinjaman bertindih (overlap). Pemohon yang mempunyai masalah CTOS dan CCRIS juga layak mohon.
Baca selanjutnya

Pembiayaan Ekspres Koperasi Tentera

Pembiayaan Ekspres Koperasi Tentera
Kategori
Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pinjaman
RM500 - RM20000
Kadar Faedah
3.65% p.a - 4.25% p.a
Tempoh Pinjaman
6 - 96 bulan
Kelayakan Gaji
RM2000
Tempoh Lulus
1 hari bekerja
Pinjaman Express Koperasi Tentera menawarkan tempoh lulus yang sangat pantas. Anda hanya perlu tunggu 1 hari bekerja untuk dapatkan keputusan permohonan anda. Pilih dari 3 jenis Pembiayaan Ekspres yang ditawarkan mengikut keperluan dan kelayakan anda. Syarat mohon sangat ringkas dan caj kadar keuntungan tahunan yang dikenakan juga sangat berpatutan.
Baca selanjutnya

Cawangan Koperasi Tentera

Berikut ialah senarai cawangan Koperasi Tentera di Malaysia.

Koperasi Tentera Tebrau

map-location-dot
No 51, Jalan Ros Merah 2/3, Taman Johor Jaya, 81100, Johor Bahru, Johor Darul Takzim
phone-rotary
07 3553 640

Koperasi Tentera Kluang

map-location-dot
No 47 & 49, Jalan Rambutan, 86000, Kluang, Johor Darul Takzim
phone-rotary
07 7731 704

Koperasi Tentera Mersing

map-location-dot
No 9 & 10, Jalan Jeti, Bandar Tepian Sungai, 86800, Mersing, Johor Darul Takzim
phone-rotary
07 7998 590

Koperasi Tentera Jitra

map-location-dot
No 46, Jalan Tok Jalai, Kolej Heights Utara, 06000, Jitra, Kedah Darul Aman
phone-rotary
04 7141 829

Koperasi Tentera Sungai Petani

map-location-dot
No A1, Jalan 2 Cinta Sayang, Resort Homes, 08000, Sungai Petani, Kedah Darul Aman
phone-rotary
04 426 0000

Koperasi Tentera Kota Bharu

map-location-dot
PT 360, Jalan Sri Cemerlang, Seksyen 27, 15300, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
phone-rotary
09 7483 225

Koperasi Tentera Wisma Koperasi Tentera

map-location-dot
No 1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat, 53000, Kuala Lumpur
phone-rotary
03 4027 2600

Koperasi Tentera Wangsa Maju

map-location-dot
No 25, Jalan Wangsa Delima 1A, Seksyen 5, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300, Kuala Lumpur
phone-rotary
03 4142 0613

Koperasi Tentera Sungai Besi

map-location-dot
No 57, Tingkat 1, Jalan Tasik Utama 4, Medan Niaga Tasik Damai, The Trillium Lake Fields, Sungai Besi, 57000, Kuala Lumpur
phone-rotary
03 9054 5906

Koperasi Tentera Kem Desa Pahlawan

map-location-dot
No. 24 – 25, Tingkat 3, Bangunan MCTC, Kem Desa Pahlawan, 16500, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
phone-rotary
09 7870 073

Koperasi Tentera Labuan

map-location-dot
A08-A09, Bangunan MCTC, Pangkalan Udara Labuan, 87007, Wilayah Persekutuan Labuan
phone-rotary
087 451 301

Koperasi Tentera Melaka

map-location-dot
No 16, (Tingkat Bawah) Lorong 2, Jalan Desa Taming Sari, Tmn Desa Taming Sari, 76300, Sungai Udang, Melaka
phone-rotary
06 3574 880

Koperasi Tentera Port Dickson

map-location-dot
No 10, Block 6, Jalan Waterfront 1, 71000, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus
phone-rotary
06 6462 670

Koperasi Tentera Gemas

map-location-dot
No 42 & 43, Jalan Pasar Lama, 73400, Gemas, Negeri Sembilan Darul Khusus
phone-rotary
07 9481 581

Koperasi Tentera Kuantan

map-location-dot
No. 28, Lorong Seri Damai Aman 38, Perkampungan Seri Damai Aman, 25150, Kuantan, Pahang Darul Makmur
phone-rotary
09 5393 291

Koperasi Tentera Temerloh

map-location-dot
No. 37, Jalan BDS 2, Bukit Desa Semantan, 28000, Temerloh, Pahang Darul Makmur
phone-rotary
09 2902 568

Koperasi Tentera Ipoh

map-location-dot
No 39 & 41, Tingkat Bawah Pusat Perdagangan Tasek Indra, Laluan Tasek Timur 3, 31400, Ipoh, Perak Darul Ridzuan
phone-rotary
05 5416 017

Koperasi Tentera Lumut

map-location-dot
PT No 4169 & 4170, Persiaran Sultan Yusuf Izzudin Shah, 32200, Lumut, Perak Darul Ridzuan
phone-rotary
05 6836 591

Koperasi Tentera Taiping

map-location-dot
No 20, Jalan Medan Saujana 8, Medan Saujana Kamunting, 34600, Kamunting, Perak Darul Ridzuan
phone-rotary
05 8041 786

Koperasi Tentera Butterworth

map-location-dot
No 15, Jalan Selat, Taman Selat, 12000, Butterworth, Pulau Pinang
phone-rotary
04 426 0000

Koperasi Tentera Kota Kinabalu

map-location-dot
Shoplot No 6, Blok D, Putatan Platinum Plaza, 88200, Kota Kinabalu, Sabah
phone-rotary
088 734 275

Koperasi Tentera Tawau

map-location-dot
4418, Lot 9, Block B, Jalan Sabindo Square 1, Jalan Dunlop, 91000, Tawau, Sabah
phone-rotary
089 706 600

Koperasi Tentera Kuching

map-location-dot
No 4 & 5, Phase 11, Lot 1020, Blok 46, KLCD 7th Mile Bazaar, Jalan Penrissen, 93250, Kuching, Sarawak
phone-rotary
082 614 717

Koperasi Tentera Sibu

map-location-dot
No 27, Lorong Kuda 2, 96000, Sibu, Sarawak
phone-rotary
084 259 000

Koperasi Tentera Subang Perdana

map-location-dot
No 17, Tingkat Bawah, Jalan Dinar B U3/B Seksyen U3, Taman Subang Perdana, 40150, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
phone-rotary
03 7840 0225