Akan dibuka dalam tab baharu

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad

Pinjaman Peribadi Khas untuk Anggota PDRM dengan Kadar Berpatutan

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad
Jenis Institusi:
Koperasi
Alamat:
No.1, Jalan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon:
03-2260 8999
Faks:
03-2273 2162

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM) adalah sebuah Koperasi berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan misi utama untuk menguruskan dan menyediakan bantuan dan khidmat kewangan kepada anggota-anggotanya.

Koperasi Polis Diraja (KPD) ditubuhkan pada 24 April 1928 dan dikenali sebagai “Syarikat Kerjasama Bantuan Diri Sendiri, Jimat Cermat Bagi Mereka di Dalam Pekerjaan Polis, Di Dalam Negeri Melayu Bersekutu Dengan Tanggungan Berhad. Pada permulaan KPD cuma menyediakan kemudahan pinjaman untuk mengurangkan beban kewangan anggotanya.  KPD mula dikenali sebagai Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad pada 12 Julai 1976. Penamaan semula ini adalah untuk mengembangkan meneroka peluang perniagaan baru supaya Koperasi dapat berkembang dengan lebih pesat. 

Koperasi Polis yang diterajui oleh Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara mula melibatkan diri di dalam industri seperti industri pembinaan, kejuruteraan, teknologi maklumat, pelancongan, hartanah, penerbangan, pendidikan, dan juga pengangkutan. Dengan penglibatan ini, KPD telah berjaya menubuhkan beberapa syarikat induk dan anak syarikat.

Antara syarikat-syarikat di bawah Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad ialah KLI Hotel Management Sdn Bhd, KL International Hotel, City Park Hotel, KOP Travel & Tours Sdn Bhd untuk industri pelancongan dan perhotelan. Syarikat KOP Aviation Sdn Bhd pula menyediakan penyelenggaraan pesawat dan komponen kapal terbang. KOP Construction Services (M) Sdn Bhd terlibat secara aktif dengan projek pembangunan dan pembinaan. Syarikat KOP Security Agency Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan keselamatan bersama syarikat Auxiliary Force Sdn Bhd yang membekalkan khidmat polis bantuan.

Semua syarikat di bawah KPDRM diuruskan oleh KOP Mantap Berhad. Pihak KPDRM juga menjalin kerjasama dengan beberapa syarikat lain yang dikenali sebagai rakan niaga KPDRM. Pada masa kini KPD dinobatkan sebagai salah-satu daripada empat institusi kewangan yang diiktiraf oleh Parlimen sebagai Agensi Dana Bumiputera.

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad menyediakan beberapa produk dan perkhidmatan untuk anggotanya. Antara produk utama ialah koperasi polis pinjaman, dan perlindungan Insurans. Pinjaman yang disediakan adalah dalam bentuk pembiayaan Islamik dan terdiri daripada beberapa pelan yang dicipta khusus untuk setiap peringkat anggota. Perlindungan Insurans yang ditawarkan pula merangkumi perlindungan Takaful Kemalangan dan Kematian Berkelompok, dan juga Perubatan untuk anggota.

Selain itu pihak Koperasi juga menawarkan pelan Intensif Pelajaran kepada anggota dan anak-anak anggota. Pelan ini memberi intensif dan ganjaran kepada pencapaian akademik ahli di dalam peperiksaan rendah dan tinggi. Intensif diberikan dalam bentuk ganjaran tunai. KPDRM juga menyediakan kemudahan Koperasi Polis Online melalui sistem MyAhli yang dibangunkan untuk memudahkan anggota menggunakan perkhidmatan dan produk Koperasi Polis secara dalam talian.

Pinjaman Peribadi Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad

Pinjaman peribadi Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad menawarkan peluang eksklusif kepada anggota PDRM untuk memenuhi keperluan kewangan mereka. Dengan kadar faedah yang rendah dan tempoh pembayaran balik yang fleksibel, pinjaman ini direka untuk membantu anggota polis menguruskan kewangan tanpa membebankan. Proses permohonan yang mudah dan sokongan koperasi menjadikan pinjaman ini pilihan utama bagi anggota yang memerlukan bantuan kewangan segera.

Pembiayaan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad

Pembiayaan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad
Kategori
Islamik (Bercagar, Tidak Bercagar)
Jumlah Pinjaman
RM1000 - RM150000
Kadar Faedah
3.99% p.a - 5.5% p.a
Tempoh Pinjaman
12 - 120 bulan
Kelayakan Gaji
RM1000
Tempoh Lulus
1 hingga 7 hari bekerja
Pinjaman peribadi Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad menawarkan beberapa pelan pembiayaan Islamik sesuai dengan kelayakan dan keperluan anggota Koperasi. Mohon sehingga RM150,000 dalam tempoh 10 tahun.
Baca selanjutnya

Cawangan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad

Berikut ialah senarai cawangan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad di Malaysia.

KOPERASI POLIS DI RAJA MELAKA BERHAD

map-location-dot
17-2, Jalan Melaka Raya 34, Taman Melaka Raya 1, 75000, Melaka
phone-rotary
06-281 1510

KOPERASI POLIS DIRAJA PULAU PINANG BERHAD

map-location-dot
5 & 7, Wisma Koperasi Polis, Jalan Kajang, 10150 George Town, Pulau Pinang
phone-rotary
04-229 1153

KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA SARAWAK BERHAD

map-location-dot
363, Jln Kulas, Kampung Bandarshah, 93400 Kuching, Sarawak
phone-rotary
082-251 885