Akan dibuka dalam tab baharu

Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB)

Dana Tambahan Untuk Keperluan Kewangan Harian

Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB)
Jenis Institusi:
Koperasi
Alamat:
No. 34, Jalan Tun Sambanthan 3, Off Jalan Tun Sambanthan 50470 Kuala Lumpur
Telefon:
03-2260 2726
Faks:
03-22604 834

Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB) adalah antara koperasi pengguna di Malaysia yang menjadi sebutan. KKMB berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada tanggal 11 Julai 1969 dan semakin berkembang dengan pesat sejak itu. KKMB telah mencapai kejayaan yang luar biasa dalam menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan yang berkualiti.

Antara tujuan utama Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB) ditubuhkan adalah untuk menawarkan kelebihan dan keistimewaan kepada anggota koperasi. Selain itu, pihak koperasi juga mempunyai misi untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi dengan memanfaatkan sumber secara strategik untuk memanfaatkan anggota, pelanggan, dan rakan niaga.

Pada mulanya pihak koperasi menawarkan kemudahan kepada anggota untuk mendapatkan barangan konsumer dengan kaedah bayaran ansuran bulanan. Antara barangan yang ditawarkan oleh Skim Kredit Pengguna KKMB termasuk barangan harian, barangan kelengkapan rumah seperti perabot dan barangan elektrik, dan juga dana untuk mengubahsuai rumah.

Kemudahan ini bukan sahaja memudahkan anggota koperasi, tetapi juga membantu mereka untuk mendapatkan barangan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

Selain daripada menyediakan kemudahan bayaran ansuran bulanan untuk barangan, pihak koperasi juga menawarkan perkhidmatan pembiayaan peribadi Islamik dan juga perlindungan insurans Takaful kepada anggota dan umum.  

Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak koperasi ini sesuai dengan visi koperasi untuk menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti kepada anggota dan pelanggan mengikut prinsip Koperasi.

Pelan pembiayaan peribadi KKMB adalah dengan kerjasama daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) dan berlandaskan konsep Islamik yang patuh Syariah. Pelan ini ditawarkan kepada ahli koperasi yang berkhidmat di sektor awam sebagai alternatif kepada ahli yang sukar untuk mendapatkan pinjaman terus daripada bank.

KKMB juga menyediakan perkhidmatan insurans Takaful yang komprehensif untuk melindungi anggota koperasi dan umum daripada risiko tertentu. Produk ini disediakan melalui syarikat MCSS Services Sdn. Bhd. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh pihak Koperasi.

Perlindungan insurans yang ditawarkan merangkumi perlindungan kemalangan diri, perlindungan takaful kenderaan, perlindungan kebakaran, dan perlindungan pelbagai. Seperti juga produk pembiayaan KKMB, perlindungan takaful ini adalah berlandaskan Syariah. 

Sebagai sebuah koperasi yang sentiasa ke hadapan, tidak hairanlah Koperasi Konsumer Malaysia Berhad telah menerima pelbagai pencapaian, pengiktirafan dan anugerah. KKMB telah tersenarai sebagai 100 koperasi terbaik sejak tahun 2016, dan tahun-tahun berikutnya. Koperasi ini juga dinobatkan sebagai Koperasi Terbaik Wilayah Persekutuan pada tahun yang sama.

Koperasi Konsumer Malaysia Berhad adalah antara koperasi pengguna yang paling berjaya di Malaysia. Dengan daya kerja yang bermutu tinggi dan produk dan perkhidmatan yang berkualiti, koperasi ini sentiasa bergerak ke hadapan seiring dengan peredaran zaman.

Pinjaman Peribadi Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB)

Pinjaman peribadi KKMB direka untuk membantu pengguna mendapatkan akses kepada dana tambahan dengan syarat-syarat yang fleksibel dan kadar faedah yang kompetitif. Pinjaman ini sesuai bagi mereka yang memerlukan kewangan segera untuk tujuan peribadi. Dengan proses permohonan yang mudah dan sokongan koperasi yang kukuh, KKMB memastikan setiap anggota mendapat manfaat kewangan yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

Pembiayaan Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB)

Pembiayaan Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB)
Kategori
Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pinjaman
RM5000 - RM150000
Kadar Faedah
5.99% p.a - 5.99% p.a
Tempoh Pinjaman
12 - 120 bulan
Kelayakan Gaji
RM1500
Tempoh Lulus
4 hari bekerja
Pembiayaan Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB) menawarkan jumlah pinjaman yang tinggi dan tempoh pembiayaan panjang dengan syarat kelayakan longgar. Pinjaman KKMB ini juga mengenakan caj kadar keuntungan yang berpatutan dan tidak membebankan.
Baca selanjutnya