Akan dibuka dalam tab baharu

Icon Venture Capital Sdn Bhd

Pinjaman Peribadi Fleksibel dan Mudah untuk Penyelesaian Kewangan Anda

Icon Venture Capital Sdn Bhd
Jenis Institusi:
Syarikat Kredit Komuniti (Pemberi Pinjam Wang Berlesen)
Nombor Lesen:
WL7084/14/01-1/300422
Alamat:
Lot 45182 Sungai Penchala, Off Jalan Damansara, 60000, Kuala Lumpur
Telefon:
03-7733 7688

Icon Venture Capital Sdn Bhd adalah sebuah syarikat Kredit Komuniti/Pemberi Pinjaman Wang (PPW) Berlesen. Syarikat ini adalah syarikat yang sah dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran (1246743-K). Syarikat ini juga berdaftar dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

Syarikat Icon Venture menawarkan produk pinjaman dalam bentuk pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan juga pinjaman perumahan. Syarikat ini bukanlah syarikat baru, tetapi telah lama beroperasi di Malaysia dan telah didedahkan dalam pelbagai media massa di Malaysia.

Misi utama syarikat ini ialah untuk memberi kemudahan pinjaman kepada masyarakat, dengan proses pinjaman yang lebih pantas dan mudah berbanding pinjaman yang ditawarkan oleh institusi kewangan seperti bank. Produk pinjaman yang ditawarkan oleh syarikat Icon Venture Capital juga lebih fleksibel jika dibandingkan dengan produk pinjaman atau pembiayaan yang ditawarkan oleh bank atau koperasi.

Baca lebih lanjut tentang pelan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh syarikat ini pada maklumat di bawah.

Pinjaman Peribadi Icon Venture Capital Sdn Bhd

Icon Venture Capital Sdn Bhd menawarkan pinjaman peribadi yang direka khusus untuk membantu individu mencapai kestabilan kewangan. Dengan kadar faedah yang berpatutan dan tempoh bayaran balik yang fleksibel, pinjaman ini sesuai untuk pelbagai tujuan. Proses permohonan yang mudah dan pantas menjadikan Icon Venture Capital pilihan yang sesuai bagi mereka yang mencari pinjaman kewangan dengan syarat yang tidak membebankan.

IVC Personal Loan

IVC Personal Loan
Kategori
Konvensional (Tidak Bercagar)
Jumlah Pinjaman
RM5000 - RM100000
Kadar Faedah
13% p.a - 18% p.a
Tempoh Pinjaman
12 - 60 bulan
Kelayakan Gaji
RM2000
Tempoh Lulus
2 hari bekerja
Pinjaman peribadi Icon Venture Capital menawarkan permohonan daripada mereka yang berstatus blacklist di laporan CTOS atau mempunyai tunggakan di rekod CCRIS. Mohon sehingga RM100,000 dan dapatkan keputusan tidak lebih dari 2 hari bekerja.
Baca selanjutnya