Akan dibuka dalam tab baharu

AEON Classic MasterCard

Nikmati Ganjaran dan Faedah Setiap Kali Anda Berbelanja

Kad kredit AEON Classic MasterCard
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM30
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Pulangan tunai, Mata ganjaran, Pelan pembiayaan

Jika anda mencari kad kredit yang menawarkan keseimbangan antara ganjaran, penjimatan dan kemudahan, kad kredit AEON Classic MasterCard adalah pilihan yang patut dipertimbangkan. Baca lebih lanjut mengetahui ciri-ciri dan faedah yang ditawarkan oleh kad ini untuk membantu anda membuat keputusan yang tepat.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit AEON Classic MasterCard

AEON Classic MasterCard dilengkapi dengan ciri-ciri yang direka untuk memberi ganjaran untuk perbelanjaan harian.

  • Mata Ganjaran AEON: Dapatkan 2X Mata AEON untuk setiap RM1 yang dibelanjakan di Kedai AEON dan pasar raya AEON BiG. Perbelanjaan runcit lain pula akan memberikan anda 1X Mata AEON untuk setiap RM2. Mata ganjaran ini boleh ditebus dengan ganjaran menarik seperti baucar beli-belah, pengalaman menjamu selera, tawaran perjalanan, atau ditukarkan kepada wang tunai (400 Mata Ganjaran AEON = RM1).
  • Pulangan Tunai (Cashback) 5%: Nikmati pulangan tunai 5% untuk pembelian anda di Kedai AEON dan pasar raya AEON BiG pada Hari Terima Kasih AEON, yang jatuh pada setiap 20 dan 28 hari bulan. Pulangan tunai adalah terhad kepada RM100 bagi setiap akaun kad setiap bulan dan akan dikreditkan terus ke akaun anda pada bulan berikutnya.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Dokumen Yang Diperlukan

Individu bekerja makan gaji:

  • Salinan MyKad (depan dan belakang)
  • Slip gaji 3 bulan terkini / Borang BE dengan resit pembayaran cukai / Borang EA / Slip gaji 6 bulan terkini bagi penerima komisen

Individu bekerja sendiri:

  • Salinan MyKad (depan dan belakang)
  • Sijil Pendaftaran Perniagaan atau Borang 9/24/49
  • Penyata bank syarikat 6 bulan terkini atau Borang B dengan resit pembayaran cukai

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM30
Dikecualikan untuk tahun pertama dan tahun-tahun berikutnya dengan minimum 12 transaksi setahun
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM20
RMDikecualikan untuk tahun pertama
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak. Yang mana lebih tinggi
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM100
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Maklumat Tambahan

  • Kad Maya (Virtual Card): Nikmati akses segera ke kad maya untuk transaksi dalam talian sementara menunggu kad fizikal anda tiba.
  • Diterima di Seluruh Dunia: Gunakan AEON Classic MasterCard anda di berjuta-juta peniaga di seluruh dunia.
  • Sokongan Pelanggan 24/7: Dapatkan bantuan bila-bila masa anda memerlukannya dengan khidmat pelanggan AEON yang berdedikasi.
  • Pelan Pindahan Baki: Guna pelan AEON Cards Balance Transfer Plan untuk buat pindahan dengan kadar faedah berpatutan.
  • Pelan Ansuran Mudah: Pilih antara pelan AEON Cards Flexi Payment Plan dan AEON Cards 0% Instalment Payment Plan untuk menukar pembelian anda kepada bayaran bulanan.

Pelan Pembiayaan

AEON Cards Balance Transfer Plan
AEON Cards Balance Transfer Plan

Pindahkan baki kad kredit anda kepada AEON dan bayar sehingga 6 bulan tanpa kadar faedah dan tiada caj pengendalian dengan pindahan serendah RM1,000.

Maklumat Lanjut
AEON Cards 0% Instalment Payment Plan
AEON Cards 0% Instalment Payment Plan

Buat pembelian barang idaman anda dengan Kad Kredit AEON untuk pelan bayaran ansuran tanpa kadar faedah dan tiada caj pengendalian. Pembelian serendah RM500 dan tempoh bayaran sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
AEON Cards Flexi Payment Plan
AEON Cards Flexi Payment Plan

Buat pembelian serendah RM500 untuk menyertai pelan bayaran ansuran AEON Cards Flexi Payment. Tempoh bayaran sehingga 18 bulan tanpa caj faedah.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon AEON Classic MasterCard

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Dalam talian:

  1. Layari laman web AEON dan pilih AEON Classic MasterCard.
  2. Klik butang “Apply Now” dan lengkapkan borang permohonan.
  3. Hantar borang berserta dokumen yang diperlukan.

Klik untuk ke laman web AEON Credit Service.

Melalui Cawangan:

  1. Kunjungi cawangan AEON Credit Service berdekatan.
  2. Dapatkan borang permohonan, lengkapkan dan hantar bersama dokumen.

Lihat senarai cawangan AEON Credit Service.

Khidmat Pelanggan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau bantuan, anda boleh guna saluran berikut untuk menghubungi pihak AEON.

Kesimpulan & Perspektif

AEON Classic MasterCard adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang mencari kad kredit ganjaran. Kad kredit AEON ini didatangkan dengan tawaran pulangan tunai, mata ganjaran, dan pilihan pembiayaan yang mudah. Walau bagaimanapun, seperti mana-mana produk kewangan, adalah penting untuk menimbangkan baik dan buruk sebelum membuat keputusan.

Pastikan anda membandingkan kad ini dengan kad kredit lain yang ditawarkan di pasaran untuk mencari kad yang paling sesuai dengan keperluan dan tabiat perbelanjaan anda.

Untuk memudahkan, anda boleh guna laman cari kad kredit yang kami sediakan. Klik untuk pilih kad kredit terbaik di laman Cari Kredit Kredit.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit AEON Classic MasterCard

Tiada had untuk bilangan Mata Ganjaran AEON yang boleh anda kumpul. Namun begitu, pulangan tunai bulanan dihadkan kepada RM100.

Walaupun anda boleh menukar Mata Ganjaran AEON kepada wang tunai, wang tunai ini tidak boleh digunakan untuk membayar bil kad kredit anda secara langsung. Walau bagaimanapun, anda boleh menggunakannya untuk pembelian lain.

Sekiranya kad hilang atau dicuri, segera hubungi khidmat pelanggan AEON Credit untuk melaporkan kejadian tersebut dan menyekat kad anda. Anda perlu membuat laporan polis dan mengikuti prosedur yang diperlukan untuk mendapatkan kad gantian.

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, AEON Credit Service (M) Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh AEON Credit Service (M) Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan AEON Credit Service (M) Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit AEON Classic MasterCard untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. AEON Credit Service (M) Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit AEON Classic MasterCard

Ada soalan tambahan berhubung AEON Classic MasterCard?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi AEON Credit Service (M) Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang AEON Credit Service (M) Berhad

AEON Credit logo
AEON Credit Service (M) Berhad, atau AEON Credit, adalah institusi kewangan terkemuka di Malaysia yang menawarkan pelbagai skim pembiayaan. Dari pembiayaan peribadi AEON iCash yang popular hingga pelan pembiayaan kenderaan dan produk lain seperti kad kredit dan debit, ketahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan AEON Credit.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad kredit Bank Rakyat Xclusive Explorer

Kad Kredit-i Bank Rakyat Xclusive Explorer ditawarkan khas untuk ahli Rakyat Xclusive, menawarkan pulangan tunai…

Kad Kredit Citi Cash Back Visa

Kad kredit khusus untuk ciri rebat tunai (cashbacks). Dapatkan pulangan tunai dari 0.2% hingga 10%…

Kad kredit Hong Leong Visa Infinite P

Kad kredit Hong Leong Visa Infinite P adalah kad kredit eksklusif atas jemputan sahaja. Kad ini menawarkan mata Enrich…

Citibank Citi Prestige Mastercard

Inginkan kad kredit dengan ciri premium dan mata ganjaran hebat? Kad kredit Citi Prestige Mastercard…