UOB World Card

Nikmati keistimewaan dan ganjaran tanpa had dengan kad kredit UOB World

Kad kredit UOB World
badge-percent
Kadar faedah
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran tahunan
RM600
wallet
Kelayakan Pendapatan
RM5000
stars
Ciri utama
Mata ganjaran UNIRinggit, Insurans Kemalangan Peribadi, Akses ke Plaza Premium Lounge
square-list
Pelan kad kredit
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass

Kad kredit UOB World adalah antara kad kredit ganjaran yang popular di Malaysia, menawarkan pelbagai pulangan dengan ciri istimewa untuk memudahkan perbelanjaan harian. Jika anda seorang yang suka melancong dan gemar berbelanja, kad ini mungkin boleh menjadi pilihan yang sesuai. Lihat lebih lanjut kelebihan yang ditawarkan oleh kad kredit UOB ini.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit UOB World Card

  • Mata Ganjaran UNIRM: Dapatkan mata UNIRinggit (UNIRM) dengan setiap perbelanjaan anda. Anda akan menerima 12x mata untuk transaksi e-dagang terpilih, 5x mata untuk transaksi di pasaraya dan transaksi luar negara, dan 1x mata untuk perbelanjaan tempatan. Mata ganjaran ini boleh ditebus dengan pelbagai ganjaran, termasuk baucar pelancongan, dan barangan.
  • Mata Bonus UNIRM: Anda boleh mendapatkan sehingga 125,000 mata bonus UNIRM jika anda berbelanja tidak kurang daripada RM48,000 setahun.
  • Akses ke Plaza Premium Lounge: Nikmati 6 kali akses percuma ke Plaza Premium Lounge di KLIA1 dan KLIA2 setiap tahun, dengan akses kepada ruang legar eksklusif di KLIA1.
  • Perlindungan Perjalanan: Melancong dengan tenang apabila anda dilindungi oleh insurans kemalangan peribadi sehingga RM50,000.
  • Perkhidmatan World MasterCard Concierge: Nikmati kemudahan yang ditawarkan oleh perkhidmatan World MasterCard Concierge, 24/7, untuk sebarang bantuan atau pertolongan.
  • Pelan Pembiayaan Fleksibel: Pilih antara pelan pindahan baki dan pelan bayaran ansuran mudah yang ditawarkan bersama kad kredit UOB World untuk memudahkan pengurusan kewangan anda.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM5000 Sebulan atau RM60000 Setahun
Kelayakan Umur 21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal).
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary).

Dokumen Yang Diperlukan

  • Dokumen pengenalan diri (MyKad / Pasport).
  • Bukti pendapatan (Slip gaji / Penyata KWSP / Borang B/BE serta resit bayaran cukai /  penyata akaun bank).
  • Permit kerja dan surat lantikan jawatan (pekerja asing).

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Cardholder) RM600
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card) RM150
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan).
Bayaran Bulanan Minimum RM50 atau 5% dari amaun tertunggak. Yang mana lebih tinggi.
Caj Lewat Bayar RM10 atau 1% dari amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM100.
Had Pendahuluan Tunai Harian Tiada
Caj Pendahuluan Tunai RM20 atau 5% dari amaun pengeluaran (yang lebih tinggi).
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai 18%

Maklumat Tambahan

Cara Mohon UOB World Card

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berminat untuk mohon kad kredit UOB World? Gunakan kaedah berikut.

Mohon dalam talian:

  1. Layari laman web UOB.
  2. Klik butang “Apply Now”.
  3. Lengkap borang permohonan dalam talian dan hantar permohonan.

Klik untuk ke laman web UOB.

Mohon melalui cawangan:

  1. Kunjungi cawangan UOB berdekatan anda.
  2. Lengkapkan borang permohonan kad kredit dan hantar.

Lihat senarai cawangan UOB Bank Berhad.

Khidmat Pelanggan

Anda boleh menghubungi pihak UOB melalui saluran berikut sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung kad UOB World.

Kesimpulan & Perspektif

Kad UOB World menawarkan gabungan menarik antara ganjaran, keistimewaan perjalanan, dan manfaat gaya hidup, menjadikannya pilihan yang menarik. Program maga ganjaran UNIRM  membolehkan anda memperoleh mata ganjaran untuk pembelian harian, yang boleh ditebus untuk pelbagai ganjaran termasuk air miles, pulangan tunai, dan barangan. Kad ini juga menyediakan keistimewaan perjalanan seperti akses ke ruang plaza premium, insurans perjalanan, dan perkhidmatan concierge. Namun, penting juga untuk mempertimbangkan kelemahan kad ini. Yuran tahunan yang agak boleh menjadi faktor yang membebankan bagi sesetengah pengguna.

Kelebihan:

  • Pulangan mata ganjaran yang menyeluruh untuk setiap transaksi harian dan boleh ditebus untuk pelbagai ganjaran.
  • Keistimewaan perjalanan yang lengkap dan memudahkan.
  • Pilihan pelan kewangan yang fleksibel untuk memudahkan pengurusan kewangan.

Kelemahan:

  • Yuran tahunan yang agak tinggi untuk kad utama dan kad tambahan.
  • Syarat kelayakan gaji yang tinggi menyukarkan kad ini dimohon oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Keputusan sama ada Kad UOB World sesuai untuk anda atau tidak bergantung sepenuhnya kepada tabiat perbelanjaan dan keutamaan gaya hidup anda. Jika anda mengutamakan pulangan ganjaran, ingin menikmati keistimewaan perjalanan, dan ingin akses kepada pilihan pembayaran yang fleksibel, Kad UOB World mungkin antara pilihan terbaik. Walau bagaimanapun, jika anda lebih selesa mengawal perbelanjaan atau ingin memilih kad kredit tanpa yuran tahunan, anda mungkin ingin mencari pilihan lain.

Untuk membandingkan kad kredit yang ditawarkan di Malaysia, dan mencari yang terbaik, guna Laman Saringan Kad Kredit yang kami sediakan.

 

Soalan Lazim

Pertanyaan

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit UOB World Card

Apakah mata UNIRinggit (UNIRM)?

chevron-down

Mata UNIRM adalah mata ganjaran yang diberikan oleh UOB dengan setiap perbelanjaan melalui kad kredit UOB World. Anda boleh mengumpul mata ganjaran ini dan menebusnya untuk barangan, tawaran, dan ganjaran.

Apakah perbelanjaan minimum yang diperlukan untuk mendapat mata UNIRM?

chevron-down

Tidak ada perbelanjaan minimum yang diperlukan untuk mendapatkan mata UNIRM.

Bagaimana untuk menebus mata UNIRM yang terkumpul?

chevron-down

Anda boleh menebus mata UNIRM melalui laman web Program Ganjaran UNIRinggit, sistem perbankan peribadi dalam talian UOB atau melalui aplikasi mudah alih UOB TMRW.

Adakah terdapat caj transaksi mata wang asing yang dikenakan?

chevron-down

Ya. Anda akan dikenakan caj transaksi mata wang asing sebanyak 3.5% untuk transaksi yang dilakukan di luar negara.

Ada soalan tambahan berhubung UOB World Card?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk menanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Langgan
Maklumkan

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Penafian:

Maklumat berhubung UOB World Card adalah terkini pada tarikh 01/07/2024. Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd atau menghubungi khidmat pelanggan UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd

UOB United Overseas Bank Malaysia Bhd.

UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd

UOB (United Overseas Bank) ditubuhkan pada 6 Ogos 1935 sebagai United Chinese Bank oleh Datuk Wee Kheng Chiang. Induk cawangan di Malaysia adalah United Overseas Bank Limited yang beribu-pejabat di …

Baca selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad Kredit AmBank BonusLink Visa Gold

Kad ini dicipta khusus kepada mereka inginkan mata ganjaran BonusLink. Dapatkan sehingga 30 BonusLink Points…

Citibank Citi Rewards Mastercard

Kad Kredit Citi Rewards Mastercard dari Citibank ini menawarkan sehingga 5 mata ganjaran untuk setiap…

ICBC Visa Platinum

ICBC Visa Platinum menawarkan ciri keistimewaan VISA dengan transaksi dwi mata wang. Setiap transaksi yang…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…