Akan dibuka dalam tab baharu

ICBC Visa Platinum

ICBC Visa Platinum
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
13.5% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
330
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM8333
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
list
Ciri Menarik
Mata Ganjaran

ICBC Visa Platinum adalah kad kredit daripada ICBC yang dipasarkan khusus kepada individu yang sering berkunjung ke negara China. Bagi yang masih belum tahu, ICBC atau Industrial and Commercial Bank of China adalah bank terbesar di dunia. Kad kredit daripada ICBC Malaysia ini adalah kad kredit dengan ciri keistimewaan Visa, reward points dan juga keistimewaan perjalanan.

Antara ciri utama kad ICBC Visa Platinum ini adalah transaksi dalam dua mata wang, iaitu Ringgit Malaysia (MYR) dan Chinese Yuan (CNY), atau Yuan Renminbi. Kad anda akan di caj dalam Chinese Yuan untuk setiap transaksi kad yang anda lakukan di negara China, dan Ringgit Malaysia untuk negara lain. Kelebihan ini menguntungkan kerana anda tidak perlu bayar caj tukaran mata wang yang kadang-kala adalah melampau tinggi dan merugikan.

Selain transaksi keistimewaan transaksi dwi mata wang, kad ini juga menawarkan ganjaran reward points dalam bentuk ICBC bonus points. Anda akan diberi mata ganjaran untuk setiap transaksi yang anda buat dengan kad kredit ICBC Visa Platinum. Satu mata ganjaran untuk setiap transaksi RM1 atau 2CNY. Apa yang buat program mata ganjaran ICBC ini istimewa adalah mata ini tanpa had dan tiada tempoh tamat. Anda boleh mata ganjaran ini melalui tawaran di katalog ICBC.

Kad ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM100,000. Anda akan dikenakan yuran tahunan RM330 untuk kad utama. Walau bagaimanapun, yuran ini diketepikan untuk tahun pertama dan akan dibatalkan untuk tahun berikutnya sekiranya anda ‘swipe’ kad anda sekurang-kurangnya 3 kali setiap tahun. Sebagai kad platinum, had limit yang diberikan juga adalah agak tinggi, iaitu sehingga RM10,000.

Caj kadar faedah pula adalah bertingkat. Anda akan dicaj dengan kadar faedah 13.5% p.a jika anda tidak lewat buat bayaran bulanan. Jika anda ketinggalan 2 bulan, caj akan dinaikkan kepada 16% p.a dan seterusnya kepada 17% p.a untuk bulan berikutnya.

Berminat untuk mohon kad ICBC Visa Platinum? Baca lebih lanjut tentang syarat kelayakan lengkap yang diperlukan untuk mohon, caj dan yuran yang dikenakan, dan bagaimana anda boleh mohon kad ini secara atas-talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit ICBC Visa Platinum

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan mata ganjaran tanpa had yang tidak akan tamat tempoh sepanjang anda memiliki kad ini. Anda hanya perlu berbelanja dengan kad ini di Malaysia atau China. 1 mata ganjaran bonus points dalam bentuk ICBC Bonus Point (BP) akan diberikan untuk transaksi RM1 (Ringgit Malaysia) di Malaysia atau RMB2 (Yuan Renminbi) di China. 150BP adalah bersamaan dengan RM1. Jadi kumpulkan sebanyak mana mata ganjaran yang anda ingini dan tebus dengan baucar hadiah atau barangan melalui katalog ICBC.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan
1 RM1 Perbelanjaan runcit di Malaysia
1 RMB2 Perbelanjaan runcit di China

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM8333 sebulan atau RM100000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
330
Tahun pertama adalah percuma. Tahun berikutnya diketepikan untuk transaksi lebih daripada 3 kali setiap tahun
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM165
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM5 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Cara Mohon ICBC Visa Platinum

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit ICBC Visa Platinum

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, ICBC Malaysia – Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh ICBC Malaysia – Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan ICBC Malaysia – Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit ICBC Visa Platinum untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. ICBC Malaysia – Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit ICBC Visa Platinum

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung ICBC Visa Platinum?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi ICBC Malaysia – Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang ICBC Malaysia – Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad

ICBC Malaysia
ICBC Malaysia, anak syarikat Industrial and Commercial Bank of China Limited – bank terbesar di dunia – membawa kekuatan perbankan global ke Malaysia sejak 2010. Diiktiraf antara bank terbaik dunia, ICBC Malaysia menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan komprehensif untuk memenuhi keperluan kewangan individu dan korporat.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

Kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite menawarkan mata ganjaran AirMiles, akses tanpa had…

AmBank BonusLink Visa Signature

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

Citi Cash Back Mastercard

Kad kredit khusus untuk ciri rebat tunai (cashbacks). Dapatkan pulangan tunai dari 0.2% hingga 10%…

Kad Kredit Public Bank Platinum MasterCard

Kad kredit Public Bank Platinum MasterCard menawarkan keistimewaan mata ganjaran VIP tanpa bagi mereka yang…