Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum

Nikmati keistimewaan perjalanan eksklusif dan dapatkan KrisFlyer miles dengan setiap transaksi

Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum
badge-percent
Kadar faedah
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran tahunan
RM300
Percuma tahun pertama
wallet
Kelayakan Pendapatan
RM5000
stars
Ciri utama
KrisFlyer miles, insurans perjalanan, akses ke Plaza Premium Lounge
square-list
Pelan kad kredit
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Amex Contactless

Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum daripada Maybank dicipta khusus untuk kaki ‘travel’ dengan menawarkan pelbagai kelebihan, termasuk KrisFlyer miles dengan setiap transaksi kad anda. Tidak lupa juga akses percuma kepada ruang legar Premium di lapangan terbang seluruh dunia, perlindungan insurans perjalanan, dan diskaun eksklusif untuk golf dan menjamu selera.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum

  • 7,000 KrisFlyer miles percuma untuk transaksi pertama.
  • 1x KrisFlyer miles bagi setiap RM2.50 yang dibelanjakan di dalam negara.
  • 1x KrisFlyer miles bagi setiap RM2 untuk transaksi dalam talian dan transaksi di luar negara.
  • 1x KrisFlyer miles bagi setiap RM1 yang dibelanjakan untuk Singapore Airlines, Scoot, dan laman web KrisShop.
  • 5x akses percuma ke Plaza Premium Lounge di lapangan terbang seluruh dunia setiap tahun.
  • Perlindungan insurans perjalanan sehingga RM750,000.
  • Kelebihan kereta sewa dengan keahlian Hertz Gold Plus Rewards®, status Platinum Sixt-Rent-A-Car, dan Avis – termasuk diskaun, naik taraf, dan kelebihan eksklusif.
  • Diskaun menjamu selera sehingga 50% di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, atau sehingga 40% di Hotel & Resort Marriot Bonvoy yang mengambil bahagian.
  • 4x Yuran hijau percuma dan diskaun sehingga 10% di kelab golf terpilih.
  • Keahlian SilverSmith Mr & Mrs Smith yang menawarkan pelbagai kelebihan eksklusif.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM5000 Sebulan atau RM60000 Setahun
Kelayakan Umur 21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal).
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary).

Dokumen Yang Diperlukan

  • Dokumen pengenalan diri (MyKad/Pasport).
  • Bukti pendapatan (slip gaji/resit bayaran cukai/penyata komisen).
  • Penyata akaun bank terkini.
  • Dokumen-dokumen lain yang diperlukan oleh Maybank.

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Cardholder) RM300
Percuma tahun pertama
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card) RM150
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan).
Bayaran Bulanan Minimum RM25 atau 5% dari amaun tertunggak. Yang mana lebih tinggi.
Caj Lewat Bayar RM10 atau 1% dari amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM100.
Had Pendahuluan Tunai Harian Tiada
Caj Pendahuluan Tunai RM10 atau 5% dari amaun pengeluaran (yang lebih tinggi).
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai 18%

Cara Mohon Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Anda boleh mohon kad kredit Maybank Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum melalui kaedah berikut:

Mohon dalam talian:

  1. Lawati laman web Maybank2u.
  2. Klik butang “Apply Now.”
  3. Isi borang permohonan dan hantar.

Klik untuk ke laman web Maybank2u.

Kunjungi cawangan Maybank:

  1. Kunjungi cawangan Maybank terdekat.
  2. Dapatkan borang permohonan kad kredit.
  3. Lengkapkan borang permohonan dan hantar kepada pegawai yang bertugas.

Klik untuk melihat senarai cawangan Maybank di Malaysia.

Khidmat Pelanggan

Anda boleh menghubungi pihak melalui saluran berikut sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung kad kredit Maybank Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum.

Soalan Lazim

Pertanyaan

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum

Bagaimana untuk menebus KrisFlyer miles?

chevron-down

Anda boleh menebus KrisFlyer miles untuk penerbangan, naik taraf, dan tawaran berkaitan perjalanan melalui laman web KrisFlyer.

Apakah kelebihan keahlian SilverSmith Mr & Mrs Smith yang ditawarkan bersama kad Maybank Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum?

chevron-down

Keahlian SilverSmith Mr & Mrs Smith menawarkan 2% loyalty money untuk tempahan hotel, diskaun untuk 600 ruang legar lapangan terbang, tempahan utama untuk tawaran eksklusif Smith, dan bantuan perjalanan daripada pakar 24 jam sehari 7 hari seminggu.

Apakah senarai lapangan terbang yang menawarkan akses percuma ke Plaza Premium Lounge dengan kad kredit Maybank ini?

chevron-down

Adakah kad kredit Maybank Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum menawarkan pelan pindahan baki, bayaran ansuran mudah, atau ansuran tunai?

chevron-down

Ya, kad kredit ini menawarkan pelan pindahan baki Maybankard Balance Transfer Program, dan pelan bayaran ansuran mudah iaitu Maybankard EzyPay dan Maybankard EzyPay PLUS.

Ada soalan tambahan berhubung Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk menanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Langgan
Maklumkan

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Penafian:

Maklumat berhubung Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum adalah terkini pada tarikh 17/06/2024. Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi Maybank (Malayan Banking Berhad) atau menghubungi khidmat pelanggan Maybank (Malayan Banking Berhad) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Maybank (Malayan Banking Berhad)

Maybank Malayan Banking Berhad

Maybank (Malayan Banking Berhad)

Maybank (Malayan Banking Berhad) ditubuhkan pada tahun 1960 oleh Khoo Teck Puat dan beberapa rakan kongsi di Kuala Lumpur. Sejak penubuhannya, Malayan Banking Berhad telah berkembang dengan pesat dan telah …

Baca selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards menawarkan sehingga 3x mata ganjaran, pelan kredit lengkap, dan…

Alliance Bank Visa Basic

Kad kredit Alliance Bank Visa Basic menawarkan ciri asas dengan penjimatan tahunan. Syarat kelayakan mohon…

Citi Business Platinum Mastercard

Kad Kredit Citi Business Platinum Mastercard adalah kad khusus untuk pemilik perniagaan yang inginkan keistimewaan…

Kad Kredit HSBC Advance Visa Platinum

Kad kredit HSBC Advance Visa Platinum adalah kad yang didatangkan dengan ciri Premium VISA dan…