Public Bank Visa Platinum

Pulangan tunai tanpa had dan keistimewaan perjalanan hebat

Kad kredit Public Bank Visa Platinum 
badge-percent
Kadar faedah
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran tahunan
RM333
Tahun pertama adalah percuma Tahun berikutnya yuran dikecualikan untuk kegunaan lebih daripada 12 kali.
wallet
Kelayakan Pendapatan
RM4166
stars
Ciri utama
Program pulangan tunai Cash Megabonus tanpa had, insurans perjalanan percuma
square-list
Pelan kad kredit
Ansuran Tunai, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave

Kad kredit Public Bank Visa Platinum ditawarkan khusus kepada mereka yang inginkan pengalaman berbelanja yang mudah dan berbaloi. Dengan program pulangan tunai yang sangat  menguntungkan, perlindungan insurans perjalanan percuma, dan ciri-ciri yang fleksibel, kad kredit Public Bank ini boleh menjadi teman setia anda untuk perbelanjaan harian.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Public Bank Visa Platinum

  • Program Cash Mengabonus yang menawarkan 0.2% pulangan tunai tanpa had bagi setiap perbelanjaan runcit di dalam dan luar negara.
  • Perlindungan insurans perjalanan percuma sehingga RM500,000, termasuk kesulitan perjalanan seperti kelewatan penerbangan, kehilangan bagasi, dan banyak lagi.
  • Yuran tahunan percuma untuk tahun pertama, dan tahun berikutnya yuran dikecualikan sekiranya anda menggunakan kad lebih daripada 12 kali setahun.
  • Diskaun sehingga 50% untuk caj perkhidmatan penulisan wasiat.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM4166 Sebulan atau RM50000 Setahun
Kelayakan Umur 21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal).
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary).

Dokumen Yang Diperlukan

  • Dokumen pengenalan diri (MyKad/Pasport).
  • Bukti pendapatan (Slip gaji/Penyata EA/Penyata KWSP/penyata CASA/Penyata Komisen).
  • Surat lantikan jawatan (jika perlu).

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Cardholder) RM333
Tahun pertama adalah percuma Tahun berikutnya yuran dikecualikan untuk kegunaan lebih daripada 12 kali.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card) RM150
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan).
Bayaran Bulanan Minimum RM50 atau 5% dari amaun tertunggak. Yang mana lebih tinggi.
Caj Lewat Bayar RM10 atau 1% dari amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM100.
Had Pendahuluan Tunai Harian Tiada
Caj Pendahuluan Tunai RM20 atau 5% dari amaun pengeluaran (yang lebih tinggi).
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai 18%

Maklumat Tambahan

Cara Mohon Public Bank Visa Platinum

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Anda boleh mohon kad kredit Public Bank Visa Platinum melalui kaedah berikut:

Mohon dalam talian:

  1. Layari laman web Public Bank Berhad.
  2. Klik butang “Apply Now”.
  3. Pilih kad kredit Public Bank Visa Platinum dan klik “Next”.
  4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan untuk meneruskan permohonan.

Klik untuk ke laman web Public Bank.

Mohon melalui cawangan:

Kunjungi cawangan Public Bank terdekat. Klik untuk lihat senarai cawangan Public Bank Berhad.

Khidmat Pelanggan

Anda boleh menghubungi pihak Public Bank melalui saluran-saluran berikut sekiranya anda mempunyai pertanyaan berhubung kad kredit Public Bank Visa Platinum.

Soalan Lazim

Pertanyaan

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Public Bank Visa Platinum

Apakah kelayakan minimum untuk memohon Public Bank Visa Platinum?

chevron-down

Kad ini ditawarkan kepada sesiapa sahaja dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM50,000.

Adakah sebarang caj tahunan yang dikenakan?

chevron-down

Ya, yuran tahunan sebanyak RM333 untuk kad utama dan RM150 untuk kad tambahan. Terdapat juga caj SST sebanyak RM25.

Bagaimana untuk mendapatkan Cash MegaBonus?

chevron-down

Anda boleh mendapatkan pulangan tunai tanpa  had dari program Cash MegaBonus dengan melakukan transaksi runcit di dalam dan luar negara menggunakan kad Public Bank Visa Platinum anda.

Bagaimana untuk layak mendapat perlindungan insurans perjalanan percuma?

chevron-down

Anda perlu menempah tiket penerbangan dengan kad PB Visa Platinum.

Ada soalan tambahan berhubung Public Bank Visa Platinum?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk menanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Langgan
Maklumkan

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Penafian:

Maklumat berhubung Public Bank Visa Platinum adalah terkini pada tarikh 17/06/2024. Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi Public Bank Berhad atau menghubungi khidmat pelanggan Public Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Public Bank Berhad

Public Bank Berhad

Public Bank Berhad

Public Bank Berhad (PPB) ditubuhkan oleh Teh Hong Piow pada tahun 1966. Beliau adalah bekas pengurus besar Malayan Banking pada masa tersebut. Pada tahun 1967, Public Bank disenaraikan di Bursa …

Baca selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Bank Rakyat Kad Muslimah

Bank Rakyat Kad Muslimah khusus untuk wanita yang meminati fesyen dan gemar berbelanja. Dapatkan mata…

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards menawarkan sehingga 3x mata ganjaran, pelan kredit lengkap, dan…

Kad kredit AEON Classic Visa Card 

Kad kredit AEON Classic Visa menawarkan pulangan tunai dan mata ganjaran serta pelbagai tawaran eksklusif termasuk…

Hong Leong Wise Card

Kad kredit Hong Leong Wise menawarkan keistimewaan dalam bentuk ganjaran rebat tunai (cashback). Dapatkan rebat…