HSBC Live+ Credit Card

Kad kredit gaya hidup dengan pulangan tunai sehingga 8%

Kad kredit HSBC Live+
badge-percent
Kadar faedah
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran tahunan
Percuma jika mohon sebelum 31 Julai 2024
wallet
Kelayakan Pendapatan
RM5000
stars
Ciri utama
8% Pulangan Tunai, Diskaun di Restoran Terpilih
square-list
Pelan kad kredit
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave

Kad kredit HSBC Live+ adalah kad kredit daripada HSBC Malaysia. Kad ini dicipta untuk memberikan ganjaran dengan setiap perbelanjaan melalui pulangan tunai sehingga 8% untuk aktiviti gaya hidup seperti menjamu selera, membeli-belah, dan hiburan. Kad ini juga menawarkan pelbagai keistimewaan dan kelebihan eksklusif.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit HSBC Live+ Credit Card

  • Pulangan tunai sehingga 8%: Dapatkan pulangan tunai untuk perbelanjaan menjamu selera, membeli-belah, dan hiburan sekiranya anda berbelanja tidak kurang daripada RM5,000. Untuk transaksi lain pula, anda akan menerima pulangan tunai 0.2% (dalam negara) dan 0.5% (luar negara) tanpa had bulanan.
  • Diskaun di Restoran Terpilih: Nikmati diskaun sehingga 15% dan pengalaman eksklusif ketika menjamu selera melalui program HSBC Live+ Dining. Program ini meliputi restoran-restoran terkenal di 8 negara seluruh Asia.
  • Diskaun Gaya Hidup: Dapatkan diskaun tambahan untuk perjalanan, membeli-belah, dan menjamu selera melalui program HSBC Smart Privileges.
  • Layanan Visa Signature Concierge: Nikmati layanan seakan VIP melalui Visa Signature Concierge yang memberikan perkhidmatan bantuan dan panduan untuk merealisasikan gaya hidup anda, 24 jam sehari 7 hari seminggu.
  • Pelan Kewangan yang Fleksibel: Guna pelan pindahan baki, pelan penukaran baki, pelan bayaran ansuran mudah, dan pelan ansuran tunai yang datang bersama kad kredit HSBC Live+.
  • Yuran Tahunan Percuma: Permohonan sebelum 31 Julai 2024 akan menikmati yuran tahunan percuma seumur hidup, untuk kad utama dan juga kad tambahan.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM5000 Sebulan atau RM60000 Setahun
Kelayakan Umur 21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal).
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary).
Syarat Tambahan Pekerja asing perlu berpendapatan minimum RM10,000 sebulan

Dokumen Yang Diperlukan

  • Dokumen pengenalan diri (MyKad/Pasport)
  • Bukti Pendapatan (Slip gaji 3 bulan terkini / Penyata akaun bank / Penyata KWSP terkini / Surat pengesahan jawatan / Borang B/BE dengan resit bayaran cukai / Borang EA)
  • Permit bekerja yang sah tidak kurang daripada 1 tahun dan surat pengesahan majikan (pekerja asing).

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Cardholder) Percuma jika mohon sebelum 31 Julai 2024
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card) Percuma
Percuma jika mohon sebelum 31 Julai 2024
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan).
Bayaran Bulanan Minimum RM50 atau 5% dari amaun tertunggak. Yang mana lebih tinggi.
Caj Lewat Bayar RM10 atau 1% dari amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM100.
Had Pendahuluan Tunai Harian Tiada
Caj Pendahuluan Tunai RM15 atau 5% dari amaun pengeluaran (yang lebih tinggi).
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai 18%

Maklumat Tambahan

Cara Mohon HSBC Live+ Credit Card

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berminat untuk mohon kad kredit HSBC Live+? Ikuti langkah berikut.

Permohonan Dalam Talian:

  1. Layari laman web HSBC Malaysia.
  2. Pilih Kad Kredit HLB Live+ dan klik “Apply Now”.
  3. Isikan borang permohonan dengan maklumat yang diperlukan.
  4. Muat naik dokumen sokongan yang diminta.
  5. Hantar permohonan dan tunggu pengesahan melalui e-mel atau SMS.

Klik untuk melayari laman web HSBC Malaysia.

Permohonan Melalui Cawangan:

  1. Kunjungi cawangan HSBC Malaysia yang terdekat.
  2. Minta borang permohonan Kad Kredit HLB Live+.
  3. Isi borang dengan maklumat yang diperlukan dan sertakan dokumen sokongan.
  4. Serahkan borang permohonan kepada pegawai bank untuk diproses.
  5. Tunggu pengesahan dan maklum balas.

Klik untuk lihat senarai cawangan HSBC Bank Malaysia Berhad berdekatan anda.

Khidmat Pelanggan

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan berhubung kad kredit HSBC Live+,  anda boleh menghubungi pihak HSBC Malaysia melalui saluran berikut:

Kesimpulan & Perspektif

Secara keseluruhan, kad kredit HSBC Live+ adalah pilihan yang baik bagi mereka yang kerap berbelanja di restoran, gemar membeli-belah, dan selalu berhibur. Ciri pulangan tunai berperingkat yang ditawarkan adalah lumayan, dan program HSBC Live+ dengan diskaun dan tawaran eksklusif adalah sangat menarik. Namun, kadar pulangan tunai yang tinggi ini hanya ditawarkan semasa promosi berlangsung, dan juga dihadkan kepada RM30 setiap bulan. Anda juga perlu berbelanja dengan banyak untuk mendapatkan pulangan tunai yang tinggi.

Kelebihan:

  • Ganjaran pulangan tunai yang tinggi memberi lebih nilai dengan setiap perbelanjaan.
  • Program Live+ Dining sesuai untuk ‘foodie’.
  • Tanpa yuran tahunan seumur hidup dalam tempoh promosi.

Kekurangan:

  • Pulangan tunai dihadkan kepada RM30 setiap bulan.
  • Kadar pulangan tunai yang tinggi hanya sah semasa tempoh promosi.
  • Memerlukan perbelanjaan minimum untuk kadar pulangan tunai yang tinggi.

Walaupun terdapat beberapa kekurangan dengan kad kredit HSBC Live+, kelebihan dan keistimewaan yang ditawarkan oleh kad ini boleh menampung kekurangan tersebut. Pertimbangkan baik dan buruk sebelum anda mohon, dan bandingkan kad ini dengan kad kredit lain yang ditawarkan di pasaran Malaysia. Untuk memudahkan anda mencari kad kredit yang sesuai dengan keperluan dan situasi kewangan anda, pihak kami telah menyediakan Laman Saringan Kad Kredit. Anda boleh dapatkan kad kredit terbaik melalui laman tersebut.

Soalan Lazim

Pertanyaan

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit HSBC Live+ Credit Card

Berapa hari yang diperlukan untuk menerima pulangan tunai?

chevron-down

Jumlah pulangan tunai akan dikreditkan ke akaun anda antara 1 hingga 2 hari bekerja selepas tarikh transaksi.

Bolehkah saya menggunakan Program Live+ Dining untuk memesan penghantaran makanan?

chevron-down

Tidak boleh. Program Live+ Dining hanya boleh digunakan ketika menjamu selera di restoran yang mengambil bahagian.

Adakah terdapat sebarang tempoh bertenang tanpa faedah?

chevron-down

Ya, terdapat tempoh bertenang tanpa faedah selama 20 hari sekiranya bayaran penuh dibuat untuk penyata kad terdahulu.

Ada soalan tambahan berhubung HSBC Live+ Credit Card?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk menanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Langgan
Maklumkan

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Penafian:

Maklumat berhubung HSBC Live+ Credit Card adalah terkini pada tarikh 26/06/2024. Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi HSBC Bank Malaysia Berhad atau menghubungi khidmat pelanggan HSBC Bank Malaysia Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang HSBC Bank Malaysia Berhad

HSBC Bank Malaysia Berhad

HSBC Bank Malaysia Berhad

HSBC Bank Malaysia Berhad diperbadankan di Malaysia pada tahun 1984. Bank ini adalah anak syarikat HSBC Group, iaitu hak milik penuh HSBC Holding plc yang beribu-pejabat di London. HSBC Holdings …

Baca selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad Kredit AmBank BonusLink Visa Gold

Kad ini dicipta khusus kepada mereka inginkan mata ganjaran BonusLink. Dapatkan sehingga 30 BonusLink Points…

Citibank Citi Rewards Mastercard

Kad Kredit Citi Rewards Mastercard dari Citibank ini menawarkan sehingga 5 mata ganjaran untuk setiap…

ICBC Visa Platinum

ICBC Visa Platinum menawarkan ciri keistimewaan VISA dengan transaksi dwi mata wang. Setiap transaksi yang…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…