HSBC Balance Conversion Plan

HSBC Balance Conversion Plan adalah pelan bayaran ansuran mudah kad kredit (Easy Payment Plan) yang ditawarkan oleh HSBC Bank Malaysia kepada pemegang kad kredit utama (principal) HSBC / HSBC Amanah.

Khas untuk mereka yang gemar berbelanja, anda boleh menukar pembelian kredit anda kepada bayaran ansuran bulanan dari 6 bulan hingga 36 bulan. Anda hanya perlu buat pembelian tidak kurang dari RM500 untuk melayakkan anda menukar pembelian anda kepada bayaran ansuran. Jumlah maksimum yang dibenarkan pula ialah RM50,000.

Terdapat dua jenis pelan yang ditawarkan oleh HSBC Balance Conversion Plan (BCP), iaitu:

  1. Type A Conversion Plan
    Tukar jumlah penuh transaksi perbelanjaan anda kepada BCP.
  2. Type B Conversion Plan
    Tukar sebahagian transaksi perbelanjaan / baki tertunggak kepada BCP.

Pihak HSBC juga membenarkan anda buat bayaran bulanan minimum sekiranya anda sukar untuk buat bayaran ansuran penuh setiap bulan. Jumlah bayaran bulanan minimum yang dibenarkan ialah 5% daripada baki tunggakan – yang mana yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, HSBC akan mengenakan caj faedah terhadap baki yang tertunggak. Nilai kadar faedah akan ditentukan oleh pihak HSBC.

Anda tidak perlu membayar sebarang caj sekiranya anda berhasrat untuk membayar semua baki anda lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui untuk pelan BCP ini. Pihak HSBC tidak mengenakan sebarang caj penamatan awal (early settlement fee). Tetapi, anda harus memaklumkan kepada pihak HSBC terlebih dahulu sebelum anda buat penamatan awal.

HSBC Balance Conversion Plan
Pembelian Minimum RM500
Tempoh bayaran 6 bulan hingga 36 bulan
Kadar faedah Tiada kadar faedah (Zero Interest)
Caj pengendalian 6.88% hingga %
Bayaran minimum (bulanan) 5% daripada baki tunggakan
Caj penamatan awal Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual pelan HSBC Balance Conversion Plan

Dapatkan barangan idaman dengan kad kredit HSBC anda dan sertai pelan bayaran ansuran mudah ini dengan pembelian serendah RM500 dan tempoh bayaran ansuran sehingga 36 bulan. Pilih dari dua jenis kategori sama ada penukaran penuh, atau sebahagian.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
6 6.88 Tiada RM500
12 6.88 Tiada RM500
24 6.88 Tiada RM500
36 6.88 Tiada RM500

Cara mohon HSBC Balance Conversion Plan

  1. Hubungi pihak HSBC di talian 03-83215200 atau 1300 80 2626 dalam tempoh tidak lebih dari 3 hari selepas anda buat pembelian, atau sebelum penyata kad kredit dikeluarkan.
  2. Pilih untuk menukar pembelian anda kepada Type A atau Type B.

Kad kredit HSBC Balance Conversion Plan

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan HSBC Balance Conversion Plan. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.
Pihak kami sedang dalam proses mengemaskini kad kredit yang menawarkan pelan bayaran ansuran HSBC Balance Conversion Plan. Segala kesulitan amat dikesali.