Citi PremierMiles Visa Signature

Citi PremierMiles Visa Signature
badge-percent
Kadar faedah
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran tahunan
RM600
Dibatalkan untuk 3 tahun pertama (hanya untuk pemegang kad baru)
wallet
Kelayakan Pendapatan
RM8333
stars
Ciri utama
Air Miles, Ganjaran Perjalanan, Premium
square-list
Pelan kad kredit
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave

Citi PremierMiles Visa Signature adalah kad kredit dengan ciri premium yang ditawarkan oleh Citibank Berhad. Kad ini sangat sesuai bagi mereka yang gemar berurusan di luar negara, atau mereka yang banyak menghabiskan masa di atas kapal terbang.

Kad kredit ini menawarkan ganjaran dalam bentuk “Citi PremierMiles”. Mata ganjaran Citi PremierMiles diberikan apabila anda berbelanja dengan kad kredit Citi PremierMiles Visa Signature anda – dalam dan luar negara.

Mata PremierMile ini membenarkan anda mata ganjaran anda dalam bentuk air miles. Dengan setiap 1500 PremierMile, anda boleh dapatkan 1000 air miles dari 90 syarikat penerbangan yang mengambil bahagian. Selain air miles, anda juga boleh membelanjakan mata PremierMiles anda di pedagang-pedagang seperti Agoda, AirBnB, Expedia, Traveloka dan sebagainya.

Citibank juga membenarkan anda menggunakan mata PremierMiles untuk memperbaharui kad kredit ini. Anda cuma perlukan 300,000 mata PremierMiles untuk tujuan.

Kad ini juga menawarkan pelan pindahan baki Citibank Balance Transfer via Instalment Plan. Pelan ini membenarkan anda buat pemindahan baki daripada kad kredit yang sedia ada kepada kad Citi PremierMiles Visa Signature dengan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Citibank juga menawarkan dua pelan bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan), iaitu dalam bentuk Citibank Easy Pay Plan dan Citibank Flexi Payment Plan. Perbelanjaan menjadi lebih mudah dengan kedua-dua pelan ini.

Baca lebih lanjut tentang kelebihan kad kredit ini, dan bagaimana anda boleh mohon secara atas talian (online) tanpa perlu mengunjungi mana-mana cawangan Citibank.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Citi PremierMiles Visa Signature

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan mata ganjaran dalam bentuk Citi PremierMiles. Mata ganjaran ini tiada tarikh tamat tempoh, dan boleh anda guna selagi anda memegang kad kredit ini. Mata ganjaran diberikan untuk perbelanjaan dalam negara dan juga luar negara.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan
2 RM3 Semua perbelanjaan luar negara
1 RM3 Semua perbelanjaan dalam negara

ganjaran perjalanan

Kad kredit Citi PremierMiles Visa Signature sesuai untuk mereka yang inginkan keselesaan dalam perjalanan. Antara ciri-ciri yang ada untuk memudahkan perjalanan anda ialah servis “concierge”, limosin percuma ke lapangan terbang, akses percuma ke plaza premium lounge, perkhidmatan tempahan hotel, dan juga pelbagai perlindungan perjalanan.

Jenis Perlindungan Jumlah Perlindungan (RM)
Kemalangan Peribadi Sehingga RM300,000
Penundaan Penerbangan Sehingga RM2,500
Terlepas Penerbangan Sehingga RM2,500
Kehilangan Bagasi Sehingga RM12,000
Kelewatan Bagasi Sehingga RM2,500

Ciri premium

Selain ciri-ciri premium untuk perjalanan seperti yang dinyatakan di atas, anda juga akan mendapat sehingga 10,000 mata Citi PremierMiles setiap tahun hanya dengan membayar yuran tahunan anda.

Pelan Kad Kredit Citi PremierMiles Visa Signature

Pelan pemindahan baki (balance transfer)

Citibank Balance Transfer Plan
Buat pindahan baki kad kredit anda ke Citibank dengan jumlah pemindahan serendah RM1,000 dan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan. Tiada caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah.
Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Jumlah Pindahan Minimum (RM)
6 Tiada 5.81% p.a RM1,000
9 Tiada 5.56% p.a RM1,000
12 Tiada 5.44% p.a RM1,000
18 Tiada 5.35% p.a RM1,000
24 Tiada 5.32% p.a RM1,000
30 Tiada 5.32% p.a RM1,000
36 Tiada 5.33% p.a RM1,000

Pelan bayaran ansuran (easy payment plan)

Citibank Easy Pay Plan

Berbelanja sepenuhnya dengan kad kredit Citibank anda dan bayar semula dengan pelan Easy Payment ini. Pembelian serendah RM500 dengan tempoh bayaran sehingga 48 bulan - tanpa caj faedah mahupun caj pengendalian.

Tempoh Bayaran (Bulan)Caj Pengendalian (%)Kadar Faedah (% p.a)Pembelian Minimum (RM)
48TiadaTiadaRM500
Citibank Flexi Payment Plan
Pelan bayaran ansuran mudah (EPP) yang fleksibel dengan pembelian serendah RM500 dan tempoh bayaran semula dari 6 bulan hingga 36 bulan. Tiada caj pengendalian yang dikenakan.
Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
6 Tiada 10.57% p.a RM500
12 Tiada 9.96% p.a RM500
18 Tiada 9.84% p.a RM500
24 Tiada 9.85% p.a RM500
30 Tiada 9.91% p.a RM500
36 Tiada 9.99% p.a RM500

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM8333 Sebulan atau RM100000 Setahun
Kelayakan Umur 21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal).
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary).

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Cardholder) RM600
Dibatalkan untuk 3 tahun pertama (hanya untuk pemegang kad baru)
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan).
Bayaran Bulanan Minimum RM50 atau 5% dari amaun tertunggak.
Caj Lewat Bayar
Had Pendahuluan Tunai Harian Tiada
Caj Pendahuluan Tunai RM20 atau 5% dari amaun pengeluaran (yang lebih tinggi).
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai 18%

Cara Mohon Citi PremierMiles Visa Signature

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Harap maaf. Kad kredit Citi PremierMiles Visa Signature telah diberhentikan sementara oleh pihak Citibank Berhad. Anda masih boleh cari kad kredit yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Cari Kad Kredit yang kami sediakan.

Soalan Lazim

Pertanyaan

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Citi PremierMiles Visa Signature

Apakah kad Kredit Citi PremierMiles Visa Signature?

chevron-down

Kad kredit Citi PremierMiles Visa Signature adalah kad kredit yang ditawarkan oleh Citibank Berhad.

Apakah kelebihan kad Kredit ini berbanding kad kredit yang lain?

chevron-down

Kad kredit Citi PremierMiles Visa Signature menawarkan ciri-ciri menarik seperti Air Miles, Ganjaran Perjalanan, Premium dan Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian Ciri-Ciri Kad Kredit di atas.

Siapakah yang boleh mohon kad kredit ini?

chevron-down

Kad ini boleh dimohon oleh Sesiapa sahaja yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan RM8333 ke atas atau pendapatan tahunan RM100000 ke atas. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya tidak pernah mempunyai sebarang kad kredit sebelum ini, bolehkah saya mohon Kad Kredit Citi PremierMiles Visa Signature?

chevron-down

Boleh, tiada masalah untuk anda mohon Kad Kredit ini sekiranya ini kali pertama anda ingin mohon Kad Kredit dan anda mencukupi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk mohon.

Saya adalah pemegang kad kredit Citibank Berhad yang sedang aktif, bolehkah saya mohon kad kredit ini?

chevron-down

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Saya adalah pemegang kad kredit dari bank lain, bolehkah saya mohon kad kredit Citi PremierMiles Visa Signature?

chevron-down

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Berapakah kadar faedah (interest rate) yang dikenakan untuk kad kredit ini?

chevron-down

Citibank Berhad mengenakan kadar faedah tahunan sebanyak 15% p.a.

Berapakah had kredit (credit limit) yang dibenarkan?

chevron-down

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh pihak bank berdasarkan sejarah kredit dan pendapatan bulanan anda.

Apakah caj atau fi yang dikenakan untuk kad kredit ini?

chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj dan Yuran yang Dikenakan di atas.

Bolehkah saya keluarkan wang tunai melalui mesin ATM dengan kad ini?

chevron-down

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini semata-mata untuk pindahan baki (balance transfer)?

chevron-down

Boleh. Tetapi pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya saya ada rekod senarai hitam (blacklist) di laporan CTOS saya?

chevron-down

Soalan ini adalah sangat subjektif apabila memohon kad kredit. Faktor yang memainkan peranan utama ialah skor kredit, bukannya jumlah senarai hitam anda. Dalam erti kata lain, lulus atau tidak adalah bergantung sepenuhnya kepada pihak bank. Anda boleh rujuk dengan pihak Citibank Berhad sekiranya anda layak atau tidak untuk mohon dengan mengemukakan laporan CTOS anda.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya rekod kredit saya tidak cantik di laporan CCRIS saya?

chevron-down

Seperti juga jawapan untuk soalan tentang senarai hitam di laporan CTOS. Keputusan permohonan adalah bergantung kepada skor kredit anda, dan faktor-faktor lain seperti pendapatan, risiko, rekod kredit, dan sebagainya. Anda boleh rujuk dengan pihak Citibank Berhad sekiranya anda layak atau tidak untuk mohon dengan mengemukakan laporan CCRIS anda.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya saya di bawah selaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)?

chevron-down

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Bagaimana saya nak mohon kad kredit Citi PremierMiles Visa Signature?

chevron-down

Sila rujuk bahagian Cara Memohon di atas.

Ada soalan tambahan berhubung Citi PremierMiles Visa Signature?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk menanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Langgan
Maklumkan

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Penafian:

Maklumat berhubung Citi PremierMiles Visa Signature adalah terkini pada tarikh 17/06/2024. Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi Citibank Berhad atau menghubungi khidmat pelanggan Citibank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Citibank Berhad

Citibank Berhad

Citibank Berhad

Citibank Berhad adalah bank komersial berlesen di Malaysia yang telah beroperasi sejak tahun 1959. Citibank diperbadankan pada tahun 1994. Secara ringkas, Citibank adalah anak syarikat Citigroup Holding (Singapore) Private Limited. …

Baca selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Alliance Bank You:nique Rewards

Dapatkan mata ganjaran tanpa had hanya dengan setiap perbelanjaan RM1 menggunakan kad kredit ini. Timeless…

Public Bank Gold Visa

Ingin ganjaran pulangan rebat tunai tanpa had setiap bulan? Kad kredit Public Bank Gold Visa…

Kad Kredit OCBC World MasterCard

Kad kredit OCBC World MasterCard menawarkan keistimewaan premium dengan pulangan tunai tanpa had dan perlindungan…

Kad kredit HSBC Premier Travel

Kad kredit HSBC Premier Travel menawarkan keistimewaan eksklusif dengan ganjaran mata Air Miles dan ciri…