Akan dibuka dalam tab baharu

Bank Rakyat Xclusive Explorer

Dapatkan Lebih Keistimewaan dengan Kad Eksklusif Ini

Kad kredit Bank Rakyat Xclusive Explorer
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
13.5% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma tanpa syarat
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM5000
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Keahlian eksklusif, pulangan tunai, perlindungan takaful, rakyat rewards

Bayangkan anda merancang percutian impian ke luar negara. Tiket penerbangan, penginapan hotel, semuanya sudah tersedia. Tetapi, bagaimana pula dengan urusan perbelanjaan ketika di sana? Kad Kredit-i Bank Rakyat Xclusive Explorer mungkin jawapannya. Kad ini menawarkan pelbagai manfaat untuk memudahkan urusan kewangan dan perbelanjaan anda, terutamanya ketika melancong. Artikel ini akan mengupas segala yang perlu anda tahu tentang kad kredit eksklusif ini, daripada ciri-ciri menarik sehinggalah kepada cara memohon.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Bank Rakyat Xclusive Explorer

  • Keahlian Rakyat Xclusive: Kad ini ditawarkan khas kepada ahli Rakyat Xclusive, memberi anda akses kepada pelbagai keistimewaan dengan layanan premium.
  • Ganjaran Pulangan Tunai 5% untuk Tempahan Penerbangan dan Hotel: Dapatkan pulangan tunai sehingga RM1,000 setahun untuk tempahan penerbangan dan hotel – lebih banyak penjimatan untuk percutian anda.
  • Akses Percuma ke Plaza Premium Lounge: Nikmati akses percuma sebanyak lima  kali setahun ke Plaza Premium Lounge di seluruh Malaysia. Rehat dan nikmati hidangan sebelum penerbangan.
  • Tiada Caj Tahunan: Nikmati kebebasan daripada caj tahunan tanpa sebarang syarat.
  • Perlindungan Takaful Percuma: Perlindungan Takaful Keluarga Berkumpulan dan Khairat Kematian RM1,000 secara percuma untuk ketenangan minda semasa melancong.
  • Tiada Caj untuk Transaksi Mata Wang Asing: Berbelanja di luar negara tanpa perlu risau tentang caj tambahan untuk pertukaran mata wang asing.
  • Pelan Ansuran 0% Bank Rakyat: Bahagikan pembelian runcit RM1,000 ke atas kepada ansuran mudah dengan pelan ansuran 0% Bank Rakyat Flexi Easy Payment.
  • Rakyat Rewards: Kumpul mata ganjaran untuk setiap RM10 yang dibelanjakan dan tukarkannya kepada wang tunai.
  • Rakyat Rebat: Nikmati rebat keuntungan ke atas baki prinsipal tertunggak.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Ahli Rakyat Xclusive
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM5000 sebulan atau RM60000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan Bank Rakyat Xclusive Explorer Kad Kredit-i:

  • Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)/Pasport: Untuk Pemohon kad utama dan tambahan.
  • Dokumen Tambahan Mengikut Jenis Pekerjaan:
    • Penjawat Awam: Salinan slip gaji terkini.
    • Pekerja Swasta: Salinan slip gaji terkini, Salinan Borang EA atau penyata KWSP (6 bulan terkini).
    • Gaji Bulanan dengan Komisen: Salinan slip gaji terkini, Borang cukai pendapatan/penyata KWSP (6 bulan terkini) ATAU penyata komisen terkini (6 bulan).
    • Komisen Sahaja: Penyata komisen tahunan (CP58).
    • Bekerja Sendiri: Salinan pendaftaran perniagaan, penyata bank 6 bulan terkini, Borang B terkini, dan resit pembayaran cukai.
    • Ekspatriat: Salinan Akaun Simpanan-i Bank Rakyat dan surat pengesahan kontrak daripada majikan.
    • Pesara: Penyata pencen (12 bulan terkini) dan penyata bank 3 bulan terkini (menunjukkan kredit amaun pencen ke dalam akaun).

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma tanpa syarat
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak. Yang mana lebih tinggi
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM1000
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 3% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Maklumat Tambahan

Kad Kredit-i Platinum Xclusive Explorer Bank Rakyat adalah kad edisi khas untuk ahli Rakyat Xclusive. Kad ini berfungsi sebagai kad kredit dan juga kad keahlian, dan tidak boleh dipindah milik.

Pelan Pembiayaan

Bank Rakyat Kad Kredit-i Pindahan Baki
Bank Rakyat Kad Kredit-i Pindahan Baki

Pindahkan baki kad kredit anda ke Bank Rakyat dengan pindahan minimum serendah RM1,000 dan tempoh bayaran sehingga 12 bulan tanpa sebarang caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Bank Rakyat Flexi Easy Payment
Bank Rakyat Flexi Easy Payment

Gunakan pelan Easy Payment Bank Rakyat ini untuk mendapatkan barangan idaman anda. Hanya buat belian serendah Rm1,000 dan pilih untuk buat bayaran ansuran sehingga 24 bulan. Tiada caj kadar faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Bank Rakyat Xclusive Explorer

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Permohonan Dalam Talian:

  1. Layari laman web Bank Rakyat.
  2. Cari bahagian Kad Kredit-i.
  3. Pilih “Xclusive Explorer”.
  4. Isi borang permohonan dalam talian dan lengkapkan.
  5. Hantar permohonan.

Klik untuk melayari laman web Bank Rakyat

Permohonan Luar Talian:

Layari Pusat Rakyat Xclusive di cawangan Bank Rakyat terdekat untuk memohon secara terus.

Klik di sini untuk melihat senarai cawangan Bank Rakyat

Khidmat Pelanggan

Kesimpulan & Perspektif

Kad Kredit-i Platinum Xclusive Explorer Bank Rakyat menawarkan pelbagai manfaat menarik seperti pulangan tunai, mata ganjaran, akses percuma ke Plaza Premium Lounge, dan tidak mengenakan sebarang caj tahunan. Walaubagaimanapun, kadar keuntungan dan caj lain perlu dipertimbangkan. Anda perlu menilai sama ada manfaat yang ditawarkan sesuai dengan keperluan dan gaya hidup anda. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk sumber tambahan di bawah Soalan Lazim untuk membantu anda membuat pilihan yang tepat sebelum mohon sebarang kad kredit.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Bank Rakyat Xclusive Explorer

Status permohonan kad kredit-i Bank Rakyat Xclusive Explorer akan dimaklumkan melalui SMS.

Pemegang Kad Utama boleh memohon sehingga 5 Kad Tambahan.

Had pembiayaan untuk kad Bank Rakyat Xclusive Explorer bermula daripada RM50,000 ke atas.

Pemegang Kad Utama hanya perlu mengisi maklumat tambahan di bahagian ‘Permohonan Kad Tambahan’ dalam borang permohonan Kad Kredit-i Bank Rakyat. Dokumen yang diperlukan adalah salinan Kad Pengenalan untuk Pemegang Kad Utama dan Tambahan.

Ya, prosedur permohonan adalah sama seperti permohonan baru.

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad) mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad) berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad).

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Bank Rakyat Xclusive Explorer untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad) kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Bank Rakyat Xclusive Explorer

Ada soalan tambahan berhubung Bank Rakyat Xclusive Explorer?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad)

Bank rakyat bank kerjasama rakyat malaysia berhad
Bank Rakyat, yang bermula sebagai gabungan bank kesatuan pada 1954, kini adalah bank koperasi Islamik sepenuhnya di Malaysia sejak 2003. Dengan aset lebih RM99 bilion dan rangkaian cawangan, ATM, dan Ar-Rahnu X'Change yang luas di seluruh negara, Bank Rakyat menawarkan pelbagai produk perbankan patuh Syariah yang komprehensif untuk individu (termasuk pembiayaan peribadi Islamik, Ar-Rahnu) dan…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Affinbank Visa/ MasterCard Gold

Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold menawarkan pulangan mata ganjaran Affin Rewards yang boleh ditebus dengan…

BSN 1 TeachersCard MasterCard

Nikmati ganjaran istimewa, kadar faedah terendah, dan perlindungan insurans perjalanan percuma dengan BSN 1 TeachersCard…

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…