UOB Lady’s LuxePay Easi Payment Plan

UOB Lady’s LuxePay Easi Payment Plan adalah pelan bayaran ansuran mudah kad kredit (Easy Payment Plan) yang ditawarkan oleh UOB Bank. Pelan ini ditawarkan khusus kepada pemegang kad kredit UOB Lady’s Mastercard – pemegang kad utama (principal card holder) dan juga pemegang kad tambahan (supplementary card holder).

Oleh kerana pelan ini hanya ditawarkan kepada kaum hawa, anda hanya boleh menggunakan pelan ini untuk pembelian terhadap jam, barang kemas, kasut atau bag. Jumlah pembelian minimum yang dibenarkan ialah RM2,000 ke atas.

Anda boleh memilih untuk buat bayaran ansuran selama 6 bulan atau 12 bulan. Yang menariknya pihak UOB tidak mengenakan sebarang caj faedah (zero interest) mahupun caj pengendalian (upfront handling fee) untuk pelan UOB Lady’s LuxePay Easi Payment Plan ini.

Sekiranya anda sukar untuk buat bayaran ansuran penuh setiap bulan, anda boleh memilih untuk buat bayaran bulanan minimum sebanyak RM50 atau 5% dari baki – yang mana lebih tinggi. Walau bagaimanapun, UOB akan mengenakan caj kadar faedah sebanyak 18% p.a sekiranya anda memilih untuk buat bayaran bulanan minimum.

UOB juga akan mengenakan caj penamatan awal (early settlement fee) sebanyak RM50 sekiranya anda ingin menyelesaikan semua baki lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui.

Pelan Bayaran Ansuran ini hanya ditawarkan sehingga 31 Disember 2019. Jadi, dapatkan kad kredit UOB Lady’s Mastercard secepat mungkin dan berbelanja dengan bijak dengan pelan bayaran ansuran ini.

Update 1 Januari 2010 – Pelan UOB Lady’s LuxePay Easi Payment Plan ini telah tamat dan tidak lagi ditawarkan oleh pihak UOB Bank

UOB Lady’s LuxePay Easi Payment Plan
Pembelian Minimum RM2000
Tempoh bayaran 6 bulan hingga 12 bulan
Kadar faedah Tiada kadar faedah (Zero Interest)
Caj pengendalian Tiada caj upfront
Bayaran minimum (bulanan) RM50 atau 5% dari baki (yang lebih tinggi)
Caj penamatan awal RM50
share-nodes
Kongsi

Jadual pelan UOB Lady’s LuxePay Easi Payment Plan

Pelan Easy Payment khas untuk para ladies di luar sana. Tukar pembelian anda kepada pelan ini dan nikmati bayaran ansuran tanpa faedah dan tanpa upfront dengan tempoh bayaran selama 12 bulan.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
6 Tiada Tiada RM2,000
12 Tiada Tiada RM2,000

Cara mohon UOB Lady’s LuxePay Easi Payment Plan

Hubungi pihak UOB di talian 03-26900121 dalam tempoh 20 hari dari tarikh transaksi pembelian yang anda ingin tukar ke skim bayaran ansuran mudah UOB.

Kad kredit UOB Lady’s LuxePay Easi Payment Plan

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan UOB Lady’s LuxePay Easi Payment Plan. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.
Pihak kami sedang dalam proses mengemaskini kad kredit yang menawarkan pelan bayaran ansuran UOB Lady’s LuxePay Easi Payment Plan. Segala kesulitan amat dikesali.