Standard Chartered Simply Cash Credit Card

Standard Chartered Simply Cash Credit Card 
badge-percent
Kadar faedah
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran tahunan
RM250
Tahun pertama adalah percuma
wallet
Kelayakan Pendapatan
RM3000
stars
Ciri utama
Ganjaran Petrol, Pulangan Tunai
square-list
Pelan kad kredit
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass

Kad kredit Standard Chartered Simply Cash diperkenalkan oleh untuk menggantikan kad kredit Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard bermula 1 Disember 2022. Standard Chartered Simply Cash Credit Card melakukan beberapa perubahan terhadap ciri pulangan tunai yang ditawarkan oleh kad JustOne Platinum MasterCard sebelum ini.

Jika sebelum ini pemegang kad kredit JustOne Platinum MasterCard akan menerima rebat tunai untuk perbelanjaan dalam kategori petrol, transaksi dalam talian, dan barangan runcit, Simply Cash Credit Card pula menawarkan rebat tunai untuk kategori petrol, e-Dompet, runcit, dan makan.

Jumlah ganjaran rebat tunai yang ditawarkan pula adalah antara 0.5% hingga 15%, bergantung kepada nilai yang anda belanjakan dengan kad kredit Standard Chartered ini.

Selain daripada kelebihan pulangan tunai, kad ini juga didatangkan dengan Good Life Privileges yang menawarkan diskaun dan tawaran istimewa daripada lebih 4,000 pedagang di Malaysia dan seluruh Asia.

Anda juga akan dilindungi sehingga USD200 sekiranya berlaku penipuan atau kerosakan barangan yang dipesan secara atas talian menerusi pembelian e-Dagang (e-Commerce). Sekiranya anda pengguna telefon pintar berjenama Samsung, anda boleh memasukkan kad Simply Cash anda ke dalam aplikasi Mobil Wallet Samsung Pay untuk memudahkan anda buat bayaran.

Pihak Standard Chartered juga menawarkan pelan pemindahan baki dalam bentuk Standard Chartered Balance Transfer Plus. Buat pindahan baki serendah RM1,000 dan bayaran balik sehingga 36 bulan dengan caj kadar faedah tetap yang berpatutan.

Bagi kaki shopping pula, pilih antara dua pelan bayaran ansuran mudah (easy payment plan) iaitu Standard Chartered FlexiPay Plus atau Standard Chartered 0% Easy-Payment-Scheme. Jumlah transaksi minimum bermula daripada RM500 dengan tempoh bayaran bulanan selama 12 bulan.

Kad kredit Standard Chartered Simply Cash juga memudahkan anda mendapatkan tunai segera dengan pelan pinjaman tunai kad kredit Standard Chartered Cash-On-Call Plus. Anda boleh buat pinjaman tunai daripada RM1,000 hingga 100% daripada had kredit (credit limit) kad.

Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk ciri lengkap kad kredit Standard Chartered ini, termasuk syarat kelayakan mohon, caj yang dikenakan, dan bagaimana untuk mohon.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Standard Chartered Simply Cash Credit Card

Pulangan tunai (cashbacks)

Nikmati ganjaran pulangan tunai 0.5% untuk perbelanjaan di bawah RM2,500 dan rebat tunai 15% untuk perbelanjaan RM2,500 dan ke atas dengan kad Standard Chartered Simply Cash Credit Card. Kategori yang dibenarkan ialah perbelanjaan runcit, petrol, e-Dompet, dan makan.

Pedagang e-Dompet yang mengambil bahagian ialah Boost, Lazada Wallet, ShopeePay, dan Touch’n Go e-Wallet.

JENIS REBAT TUNAI KADAR REBAT TUNAI HAD BULANAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan runcit, e-Dompet, petrol, dan makan 0.5% RM12.5 RM2,500 ke bawah
Perbelanjaan runcit, e-Dompet, petrol, dan makan 15% RM60 RM2,500 dan ke atas

Ganjaran petrol

Anda akan menerima rebat tunai sebanyak 0.5% untuk isian minyak petrol di bawah RM2,500 setiap bulan, dan rebat tunai 15% untuk isian petrol RM2,500 ke atas. Pulangan rebat tunai dihadkan kepada RM15 dan RM60 setiap bulan.

Pelan Kad Kredit Standard Chartered Simply Cash Credit Card

Pelan pemindahan baki (balance transfer)

Standard Chartered Balance Transfer PLUS
Pelan pindahan baki serendah RM1,000 dengan kadar faedah tetap dan tempoh bayaran sehingga 36 bulan. Tiada caj pengendalian dan tiada caj penamatan awal.
empoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Jumlah Pindahan Minimum (RM)
12 Tiada 5.99% p.a RM1,000
18 Tiada 5.99% p.a RM1,000
24 Tiada 5.99% p.a RM1,000
36 Tiada 5.99% p.a RM1,000

Pelan bayaran ansuran (easy payment plan)

Standard Chartered FlexiPay Plus (FOP Plus)
Tukar sebarang pembelian (RM500 dan ke atas) anda kepada pelan FlexiPay Plus dari Standard Chartered dan nikmat tempoh bayaran sehingga 12 bulan dengan kadar faedah tetap.
Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
12 Tiada 7.88% p.a RM500

Pelan ansuran tunai (cash instalment plan)

Standard Chartered Cash-On-Call Plus (COC)
Pinjaman dari serendah RM1,000 hingga 100% had kredit (credit limit) kad kredit Standard Chartered anda. Kadar faedah tetap dengan tempoh pinjaman sehingga 60 bulan.
Tempoh Pinjaman (Bulan) Kadar Faedah (% p.a)
12 9.88% p.a
18 9.88% p.a
24 9.88% p.a
36 9.88% p.a
48 9.88% p.a
60 9.88% p.a

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM3000 Sebulan atau RM36000 Setahun
Kelayakan Umur 21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal).
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary).

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Cardholder) RM250
Tahun pertama adalah percuma
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card) Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan).
Bayaran Bulanan Minimum RM50 atau 5% dari amaun tertunggak.
Caj Lewat Bayar
Had Pendahuluan Tunai Harian Tiada
Caj Pendahuluan Tunai RM25 atau 5% dari amaun pengeluaran (yang lebih tinggi).
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai 18%

Cara Mohon Standard Chartered Simply Cash Credit Card

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Anda boleh mohon Standard Chartered Simply Cash Credit Card dengan mengunjungi mana-mana cawangan Standard Chartered Bank Malaysia Berhad berdekatan anda.

Anda juga boleh mohon secara online dengan perkhidmatan RinggitPlus. Tak perlu isi borang, tak perlu tunggu call – hanya “WhatsApp” pihak RinggitPlus untuk mohon. Baca lebih lanjut di bawah.

Standard Chartered Simply Cash Credit Card logo ringgitplus

Mohon Standard Chartered Simply Cash Credit Card 100% ONLINE dengan perkhidmatan RinggitPlus

Klik butang “Mohon Sekarang” di bawah, isi nama dan nombor phone anda pada laman permohonan RinggitPlus. Pihak RinggitPlus akan menghubungi anda dan membimbing anda step-by-step untuk meneruskan permohonan.

Tak perlu susah payah walk-in ke bank untuk mohon. Klik butang “Mohon Sekarang” di bawah untuk teruskan.

Mohon sekarang
* Anda akan dibawa ke laman web RinggitPlus. Pada laman tersebut klik butang "APPLY NOW" untuk meneruskan permohonan.

Soalan Lazim

Pertanyaan

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Standard Chartered Simply Cash Credit Card

Apakah kad Kredit Standard Chartered Simply Cash Credit Card?

chevron-down

Kad kredit Standard Chartered Simply Cash Credit Card adalah kad kredit yang ditawarkan oleh Standard Chartered Bank Malaysia Berhad.

Apakah kelebihan kad Kredit ini berbanding kad kredit yang lain?

chevron-down

Kad kredit Standard Chartered Simply Cash Credit Card menawarkan ciri-ciri menarik seperti Ganjaran Petrol, Pulangan Tunai dan Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian Ciri-Ciri Kad Kredit di atas.

Siapakah yang boleh mohon kad kredit ini?

chevron-down

Kad ini boleh dimohon oleh Sesiapa sahaja yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan RM3000 ke atas atau pendapatan tahunan RM36000 ke atas. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya tidak pernah mempunyai sebarang kad kredit sebelum ini, bolehkah saya mohon Kad Kredit Standard Chartered Simply Cash Credit Card?

chevron-down

Boleh, tiada masalah untuk anda mohon Kad Kredit ini sekiranya ini kali pertama anda ingin mohon Kad Kredit dan anda mencukupi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk mohon.

Saya adalah pemegang kad kredit Standard Chartered Bank Malaysia Berhad yang sedang aktif, bolehkah saya mohon kad kredit ini?

chevron-down

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Saya adalah pemegang kad kredit dari bank lain, bolehkah saya mohon kad kredit Standard Chartered Simply Cash Credit Card?

chevron-down

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Berapakah kadar faedah (interest rate) yang dikenakan untuk kad kredit ini?

chevron-down

Standard Chartered Bank Malaysia Berhad mengenakan kadar faedah tahunan sebanyak 15% p.a.

Berapakah had kredit (credit limit) yang dibenarkan?

chevron-down

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh pihak bank berdasarkan sejarah kredit dan pendapatan bulanan anda.

Apakah caj atau fi yang dikenakan untuk kad kredit ini?

chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj dan Yuran yang Dikenakan di atas.

Bolehkah saya keluarkan wang tunai melalui mesin ATM dengan kad ini?

chevron-down

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini semata-mata untuk pindahan baki (balance transfer)?

chevron-down

Boleh. Tetapi pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya saya ada rekod senarai hitam (blacklist) di laporan CTOS saya?

chevron-down

Soalan ini adalah sangat subjektif apabila memohon kad kredit. Faktor yang memainkan peranan utama ialah skor kredit, bukannya jumlah senarai hitam anda. Dalam erti kata lain, lulus atau tidak adalah bergantung sepenuhnya kepada pihak bank. Anda boleh rujuk dengan pihak Standard Chartered Bank Malaysia Berhad sekiranya anda layak atau tidak untuk mohon dengan mengemukakan laporan CTOS anda.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya rekod kredit saya tidak cantik di laporan CCRIS saya?

chevron-down

Seperti juga jawapan untuk soalan tentang senarai hitam di laporan CTOS. Keputusan permohonan adalah bergantung kepada skor kredit anda, dan faktor-faktor lain seperti pendapatan, risiko, rekod kredit, dan sebagainya. Anda boleh rujuk dengan pihak Standard Chartered Bank Malaysia Berhad sekiranya anda layak atau tidak untuk mohon dengan mengemukakan laporan CCRIS anda.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya saya di bawah selaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)?

chevron-down

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Bagaimana saya nak mohon kad kredit Standard Chartered Simply Cash Credit Card?

chevron-down

Sila rujuk bahagian Cara Memohon di atas.

Ada soalan tambahan berhubung Standard Chartered Simply Cash Credit Card?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk menanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Langgan
Maklumkan

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Penafian:

Maklumat berhubung Standard Chartered Simply Cash Credit Card adalah terkini pada tarikh 17/06/2024. Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi Standard Chartered Bank Malaysia Berhad atau menghubungi khidmat pelanggan Standard Chartered Bank Malaysia Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Standard Chartered Bank Malaysia Berhad

Standard Chartered Bank Malaysia Berhad

Standard Chartered Bank Malaysia Berhad

Standard Chartered Bank Malaysia Berhad adalah antara bank terawal yang mula beroperasi di Malaysia. Sejarah bank Standard Chartered bermula sejak tahun 1875 apabila mereka mula beroperasi Pulau Pinang. Standard Chartered …

Baca selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Alliance Bank You:nique Rewards

Dapatkan mata ganjaran tanpa had hanya dengan setiap perbelanjaan RM1 menggunakan kad kredit ini. Timeless…

Public Islamic Bank MasterCard Gold Credit Card-i

Public Islamic Bank MasterCard Gold Credit Card-i menawarkan pulangan rebat tunai tanpa had setiap bulan.…

Kad Kredit OCBC World MasterCard

Kad kredit OCBC World MasterCard menawarkan keistimewaan premium dengan pulangan tunai tanpa had dan perlindungan…

Kad kredit HSBC Premier Travel

Kad kredit HSBC Premier Travel menawarkan keistimewaan eksklusif dengan ganjaran mata Air Miles dan ciri…