RHB Visa Infinite

Tingkatkan pengalaman berbelanja dengan kad kredit premium dari RHB

Kad kredit RHB Visa Infinite
badge-percent
Kadar faedah
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Pendapatan
RM12500
stars
Ciri utama
5x mata ganjaran, perlindungan insurans perjalanan sehingga RM2 juta
square-list
Pelan kad kredit
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave

Kad kredit RHB Visa Infinite didatangkan dengan ciri-ciri premium dan ditawarkan khusus kepada individu yang berpendapatan tinggi. Kad kredit premium ini menawarkan pelbagai ganjaran, keistimewaan, dan pengalaman eksklusif, menjadikannya pilihan tepat buat mereka yang ingin meningkatkan kuasa berbelanja di samping menikmati gaya hidup mewah.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit RHB Visa Infinite

Mata ganjaran hebat:

  • 5x mata ganjaran setiap RM1 yang dibelanjakan di luar negara.
  • 1x mata ganjaran setiap RM1 yang dibelanjakan dalam negara.
  • Tebus mata ganjaran untuk tawaran hebat, termasuk barangan elektronik, perkakasan rumah, pengalaman melancong, dan lain-lain.

Perlindungan insurans perjalanan:

  • Perlindungan insurans perjalanan sehingga RM2 juta untuk kemalangan, termasuk kesulitan seperti kelewatan penerbangan, atau kehilangan dan kelewatan bagasi.
  • Perlindungan pembelian e-Dagang sehingga USD200 setiap tahun untuk kerugian terhadap pembelian dalam talian.

Akses ke lounge lapangan terbang:

  • Nikmati akses tanpa had ke Plaza Premium Lounge dan Aerotel di dalam dan luar negara apabila anda membelanjakan tidak kurang daripada RM100,000 pada tahun tersebut.
  • Sebagai alternatif, anda boleh menikmat 12 kali akses percuma setiap tahun apabila anda mengaktifkan kad dan berbelanja tidak kurang daripada RM1,000 pada bulan sebelumnya.
  • Diskaun sehingga 25% untuk tetamu yang anda bawa.

Keistimewaan golf:

  • Tee off percuma di padang golf terpilih di Selangor, termasuk Sungai Long Golf & Country Club dan kelab golf Palm Garden.
  • Tempahan boleh dibuat melalui RHB Priority Line, bergantung kepada terma dan syarat.

Pilihan pembiayaan yang fleksibel:

  • Nikmati kadar faedah 0% sehingga 12 bulan untuk pindahan baki, dengan pindahan minimum RM1,00 melalui pelan RHB Smart Move Balance Transfer.
  • Tukar pembelian tunai kepada bayaran ansuran bulanan yang berpatutan dengan pelan RHB Smart Instalment, 0% faedah sehingga 36 bulan.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon Warganegara Malaysia
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM12500 Sebulan atau RM150000 Setahun
Kelayakan Umur 21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal).
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary).

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan kad pengenalan (MyKad).
  • Slip gaji/penyata bank 3 bulan terkini.
  • Penyata KWSP 12 bulan terkini.
  • Surat lantikan jawatan (tempoh berkhidmat kurang daripada 6 bulan).

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Cardholder) Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card) Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan).
Bayaran Bulanan Minimum RM50 atau 5% dari amaun tertunggak. Yang mana lebih tinggi.
Caj Lewat Bayar RM10 atau 1% dari amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM100.
Had Pendahuluan Tunai Harian Tiada
Caj Pendahuluan Tunai RM15 atau 5% dari amaun pengeluaran (yang lebih tinggi).
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai 18%

Maklumat Tambahan

  • Pemegang kad kredit RHB Visa Infinite boleh mendapatkan diskaun eksklusif dan tawaran hebat di hotel, restoran, dan peniaga yang mengambil bahagian.

Cara Mohon RHB Visa Infinite

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berminat untuk mendapatkan kad kredit ini? Berikut adalah cara untuk mohon kad kredit RHB Visa Infinite.

Mohon online:

  1. Layari laman web RHB.
  2. Klik butang “Instant Apply”.
  3. Pilih “Credit Cards”. Cari RHB Visa Infinite dan klik “Apply Now”.
  4. Lengkapkan borang permohonan dalam talian.
  5. Hantar permohonan.

Klik untuk ke laman web RHB Bank Berhad.

Mohon melalui cawangan:

  1. Kunjungi cawangan RHB terdekat.
  2. Lengkapkan borang permohonan kad kredit.
  3. Hantar permohonan bersama dokumen yang diperlukan.

Lihat senarai cawangan RHB Bank berdekatan anda.

Khidmat Pelanggan

Anda boleh menghubungi pihak RHB melalui saluran berikut sekiranya anda mempunyai sebarang soalan berhubung kad kredit RHB Visa Infinite.

Soalan Lazim

Pertanyaan

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit RHB Visa Infinite

Apakah pendapatan minimum yang diperlukan untuk memohon kad kredit RHB Visa Infinite?

chevron-down

Anda perlu mempunyai pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM150,000.

Adakah saya boleh menikmati akses tanpa had ke lounge lapangan terbang dengan kad RHB Visa Infinite?

chevron-down

Ya, anda akan mendapat akses tanpa had ke Plaza Premium Lounge dan Aerotel di lapangan terbang dalam dan luar negara, termasuk Singapura. Anda cuma perlu berbelanja lebih daripada RM100,000 setahun.

Apakah keistimewaan golf yang ditawarkan oleh kad kredit ini?

chevron-down

Sebagai pemegang kad kredit RHB Visa Infinite, anda layak untuk mendapatkan yuran hijau (green fees) percuma di kelab golf terpilih di Selangor.

Bolehkah saya pindahkan baki kad kredit ke kad RHB Visa Infinite?

chevron-down

Ya, anda boleh menggunakan pelan RHB Smart Move Balance Transfer untuk menikmati bayaran bulanan tanpa faedah selama 12 bulan.

Ada soalan tambahan berhubung RHB Visa Infinite?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk menanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Langgan
Maklumkan

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Penafian:

Maklumat berhubung RHB Visa Infinite adalah terkini pada tarikh 17/06/2024. Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi RHB Bank Berhad atau menghubungi khidmat pelanggan RHB Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang RHB Bank Berhad

RHB Bank Berhad

RHB Bank Berhad

RHB Bank Berhad diperbadankan di Malaysia sebagai syarikat “public limited” pada tahun 1994 dengan nama asal DCB Holdings Berhad. Pada tahun 1996, Rashid Hussain memperoleh perkongsian 75% dalam Kwong Yik …

Baca selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Alliance Bank You:nique Rewards

Dapatkan mata ganjaran tanpa had hanya dengan setiap perbelanjaan RM1 menggunakan kad kredit ini. Timeless…

Public Islamic Bank MasterCard Gold Credit Card-i

Public Islamic Bank MasterCard Gold Credit Card-i menawarkan pulangan rebat tunai tanpa had setiap bulan.…

Kad Kredit Maybank Islamic Ikhwan MasterCard Platinum Card-i

Kad kredit Maybank Islamic Ikhwan MasterCard Platinum Card-i menawarkan pulangan tunai, mata ganjaran, dan pelan…

Kad kredit Hong Leong Sutera Platinum

Mohon kad kredit Hong Leong Sutera Platinum dan dapatkan 8x mata ganjaran dengan setiap RM1…