Akan dibuka dalam tab baharu

ICBC Malaysia – Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad

Pilihan Kewangan Inovatif untuk Pengurusan Kewangan Anda dengan Kad Kredit Global

ICBC Malaysia
Jenis Institusi:
Bank
Swift Code:
ICBKMYKL
Alamat:
Level 10, Menara Maxis, Kuala Lumpur City Center, 50088 Kuala Lumpur
Telefon:
03-23013399
Faks:
03-23013388

Industrial Commercial Bank of China Malaysia atau lebih dikenali sebagai ICBC Malaysia adalah anak syarikat milik penuh Industrial and Commercial Bank of China Limited. Mula beroperasi secara rasmi di China pada 1 Januari 1984, ICBC adalah sebuah institusi kewangan global yang mempunyai cawangan di seluruh dunia.

ICBC telah dinobatkan sebagai bank terbesar di dunia berdasarkan jumlah aset keseluruhan pada tahun 2017 dan 2018. Bank ini juga menduduki tempat pertama di dalam senarai 1000 bank dunia terbaik, dari tahun 2012 hingga 2019. Malah, pihak Forbes telah menobatkan bank ini sebagai bank terbaik di dalam senarai Forbes Global 2000 syarikat awam terbesar dunia.

Industrial and Commercial Bank of Commerce China Limited mula bertapak di Malaysia pada 28 Januari 2010 dan mula beroperasi secara rasmi pada 28 April tahun yang sama. ICBC Malaysia menawarkan produk dan perkhidmatan dalam bentuk perbankan peribadi, perbankan korporat dan perbankan atas-talian.

Antara produk dan perkhidmatan perbankan peribadi yang ditawarkan ialah akaun simpanan, pinjaman perumahan, pengurusan kewangan, insurans, dan kad kredit dan debit. Untuk perbankan korporat pula, ICBC Malaysia menawarkan produk dan perkhidmatan seperti simpanan korporat, komoditi, kemudahan kredit, pengurusan kewangan global, pelaburan dan pinjaman SME. ICBC juga menawarkan perkhidmatan perbankan atas-talian atau perbankan internet untuk pelanggan peribadi dan juga pelanggan korporat mereka.

Kad Kredit ICBC Malaysia – Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad

Kad kredit dari ICBC Malaysia menawarkan lebih daripada sekadar kemudahan berbelanja, ia juga dilengkapi dengan pelbagai ciri yang dapat membantu anda menguruskan kewangan secara lebih efisien. Dengan pilihan kad yang disesuaikan untuk pelbagai keperluan, pengguna boleh menikmati faedah seperti ganjaran tunai, mata ganjaran, dan tawaran eksklusif di peringkat tempatan dan antarabangsa.

ICBC Visa Classic

ICBC Visa Classic
Kadar Faedah Tahunan
18% p.a
Yuran Tahunan
RM75
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
Ciri Menarik
Mata Ganjaran
Kad kredit ICBC Visa Classic adalah kad khusus kepada mereka yang sering melawat negara China. Kad ini membenarkan anda berbelanja dalam dua matawang, iaitu Ringgit Malaysia (MYR) dan Chinese Yuan (CNY). Yang menariknya anda akan menerima mata ganjaran dalam bentuk Bonus Point dengan setiap perbelanjaan anda di dalam dan luar negara.
Baca selanjutnya

ICBC Visa Gold

ICBC Visa Gold
Kadar Faedah Tahunan
13.5% p.a
Yuran Tahunan
RM150
Kelayakan Gaji Bulanan
RM4000
Ciri Menarik
Mata Ganjaran
Kad kredit ICBC Visa Gold menawarkan ganjaran dalam bentuk reward points tanpa had dan tanpa tempoh tamat. Kad ini sangat sesuai bagi mereka yang selalu mengunjungi negara China untuk berbelanja kerana pihak ICBC membenarkan penggunaan dua matawang, iaitu Ringgit Malaysia dan China Renminbi dengan kad ini.
Baca selanjutnya

ICBC UnionPay Dual Currency Classic

ICBC UnionPay Dual Currency Classic
Kadar Faedah Tahunan
13.5% p.a
Yuran Tahunan
RM75
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
Ciri Menarik
Mata Ganjaran, Premium
Kad kredit ICBC UnionPay Dual Currency Classic sangat sesuai untuk mereka yang sering berkunjung ke China. Lakukan transaksi dalam dua matawang, Ringgit Malaysia untuk Malaysia dan negara lain dan Yuan Renminbi apabila anda berada di China. Tidak lupa juga mata ganjaran Reward Points untuk setiap transaksi RM1 atau 2RMB. Kumpul mata ganjaran ini sebanyak mana…
Baca selanjutnya

ICBC UnionPay Dual Currency Gold

ICBC UnionPay Dual Currency Gold
Kadar Faedah Tahunan
13.5% p.a
Yuran Tahunan
150
Kelayakan Gaji Bulanan
RM4000
Ciri Menarik
Mata Ganjaran, Premium
Kad kredit ICBC UnionPay Dual Currency Gold menawarkan transaksi dalam dua mata wang, iaitu RInggit Malaysia (MYR) dan Yuan Renminbi (Chinese Yuan - CNY). Guna CNY apabila anda berbelanja di China, dan MYR untuk Malaysia dan negara lain. Kad ini juga menawarkan keistimewaan mata ganjaran bonus point untuk setiap transaksi kad, dan juga had kredit…
Baca selanjutnya

ICBC UnionPay Dual Currency Platinum

ICBC UnionPay Dual Currency Platinum
Kadar Faedah Tahunan
13.5% p.a
Yuran Tahunan
330
Kelayakan Gaji Bulanan
RM8333
Ciri Menarik
Mata Ganjaran, Premium
Kad kredit ICBC UnionPay Dual Currency Platinum adalah sebuah kad premium yang menawarkan transaksi dalam dua matawang - Ringgit Malaysia dan Chinese Yuan. Kad ini juga menawarkan keistimewaan layanan VIP di lapangan terbang terpilih seluruh China, had kredit sehingga RM10,000 dan ganjaran dalam bentuk reward points tanpa had dan tanpa tempoh tamat.
Baca selanjutnya

ICBC Visa Platinum

ICBC Visa Platinum
Kadar Faedah Tahunan
13.5% p.a
Yuran Tahunan
330
Kelayakan Gaji Bulanan
RM8333
Ciri Menarik
Mata Ganjaran
ICBC Visa Platinum menawarkan ciri keistimewaan VISA dengan transaksi dwi mata wang. Setiap transaksi yang anda lakukan di China akan di caj dalam Chinese Yuan (CNY), dan Ringgit Malaysia (MYR) untuk negara lain. Hapuskan caj tukaran mata wang yang merugikan dengan kad krediti ini. Anda juga akan mendapat ganjaran reward points untuk setiap transaksi kad…
Baca selanjutnya

Cawangan ICBC Malaysia – Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad

Berikut ialah senarai cawangan ICBC Malaysia – Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad di Malaysia.

ICBC KL Main Branch

map-location-dot
Level 1, Menara Maxis, Kuala Lumpur City Center, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
phone-rotary
03-21726666

ICBC Kuching

map-location-dot
Lot 619 to 623, Jalan Padungan, 93100 Kuching, Sarawak
phone-rotary
08-2272888

ICBC Puchong

map-location-dot
E-G-27, E-1-27, E-2-27 IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor Darul Ehsan
phone-rotary
03-80736888

ICBC Johor Bahru

map-location-dot
36 Jalan Bestari 2/2, Taman Nusa Bestari, 81300 Skudai, Johor Bahru, Johor Darul Takzim
phone-rotary
07-2310888

ICBC Labuan

map-location-dot
Unit Level 5(B), Main Office Tower, Financial Park Labuan, Jalan Merdeka 87000, Labuan
phone-rotary
08-7581868