Akan dibuka dalam tab baharu

ICBC UnionPay Dual Currency Platinum

ICBC UnionPay Dual Currency Platinum
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
13.5% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
330
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM8333
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
list
Ciri Menarik
Mata Ganjaran, Premium

ICBC UnionPay Dual Currency Platinum yang ditawarkan oleh ICBC Malaysia adalah sebuah kad kredit yang sesuai untuk individu yang sering berkunjung ke negara China untuk urusan peribadi ataupun perniagaan.  ICBC Malaysia adalah cawangan Industrial and Commercial Bank of China, iaitu bank terbesar di dunia.

Kad kredit ini menawarkan ciri menarik dalam bentuk transaksi dua mata wang. Anda boleh berbelanja dalam Ringgit Malaysia (MYR) atau Chinese Yuan / Yuan Renminbi (CNY / RMB). Setiap transaksi perbelanjaan anda di China akan di caj dalam Chinese Yuan. Ini bermaksud tiada caj tukaran mata wang yang akan dikenakan. Transaksi dengan kad ICBC UnionPay Dual Currency Platinum di luar China pula akan berlangsung dalam mata wang Ringgit Malaysia.

Sebagai sebuah kad Platinum, kad ini juga didatangkan dengan beberapa ciri istimewa seperti layanan VIP di lapangan terbang terpilih di seluruh negara China. Anda hanya perlu pamerkan kad anda apabila perlu untuk mendapat akses ini. Kad ini juga mempunyai had kredit (credit limit) sehingga RM10,000.

Selain itu, kad ini menawarkan ciri ganjaran dalam bentuk reward points, atau mata ganjaran. Anda akan dihadiahkan dengan satu mata ganjaran untuk setiap transaksi dalam Ringgit Malaysia dan Chinese Yuan. Mata ganjaran ini tiada had maksimum, dan tanpa tarikh tamat. Jadi anda boleh kumpul seberapa banyak mata ganjaran yang anda ingini.

Untuk mohon kad ini, anda perlu berstatus warganegara Malaysia atau China dengan umur 21 tahun ke atas dan pendapatan tahunan sekurang-kurangnya RM100,000 ke atas. Caj yuran tahunan yang dikenakan pula ialah RM330 setahun. Caj yuran ini walau bagaimanapun adalah percuma untuk tahun pertama, dan tahun berikutnya jika anda menggunakan kad ICBC UnionPay Dual Currency Platinum lebih daripada 3 kali setiap tahun.

Berminat untuk mohon kad ini? Baca lebih lanjut tentang syarat kelayakan lengkap yang diperlukan untuk mohon, caj dan yuran yang dikenakan, dan bagaimana anda boleh mohon kad ini secara atas-talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit ICBC UnionPay Dual Currency Platinum

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan mata ganjaran tanpa had yang tidak akan tamat tempoh sepanjang anda memiliki kad ini. Anda hanya perlu berbelanja dengan kad ini di Malaysia atau China. 1 mata ganjaran bonus points akan diberikan untuk transaksi RM1 (Ringgit Malaysia) di Malaysia atau RMB2 (Yuan Renminbi) di China. Jadi kumpulkan sebanyak mana mata ganjaran yang anda ingini dan tebus dengan baucar hadiah atau barangan melalui katalog ICBC.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan
1 RM1 Perbelanjaan runcit di Malaysia
1 RMB2 Perbelanjaan runcit di China

Ciri premium

Dengan keistimewaan kad kredit Platinum, dapatkan akses istimewa di lapangan terbang terpilih seluruh negara China seperti hiburan percuma, makanan dan minuman dan layanan VIP sementara anda menunggu kapal terbang anda.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia atau Warganegara China yang menetap di Malaysia
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM8333 sebulan atau RM100000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
330
Tahun pertama percuma. Tahun berikutnya dibatalkan sekiranya anda swipe kad lebih dari 3 kali setiap tahun.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM165
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM5 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
%

Cara Mohon ICBC UnionPay Dual Currency Platinum

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit ICBC UnionPay Dual Currency Platinum

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, ICBC Malaysia – Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh ICBC Malaysia – Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan ICBC Malaysia – Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit ICBC UnionPay Dual Currency Platinum untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran UnionPay.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. ICBC Malaysia – Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit ICBC UnionPay Dual Currency Platinum

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung ICBC UnionPay Dual Currency Platinum?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi ICBC Malaysia – Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang ICBC Malaysia – Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad

ICBC Malaysia
ICBC Malaysia, anak syarikat Industrial and Commercial Bank of China Limited – bank terbesar di dunia – membawa kekuatan perbankan global ke Malaysia sejak 2010. Diiktiraf antara bank terbaik dunia, ICBC Malaysia menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan komprehensif untuk memenuhi keperluan kewangan individu dan korporat.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad kredit Bank Muamalat Pos Visa Platinum-i

Nikmati ganjaran tunai 8% di Pos Malaysia dan 1% di luar negara dengan Kad Kredit…

AmBank BonusLink Visa Signature

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

Maybank 2 Platinum Cards

Mohon kad kredit Maybank 2 Platinum American Express dan dapatkan kad Maybank 2 Visa atau…

Standard Chartered Simply Cash Credit Card 

Kad kredit Standard Chartered Simply Cash Credit Card menawarkan ganjaran pulangan tunai sehingga 15% setiap bulan. Kad ini juga didatangkan…