BSN Al-Aiman Klasik

Nikmati mata ganjaran dan kelebihan eksklusif dengan kad kredit patuh Syariah ini

Kad kredit BSN Al-Aiman Klasik
badge-percent
Kadar faedah
11% p.a
money-bill-1-wave
Yuran tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Pendapatan
RM2000
stars
Ciri utama
Pulangan mata ganjaran, yuran pengurusan rendah, yuran tahunan percuma
square-list
Pelan kad kredit
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave, MasterCard PayPass

Kad kredit BSN Al-Aiman Klasik adalah sebuah kad kredit Islamik yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). Kad ini menawarkan pelbagai kelebihan dan faedah dan ciri menarik, seperti pulangan mata ganjaran, caj pengurusan yang rendah, dan pilihan pelan pembayaran yang memudahkan, di samping patuh Syariah sepenuhnya.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit BSN Al-Aiman Klasik

  • 100% Patuh Syariah: Kad ini mematuhi prinsip perbankan Islam sepenuhnya, memastikan setiap transaksi dan caj yang dikenakan adalah bebas dari riba dan sebarang urusniaga yang meragukan.
  • Tiada Yuran Tahunan: Guna kad BSN Al-Aiman Klasik tanpa perlu risau tentang caj yuran tahunan, untuk kad utama dan juga kad tambahan.
  • Pulangan Mata Ganjaran: Dapatkan pulangan mata ganjaran BSN Happy untuk setiap perbelanjaan – 2x mata untuk transaksi tempatan, dan 1x mata untuk transaksi luar negara. Tebus untuk pelbagai hadiah dan ganjaran menerusi program BSN Happy Rewards.
  • Caj Pengurusan Rendah: Nikmati penjimatan daripada caj pengurusan kad kredit yang lebih rendah, antara 13.5% hingga 17.5% setahun untuk kakitangan sektor swasta, dan serendah 11% setahun untuk kakitangan kerajaan.
  • Kad BSN Zing PLUSMiles Percuma: Dapatkan kad BSN Zing PLUSMiles percuma yang didatangkan dengan faedah seperti rebat tol 5%, diskaun sehingga 30% di kedai rakan kongsi PLUSMiles yang terpilih, dan pulangan mata ganjaran PLUSMiles dengan setiap RM1.
  • Pelan Kewangan yang Fleksibel: Nikmati pilihan pelan kewangan seperti pelan pindahan baki, pelan bayaran ansuran mudah, dan pelan ansuran tunai dengan kadar faedah yang kompetitif.
  • Perlindungan Kad Kredit-i: Lindungi hutang kad kredit yang belum dijelaskan sehingga RM75,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh/kekal.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon Warganegara Malaysia
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM2000 Sebulan atau RM24000 Setahun
Kelayakan Umur 21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal).
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary).

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan MyKad (depan dan belakang).
  • Penjawat Awam: Slip gaji 1 bulan terkini ATAU Surat Pengesahan Majikan (Untuk kakitangan tentera dan polis, sila lampirkan salinan Kad Kuasa).
  • Kakitangan Sektor Swasta: Slip gaji 3 bulan terkini/Penyata KWSP terkini/Borang EA/Borang BE.
  • Bekerja Sendiri: Penyata bank syarikat 6 bulan terkini, Borang B terkini dengan resit cukai rasmi untuk dua tahun terkini, Salinan Borang 9, 24 & 49 ATAU Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan.
  • Gaji Berasaskan Komisen: Penyata komisen 6 bulan terkini/Penyata komisen tahunan, Borang OREA/Borang BE dengan resit cukai rasmi.

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Cardholder) Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card) Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan).
Bayaran Bulanan Minimum RM50 atau 5% dari amaun tertunggak. Yang mana lebih tinggi.
Caj Lewat Bayar RM10 atau 1% dari amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM100.
Had Pendahuluan Tunai Harian Tiada
Caj Pendahuluan Tunai RM12.75 atau 2.69% dari amaun pengeluaran (yang lebih tinggi).
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai 18%

Maklumat Tambahan

Cara Mohon BSN Al-Aiman Klasik

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut adalah cara untuk mohon kad kredit BSN Al-Aiman Klasik.

Dalam Talian:

  1. Layari laman web BSN atau laman web RinggitPlus.
  2. Klik pada butang “Mohon Sekarang” untuk Kad Kredit BSN Al-Aiman Classic.
  3. Isi borang permohonan dalam talian dengan butiran peribadi dan maklumat kewangan anda.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar permohonan anda.

Klik untuk melayari laman web Bank Simpanan Nasional (BSN)

Melalui Cawangan:

  1. Lawati mana-mana cawangan BSN.
  2. Minta borang permohonan untuk Kad Kredit BSN Al-Aiman Classic.
  3. Isi borang permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar permohonan anda.

Klik untuk melihat senarai cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Khidmat Pelanggan

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan, anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan BSN di:

Soalan Lazim

Pertanyaan

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit BSN Al-Aiman Klasik

Adakah kad kredit BSN Al-Aiman Klasik menawarkan perlindungan Takaful?

chevron-down

Tidak, kad ini tidak menawarkan sebarang perlindungan insurans Takaful. Walau bagaimanapun, terdapat program BSN Perlindungan-i yang menawarkan perlindungan terhadap baki kad kredit yang belum dibayar sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh atau kekal.

Bolehkah saya menggunakan kad kredit ini untuk pembelian dalam talian?

chevron-down

Ya, anda boleh menggunakan kad kredit BSN Al-Aiman Klasik di pedagang dalam talian yang menerima transaksi Visa atau MasterCard.

Adakah terdapat sebarang caj untuk kad BSN Zing PLUSMiles?

chevron-down

Tidak. Kad BSN Zing PLUSMiles adalah percuma dan tidak mengenakan sebarang caj.

Bagaimanakah cara untuk menebus mata ganjaran Happy yang terkumpul?

chevron-down

Anda boleh menebus mata Happy BSN menerusi katalog program BSN Happy Rewards.  (klik di sini untuk kunjungi portal BSN Happy Rewards)

Berapakah kad tambahan yang boleh saya tambah?

chevron-down

Anda boleh menambah sehingga 5 kad tambahan (supplementary card) bersama kad BSN Al-Aiman Klasik anda.

Ada soalan tambahan berhubung BSN Al-Aiman Klasik?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk menanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Langgan
Maklumkan

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Penafian:

Maklumat berhubung BSN Al-Aiman Klasik adalah terkini pada tarikh 22/06/2024. Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi Bank Simpanan Nasional (BSN) atau menghubungi khidmat pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Bank Simpanan Nasional (BSN)

Bank Simpanan Nasional

Bank Simpanan Nasional (BSN)

Bank Simpanan Nasional diperbadankan pada 1 Disember 1974 oleh Kementerian Kewangan di bawah Tengku Razaleigh Hamzah, iaitu Menteri Kewangan Malaysia pada penggal tersebut. Dirasmikan oleh YAB Tun Haji Abdul Razak, …

Baca selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad Kredit AmBank BonusLink Visa Gold

Kad ini dicipta khusus kepada mereka inginkan mata ganjaran BonusLink. Dapatkan sehingga 30 BonusLink Points…

Citibank Citi Rewards Mastercard

Kad Kredit Citi Rewards Mastercard dari Citibank ini menawarkan sehingga 5 mata ganjaran untuk setiap…

ICBC Visa Platinum

ICBC Visa Platinum menawarkan ciri keistimewaan VISA dengan transaksi dwi mata wang. Setiap transaksi yang…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…